AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, May 8, 2013

Muhammad bin Abdullah

Muhammad....

Nama seorang lelaki agung,

Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,

Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,

Petunjuknya membawa kita ke syurga,

Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera.


Hakikatnya Nabi Muhammad S.A.W sudah lama meninggalkan kita. Ditinggalkan kita dua perkara iaitu al-Quran dan sunnah bagi mjamin kita tidak sesat. Dua perkara tersebut tlh diketahui oleh umat Islam,namun umat yg dikurniakan dgn dua perkara ini pada realitinya hari ini boleh dinilai sejauh mana mereka mengambil berat terhadap kedua-duanya.


Berapa yg menghafal al-Quran? Membacanya dlm rutin harian? Memahami kandungannya?beramal dgn tuntutannya? Mungkin boleh dibilang dgn jari.. Dan berapa ramai pula yg mghafal hadis? Bagaimana al-Quran akan memberikan mereka syafaat selepas hari kematian? Tergamakkah mereka meminta syafaat beliau di Padang Mahsyar?


Seperti yg kalian tahu,banyak perkara yg pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Lahirnya pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah. Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu,semasa mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi,Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.


Betapa mulia Muhammad bin Abdullah iaitu Nabi dan utusan Allah..


Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku."


Bacalah selawat, "Allahumma solli`ala saidina Muhammad wa `ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin". Yang bermaksud "Ya Allah,kurniakanlh kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau".


Published with Blogger-droid v2.0

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...