AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, May 21, 2013

isteri yang baik



Assalamualaikum...
Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya

Sunday, May 12, 2013

aku tengah stress woi!!

Assalamualaikum semua..

Akhir-akhir ini, aku agak jarang menjenguk blog aku dan juga melawat blog orang lain..faktor kesibukan dan barangkali faktor kekurangan idea..
bunyi nya ada sedikit stress dlm diri..ya!! aku mengaku..aku memang STRESS.


aku cuba untuk positif..kadang-kadang tu tewas gak..aku kan manusia biasa..kadang mampu kawal, kadang tidak..
Emosi selalu tak stabil..dan disebabkan hal tu jugak, aku selalu dapat penyakit..lepas satu dan satu..dugaan..Alhamdulillah..Allah syg kt orang yg penyabar ni..kadang2 ada juga orang disekeliling yg boleh fhm kita..kadang ada juga tidak..perlukan percutian kot!

GIRLS DAY OUT!!


Serius.! betul la..

Bila stress, perempuan bila compare dgn lelaki memang tindak balas nya agak berbeza..otak perempua melepaskan bahan kimia yg sebenarnya menyebabkan kita secara automatiknya mencari kawan utk empati dan sokongan..ini menunjukkan bahawa tindak balas yg sama tidak akan berlaku kepada kaum lelaki..sebab orang laki ni, dengan sendiri akan marah tak tentu pasal atau pun berdiam diri bila keadaan ni berlaku..dan org perempuan mcm aku akan cenderung untuk bercakap dan menangis atau mendapatkan simpati dari kawan-kawannya...sebagai contoh, bila lelaki stress, mereka akan mengasingkan diri dan tidak banyak bercakap..tapi bila perempuan stress, mereka akan mula berkata-kata mengenai masalah yg mereka hadapi kepada pasangan...

antara penyakit yg disebabkan stress...gulp!

Cara aku??

Semua org ada cara tersendiri untuk tangani stress..tp bg aku, mungkin dengan bersembang dengan mak, or jalan2 adalah cara aku untuk hadapi stress ni...org kata, bila tengok muka mak kita, stress akan hilang...ya! sgt tepat!kadang2 dengan berblogging pon salah satu cara untuk tangani tekanan kita..
contohnya..sekarang memang aku tengah stress..aku cari blog..tapi apa2 pun, yg lebih penting, mintak doa ngan ALLAH..supaya kita lebih tenang utk hadapi kemungkinan yg mendatang...

eh lupa..ada satu lagi yg boleh kurangkan stress aku..aku main-main ngan kucing..kalau takde kucing sekalipun, aku akan search gmbr kucing kt google...funny cat!

aku memang suka wt cmni kat dia..
sbb dia kata aku comey..
ok..sila muntah..uwekks...

ok.ok...apa yang nak aku katakan, girls are easily touching...

Wednesday, May 8, 2013

Muhammad bin Abdullah

Muhammad....

Nama seorang lelaki agung,

Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,

Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,

Petunjuknya membawa kita ke syurga,

Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.


Hakikatnya Nabi Muhammad S.A.W sudah lama meninggalkan kita. Ditinggalkan kita dua perkara iaitu al-Quran dan sunnah bagi mjamin kita tidak sesat. Dua perkara tersebut tlh diketahui oleh umat Islam,namun umat yg dikurniakan dgn dua perkara ini pada realitinya hari ini boleh dinilai sejauh mana mereka mengambil berat terhadap kedua-duanya.


Berapa yg menghafal al-Quran? Membacanya dlm rutin harian? Memahami kandungannya?beramal dgn tuntutannya? Mungkin boleh dibilang dgn jari.. Dan berapa ramai pula yg mghafal hadis? Bagaimana al-Quran akan memberikan mereka syafaat selepas hari kematian? Tergamakkah mereka meminta syafaat beliau di Padang Mahsyar?


Seperti yg kalian tahu,banyak perkara yg pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Lahirnya pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah. Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu,semasa mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi,Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.


Betapa mulia Muhammad bin Abdullah iaitu Nabi dan utusan Allah..


Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku."


Bacalah selawat, "Allahumma solli`ala saidina Muhammad wa `ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin". Yang bermaksud "Ya Allah,kurniakanlh kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau".


Published with Blogger-droid v2.0

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...