AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, September 11, 2012

Jadikan aku bidadarimu di dunia dan akhirat




Bidadari Syurga Dunia... Ada senyum yang terukir indah di muka. Ada bias rona merah di wajah. Memantulkan warna hati si jiwa syurga...

Bidadari Syurga Dunia... Wajah yang senantiasa putih dan menawan. Berhiaskan air wudhu yang terpancar. Menambah pesona hiasan mata...

Bidadari Syurga Dunia... Yang senyumnya selalu merekah. Yang parasnya mempesona. Yang hatinya selembut sutera...

Bidadari Syurga Dunia... Jadi dambaan setiap wanita. Impian diri wanita solehah. Qanitat dan berhati bunga...

Bidadari Syurga di hati luka... Yang pucatkan hati si durjana. Yang tepiskan angan dunia. Yang hatinya bagaikan kaca...

KU INGIN JADI BIDADARIMU…

Tiada wanita beriman yang melupakan cita-cita yang satu ini. Untuk menjadi bidadari bagi seorang suami di dunia dan akhirat adalah kemuncak impian seorang isteri. Mengharapkan destinasi cintanya akan sampai ke pengakhiran di dalam syurga yang abadi di sana. Kembali bersatu atas nama kasih, kekal selamanya dengan rahmat Allah Yang Maha Kaya.

Buat bakal zauji ku, bantulah bakal zaujah mu ini untuk mencapai impian ini dan bakarlah semangat diri ini untuk menjadi bidadari di dunia dan akhirat... 

Teguhkanla aku dengan (adanya) dia
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku
Agar kami banyak bertasbih kepadaMU
dan banyak mengingatiMU
Sesungguhnya ENGKAU MAHA MELIHAT (keadaan) kami

(surah Taha: 31- 35)


Moga cinta kita membawa ke syurga, ameen Ya Rabb....

Monday, September 3, 2012

berjanjilah


Berjanjilah....

Berjanjilah,walau apa yang berlaku,kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.
berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..
berjanjilah,
bahawa,
walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.
berjanjilah,
bahawa,
walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.
berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.
berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.


-semoga Allah melindungi kita dari rasa putus asa-

Sunday, September 2, 2012

hidup ini memang indah


Hidup 
adalah sebuah cerita..
suka dan duka terisi di dalamnya..
cinta dan luka adalah penghiasnya..
apa pun yang terjadi..
teruskanlah perjalanan..
jangan pernah cuba untuk berhenti..
kerna itu adalah kehidupan..

ingatlah
peristiwa semalam jadikan kenangan..
jadikanlah ia pengalaman..
apa yang berlaku hari ini..
kita akan mampu mengharunginya..
dengan kekuatan yang ada di hati..
jangan sesekali berputus asa..


itulah kehidupan..
kadang-kadang menyesakkan..
hanya doa dan perjuangan..
yang harus kita pertahankan..
biarpun tidak dihargai..
setidak-tidaknya hanya Dia..
yang Maha Mengetahui..

dan..
 hidup ini sebenarnya indah..
walaupun kadang-kadang takdirnya..
tidak kita mengetahui kesudahannya..
hidup perlu diteruskan..
dan aku 
harus berlari..
dan terus berlari...
sebelum nafas terhenti..
untuk ku wujudkan semua mimpi-mimpiku..
untuk masa depan..
yang ingin aku miliki...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...