AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Monday, August 17, 2015

Istiqamah dalam mencintai


"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, 
bantulah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu, 
dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku kepada-Mu"

Daripada pesanan cinta Rasulullah S.A.W yang ringkas di atas dapat kita petik bahawa istiqamah itu perlu dan sangat diperlukan dalam percintaan. Istiqamah dalam mencintai.

Sekukuh-kukuh cinta adalah cinta yang istiqamah. Istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH SWT walau apa jua keadaan sekalipun. Hanya yang benar-benar istiqamah mampu meraih cinta abadi di mana dalam pejalanan  itu memerlukan pengorbanan dan kekuatan mujahadah. Hidup ini sememangnya untuk di cintai, tetapi kepada siapa?

Jika benar hatimu sangat mencintai, jawablah cintaku untuk ALLAH. Jika benar cinta, kita akan sanggup untuk bersusah dan berkorban.Bukankan orang yang tabah itu hanya di uji dengan ketabahan?

Direkodkan Rasulullah SAW menyatakan:

"Manusia yang paling banyak menerima cubaan adalah para nabi, 
kemudian orang soleh, kemudian orang yang lebih rendah kebaikannya, 
kemudian orang yang lebih rendah kebaikannnya."
                                      (Riwayat at-Tabarani)

Cinta adalah satu tanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab pasti akan sentiasa bermuhasabah kembali nasib dirinya dan ahli keluarganya yang akan menempuh destinasi yang tidak mati-mati. Perjalanan alam padang mahsyar.

Adakah dirinya dan orang-orang yang dicintainya akan selamat sejahtera, dipayungi rahmat ALLAH SWT sehingga masuk ke dalam Firdausi. Panji Islam itu adalah pemangkin cinta, dan sebaik-baiknya penghubung cinta sesama kita.

Semoga ALLAH SWT sayang kita semua. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...