AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, July 2, 2011

Bahagia Kahwin Muda: Realiti atau Fantasi?


Kini kita seringkali melihat rmai anak2 muda yg berkhwin di usia muda..bahagia kah mereka ini?? inilah antara topik yg mjadi persoalan di benak fikiran kita..Mgkin rmai yg sudah mbincangkn topik khwin awal nmun tak byk yg mberikan contoh2 pasangan muda dan kesinambungan hdup mereka sma ada bhagia atau pon tidak..

Baru-baru ni, byk cadangan utk pasangan berkahwin muda untuk mengelak isu sosial yang lebih parah terutamanya isu melibatkan buang anak dan zina. Inisiatif ada juga dgn cadangan nikah gantung untuk golongan pelajar. Konsep ni melibatkan pernikahan pasangan muda tetapi tanggungjawab bersama dikemudiankan dan masing-masing masih dibawah tanggungan ibubapa. Sekadar menghalalkan pertemuan dua insan.

Hal ini terdapat tiga contoh pasangan berkahwin muda yang masing-masing mempunyai kesinambungan hidup yang berbeza. Biarlah kita gelarkan pasangan A, B dan C.

Pasangan A – Si lelaki berkahwin di usia 21 tahun dengan seorang wanita berusia 25 tahun. Selepas mempunyai tiga anak perempuan dan berumur lingkungan 30an, si lelaki bertindak kahwin lain. Rumahtangga menjadi goyah selepas berkahwin lain.

Pasangan B – Berkahwin sewaktu kedua-duanya berumur 21 tahun atas inisiatif ibubapa sekarang dalam lingkungan umur 24 tahun, mempunyai dua orang anak dan masih bahagia bersama.

Pasangan C – Si lelaki mengahwini si wanita sewaktu berumur 21 tahun kini dalam lingkungan penghujung 20an, mempunyai anak tetapi si lelaki masih bergantung kewangan dengan ibubapa untuk menyara keluarga.

Tiga realiti kehidupan mereka yang berkahwin muda namun dengan kesan kehidupan yang berbeza. Jadi, apa yang menyebabkan kesudahan yang berlainan? Untuk pasangan B mungkin juga kerana mereka belum mencecah umur 30an dimana dikatakan hidup lelaki bermula, jadi mereka masih bersama? Atau adakah pasangan A gagal kerana rasa tidak sefahaman? Berbeza pula dengan pasangan C, walaupun kelihatan bahagia, namun, keluarga kelihatan masih tak mampu untuk hidup berdikari.

Isu-isu ni membawa kita kepada perbincangan samada berkahwin muda ni akan berkekalan ataupun tidak. saya percaya secara jelas isu kurang matang dan isu kewangan masih menjadi sesuatu yang perlu difikirkan. Sudah bersediakah memikul tanggungjawab berkeluarga? Adakah selepas mempunyai ekonomi kukuh dalam lingkungan 30an, mulalah proses pertemuan gadis lain lalu merosakkan rumahtangga sedia ada?Walau apa pun, inilah yang perlu difikirkan golongan muda yang nak berkahwin awal.

Mungkin ada baiknya berkahwin awal dapat juga mengelakkan isu-isu sosial tapi, adakah institusi kekeluargaan akan cukup kukuh melihatkan banyak faktor seperti kewangan, kematangan dan pengalaman hidup perlu dipertimbangkan?

Tepuk dada tanya selera.


1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...