Kekadang kita alpa bahawa satu hari kita akan mati.. payah sekali untuk kita masukkan dalam jiwa bahawa ‘satu hari’ itu kita tidak tahu masanya, kita tidak boleh tentukan waktunya… kita tak dapat nak jangkakan saatnya…
yang pasti , bagi kita ‘satu hari’ itu, jauhhhhh lagi…..
kita pasti sekali , akan hidup lagi untuk 10, 20 malah 50 tahun akan datang..
sukar untuk kita rasakan yang mungkin sesaat lagi kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini,, rasa tak mungkin yang kita akan mati dalam sejam atau dua jam lagi, rasa impossible yang kita akan menemui ajal kita dalam sehari dua lagi, atau dalam sebulan dua lagi, rasa tak mampu nak percaya mungkin umur kita hanya tinggal setahun dua lagi..
pada kita, kita akan hidup sampai tua, sihat sepanjang masa dan bagai..
otak kita yang terlalu duniawi ini bagaikan tidak dapat membuka hijab kezulmatan diri dan terusan hidup dalam tipu daya dunia yang penuh fatamorgana ini..
lalu, bila terlalu sukar untuk kita ingat yang kita akan mati pada bila-bila masa , yang masanya kita tidak tahu, maka, kita terus menerus berbuat maksiat, maksiat hati, maksiat lidah. maksiat mata, maksiat telinga, maksiat kaki dan maksiat tangan, , maksiat yang bagai….
hati kita terus menerus menyimpan dendam pada suami, pada keluarga, pada orang sekeliling, pada sanak saudara, rakan taulan , .. memandang hina pada orang, merasa yang kita sepatutnya mesti dapat lebih, mesti lebih dikasihi suami dari orang lain, mesti dilayan lebih dan bagai…
lidah kita tak sudah-sudah menyakitkan hati suami, anak-anak, … mengumpat, mengeji, menghina dan bercakap yang hanya menambah dosa., bertanya soalan yang tak sepatutnya kita tanya, memberi komen kosong yang hanya memenuhkan buku maksiat kita,.. menyindir dan bagai..
kita langsung tidak teragak-agak melakukan semua itu kerana kita tidak ingat mati..
adakah orang yang ingat mati, akan ketawa berdekah-dekah?
adakah orang yang ingat mati akan merasa seronok atas malapetaka yang menimpa orang lain?
adakah orang yang ingat mati akan mengeluarkan komen yang menyakitkan hati suami sendiri?
adakah orang yang ingat mati akan simpan dalam hati perasaan dendam jika suami berkahwin lagi?
adakah orang yang ingat mati akan rasa sakit hati lihat suami bahagia dengan isterinya yang lain?
adakah orang yang ingat mati mahu membuatkan orang lain menderita supaya dia terus bahagia walaupun bahagia itu sebenarnya hanya pada sangkaannya sahaja. kalau dia begini , dia mesti bahagia, kalau dia tidak begitu, dia mesti bahagia??
tidak..
itu semua adalah ingatan , sangkaan, harapan , tingkah laku, perbuatan orang yang rasa dia akan terus hidup menongkat langit.. yang dia akan terus kekal sampai tua,.. dia pasti dia akan mati, tapi bagi dia mati itu amat jauh lagi.. bukan sekarang, bukan dua jam lagi,..bukan dua minggu lagi.. bukan tahun depan.. bukan.. mati itu jauh lagi.. jauh amat..
kerana andai dia sedar , bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan, andai dia insaf bahawa mati itu boleh berlaku bila-bila masa, hatta ketika dia sedang berbual dengan orang lain,, malah boleh berlaku tatkala dia sedang bertikam lidah dengan suami, sedang menyakitkan hati suami,.. maka dia tidak akan berbuat maksiat,.. tidak akan derhaka pada suami, tidak akan mengabaikan amanah sebagai isteri dan ibu..
dia akan mampu tersenyum walau suaminya berpoligami.. dia akan tetap bahagia walau suaminya ketika itu tidak menggilirkannya,.. dia akan tetap tidak rasa derita walau orang menghina, mengeji.. tidak akan goyah pendiriannya walau apa cobaan yang mendatang…
kerana dia tahu, mati itu bila-bila masa..