AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Sunday, October 28, 2012

pesanan seorang daie untuk daie


Bukan mudah untuk berjuang
Jika usrah tak pernah datang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika malas tak mahu buang

Bukan mudah untuk berjuang
Jika hidup tak pernah sembahyang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika ALLAH tak sayang

Bukan mudah untuk berjuang
Jika Al-Quran tak dipandang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika Islam semakin dagang.

kerinduan




Jika aku bisa berkata-kata
Aku ingin berkata kepadanya
Wahai temanku
Aku juga merindumu
Tapi malam ini bukan milik ku
Allah yang mengaturnya

Thursday, October 18, 2012

menghitung rasa



Petang itu, aku memandang ke arah langit..hati ini berbisik lembut..alangkah hebatnya ciptaan Mu Ya Rabbi..ku lihat langit yang biru…aku menjadi leka…terpana..dalam diam,mulut menyebut …cantik! Cantik sangat-sangat…SubhanaALLAH…aku sungguh bertuah kerana masih di beri peluang untuk menumpang di sudut kasih Mu ini Ya ALLAH…walaupun terkadang aku lupa ..lupa siapa Pengcipta..kadang terleka..leka dengan dunia..yang hanya bersifat sementara…

Aku pencinta alam…di siang hari, aku cinta kan langit yang membiru.. aku cinta kan rumput nan menghijau....pabila malam, aku kasihkan bulan dan bintang..kadang terdengar sayup-sayup bunyi cengkerik malam…ya aku mendengar di balik jendela ini..tanpa jemu  aku mendengar…sungguh hebat kuasa Tuhan…matahari memancarkan cahaya siang..bulan dan bintang menyinari dan menghiasi langit malam…

Ketika kecil ku dahulu, aku selalu melihat bulan..lagaknya bagai punguk merindu…terkadang malam menjadi kelam… terdetik di hati..ke mana pergi sang bulan?..oh..telah dilitupi awan..cahaya di sebalik awan berserakan..sangat indah Ya ALLAH….sangat-sangat…

Hari ini, aku masih mampu melihat..masih mampu mendengar…masih mampu merasa..namun, apakah esok masih ada semua ini..Ya ALLAH..andai hidup ku masih diperlukan, hidup kanlah aku..tapi andai sebaliknya, aku redha dengan ketentuan Mu…sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Mu Ya Rabbi….

Sunday, October 14, 2012

wanita dari rusuk lelaki


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Friday, October 12, 2012

Saya rindu kawan-kawan saya


Assalamualaikum....

Setelah sebulan lebih berada di sini…namun hati ini masih berasa sepi..sepi yang bertandang tidak mampu untuk aku singkir dari hati ini..mungkin kerana aku merasa keseorangan….maksudku, aku masih tidak ramai kawan di sini…aku rindu..rindukan suasana dulu…ketika kita sama-sama bergelak ketawa…hidup aku tidak pernah merasa sesepi ini…..

Suatu ketika dahulu…setiap masa terisi…..ada sahaja masa yang terluang..pasti kami akan guna sebaik mungkin…di kala ini,aku tersenyum sendiri…terkenangkan kamu-kamu…yang pernah menjadi sahabatku..sehingga ke akhir waktu…demi ALLAH..aku tersangat rindu…sangat rindu..air mata tidak tertanggung lagi…

Selama 4 tahun kita berkawan..banyak suka dan duka..ada pahit..ada manis..ada sahaja kenangan kita bersama..Ya ALLAH…Kau panjangkanlah usia kami..berikan lah peluang untuk kami bertemu lagi di suatu hari…insya ALLAH…ameen..

ZURA, NAZA, KAK MA, KEOL, SYIDA, PIJA, IFAH….nama-nama yang menceriakan hidup aku…tanpa kalian, aku tahu..aku mungkin tidak mampu untuk berdiri sehingga hari ini…kalian sangat bererti dalam hidup aku…emmmphh…ya ALLAH..rindunya…!!

syida, ifah,pija dan kak ma..

naza dan zura

keol

Zura- sahabat yang selalu setia bersamaku..walau penat..walau sesibuk mana, masih ada masa untuk ku…masa aku bersedih,dia selalu ada..ketika aku sakit, dia la yang selalu ingatkan aku…kalau aku tak ingat nak makan ubat,sedia lah aku..kena bebel ngan dia …hehe..terima kasih zura..:)

Naza- budak ni, kitaorang panggil dia miss blur..hehe..sbb ade kisahnya..tapi aku sayang sangat kat dia..budak bilik aku ni..seorang kawan yang baik, mengambil berat, selalu ada untuk kami semua..kami suka sangat menyakat dia..sebab dia cepat menggelabah…hehe…aku sayang kamu..:)

Keol- haaa..ini adik kecik kami kat asrama…selalu ceria..manja..kami sebilik, sejak dia mula-mula masuk lagi..aku selalu menjadi pendengar setia dia bila ada masalah..tapi aku tidak pernah jemu..kerana kamu, wahai adikku..buktikan..kamu tidak akan rebah,walau siapa pun yang menghalang niatmu itu…

Kakma- yang ini pula kakak kami..walaupun satu kuliah,umur dia lebih tua stahun dari kami…dan sudah pun berkahwin..mempunyai seorang anak lelaki…dan seorang suami..hehe..kakma memang baik..ramai orang cakap aku dan dia kembar..sebab sama kecik..tapi sekarang,aku lagi besar dari dia kot..hehe..

Syida- si manis syida ni, dia ada pendirian sendiri..kalau ada sesuatu yang dia nak,mesti dia akan usahakan..bagus betul…kalau la aku macam dia…pandai bergaya, pandai jaga hati kawan..baik sangat..terima kasih kerana sudi menjadi kawan ku…kita mulai rapat pun semasa sem 5 rasanya..dan kini,dia telah pun berkerjaya..tahniah yunk..

Pija- orangnya tinggi , baik, dan cantik..kami mulai rapat pun masa sem 5 juga..alhamdulillah, baik sangat orangnya..pija ni, boleh dikategorikan pemalu juga orangnya..mcm aku..pemalu kah aku..haha..pija ni juga mudah senyum…semoga ukhuwah yang di bina kekal selamanya yer..

Ifah- cantik,kecik,bergaya, pandai..kulit putih macam cina orangnya..dia pakai apa-apa pun,walaupun simple,aku tetap tak berkelip mata..sebab dia pandai sangat bergaya..boleh jadi model dia ni..mesti ramai orang nak..tapi hanya sorang yang bertakhta dihati..dari dulu sehingga kini ye ifah..hehe..dan satu lagi,ifah la orang yang pertama aku kenal masa aku mula-mula daftar belajar di UMK…masa orientasi pun pernah duk sama-sama..maklumlah, takde kawan lagi kan..yunk..jaga kesihatan baik-baik ya..:)

Aku sayang..aku rindu korang..aku harap sangat suatu hari nanti,kita akan berkumpul semula…insya ALLAH…J
Sayang korang selamanya…

Monday, October 8, 2012

Ujian menguatkan jiwa


assalamualaikum...

Ramai org duk cakap,alangkah bhgianya hidup ini andai tiada ujian..seolah-olah ujian itu adalah suatu perkara negative yg hanya melibatkan perkara buruk semata-mata..
Cuba kita renung dari kisah pemburu dan ulat beluncas di bwh ini..
Pada suatu hari,seorang pemburu berjalan2 di dlm hutan untuk memburu rusa.setelah penat mencari buruan yg tdk pon klihtan,si pemburu itu bersandar di sbtg pokok smbil mlihat alam sekeliling..
Sedang melihat alam ciptaan ALLAH, dia terpandang seekor ulat beluncas yg ingin keluar dr kepompongnya utk mnjdi rama2…oleh kerana lubang itu sempit, ulat trsebut tpksa bkerja keras utk meloloskan dirinya.
Apabila melihat keadaan trsebut, si pemburu terasa bersimpati dan ingin menolong ulat beluncas itu..akhirnya, pemburu tersebut menarik ulat beluncas dan sedikit demi sedikit ulat tersebut dpt keluar dr sarangnya…

Rama2 pon terbang di udara..melihatkan keadaan trsebut,si pemburu rasa puas dan gembira melihat rama2 itu trbang ..tetapi..slpas bbrapa minit,rama2  tersebut jatuh ke tanah..
Pemburu itu sgt terkjut..trus berlari mndptkn rama2 trsbut..rama2 tdk lagi brgrak kerana tlh pon mati..

Tahukah anda semua knp rama2 itu mati??

Semasa ulat beluncas sdg sedaya upaya ingin keluar dr kepompongnya, sbnarnya ia sedang membina kekuatan diri..kesusahn dn kepayahannya utk meloloskan diri itu lah yang membuat rama2 mjadi kuat dan sihat…tetapi malang nsib si rama2…kerana tdk melalui proses itu sndri…

Jadi..di sni jelaslh bhwa ALLAH mndatangkan ujian utk kita kerana untuk menguatkan jiwa kita…
Jika semuanya berjalan dgn lancar..tiada apa2 mslh…mnusia mgkin cenderung mengambil jln mudah dlm semua prkara..
Jika mereka menetapkan mtlamat, mereka tdk akn mghirau lg utk merancang, mncri ilmu dn mpertingktkn diri krana dgn mudah shj mereka boleh mncpai mtlmt trsebut..

****apabila kamu mendapati pelbagai nikmat ALLAH terus menerus dicurahkan kepadamu pada saat kamu melakukan maksiat kepada Nya, maka berhati-hatilah terhadap azab Nya…                   
(Abu Hazim Salamah)
……………………….sayasayangkaliankeranaALLAH…………

Sunday, October 7, 2012

hidup seorang pelajar

assalamualaikum...
hai awak-awak...

skg aku dah jarang update blog..sebab agak bizi skg ni...assgnment pon byk...sblom ni lagi la bizi...mcm2 perasaan ade...hepy..sedih..kecewa..terkilan....dpt rase duk jauh dr family..sblum ni pon pnh duk jauh..tp ade keluarga belah mak...tp skg,fmily sndri xde...adik ku kat p.pinang..ok lah kan..ade gk tmpt..
tak pernah agi aku rasa menumpang di tmpt org cm gini..smpai2 jer, xde tmpt tinggal..mnyewa kt tmpt org..cukup masa,kena keluar..mencabar jgak sbnrnye duk cni...sbb jauh..tp alhamdulillah..wt masa ni, masih leh bertahan dan tiada maslah besar sgt...
terima kasih kerana membantu buat si dia...sbr melayan kerenah aku..aku akui,aku bukan la matang orgnya...tp aku mencuba untk menjadi matang...

hari demi hari...makin rindu plak hati ni kat mak,ayah, adik2 n abg2..especially mak...dpt ckp kt tepon, rsa bez sgt2... itu blom duk kt obersi lagi..mira..mira...hehe...
mungkin sbb sunyi..n skg aku masih baru lagi dpt asrama..rumate baru msuk smlm..lega...ade peneman..she's very ok..maklumlh duk bilik hujung2..kdg2 ,rase takut pon ade..sbb kt hutan kan..( penakut rupanya aku ni).

haishh..rindunya aku kat kwn2 lama...bila plk ye kita akn jumpe...agak susah untk jumpa lpas ni..masing2 da ade yg keje..ade yg bljar...aku plk msih dlm mood nk blja..sbb aku xbersedia lg nk keje...mungkin lpas pngalamn ari 2..wt aku tension...tp ...bila nk wt keje je,mood tu mcm xde...knpa ya?? mungkin lama da tak wat asgment kot...da lama tinggal...
mira....mira...be strong!!
kuatkan semangat..awak yg pilih jalan ni..awak yg nk blajar..buktikan!!ini bukan masa untk main2...
emmm....emmm....insya ALLAH...aku akan wt yg terbaik..cuba abeskan master dlm masa 2thun..
insyaALLAH...

ok lah ..ckup smpai sini dulu coretan aku..nak smbung wt keje smula...

daaa...assalamualaikum...


...........sayasayangkaliankeranaALLAH......

Tuesday, October 2, 2012

tenangkan hatimu




Yang mana tengah ada masalah tuu…pegang dengan kata-kata ni…

Saidina Ali berkata:
“Tenangkanlah hati dengan waktu-waktu tertentu kerana 
jika hati letih ia akan menjadi buta”


Jadi…sentiasa tenang ya…^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...