AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Sunday, December 11, 2011

mutiara kata hari ini


  • Saya bukan hanya ingin bersama kamu dalam keadaan susah mahupun senang, tetapi dengan izin Allah. Saya juga mahu bersama kamu di syurga sana. Insya-Allah (^_^)
  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang, sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
  • Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan atas nama cinta.
  • Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.
  • Apabila lama kita tidak mendengar kuliah agama, tidak membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan demi Allah, tahap keimanan kita akan menurun. Iman manusia perlukan suntikan ilmu dan amalan dari masa ke semasa. Oleh itu jangan biarkan diri terlalu lama hanyut dengan kesibukan dan keseronokan dunia.
  • "Wanita ibarat rama-rama. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki bukan muhrim, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu. Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah dan malu itu sebahagian dari iman."
  • Orang yang kita sayang tidak semestinya menyayangi kita. Usah terlalu mengharapkan sebarang balasan daripada orang lain walaupun hanya sekadar kasih sayang. Berkasih sayanglah kepada manusia kerana Allah, kerana hanya Allah yang berkuasa untuk membalasnya. Sesungguhnya di situlah terletaknya keihklasan setiap kasih sayang yang kita curahkan.
  • Wanita itu bukan seperti BUNGA yang wanginya boleh dicium setiap KUMBANG.
    Tetapi wanita itu seperti EMAS yang berharga dan MAHAL.
    Disimpan ditempat yang tertutup agar tidak dicuri orang.
    Walaupun dia telah JATUH ke dalam LUMPUR, dia tetap BERHARGA dan tidak berkurang sedikit pun NILAInya.
  • Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...