AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Sunday, July 7, 2013

Ramadhan lambang kasih sayang Allah


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Setiap kali Ramadhan melabuhkan tirai, doa dipohon meminta Allah SWT lanjutkan usia serta dianugerahkan kesihatan yg baik..dan mudah-mudahan ku akan ketemu Ramadhan akan datang..alhamdulillah..Ramadhan kali ini ,aku akan menyambutnya bersama suamiku yg tercinta..buat pertama kali...

Sangat beruntung bagi hamba-hamba yang beroleh nikmat hidup pada bulan Ramadhan ini..Kasih sayang Allah terhadap kita sentiasa mencurah-curah..sebulan Ramadhan merupakan puncak limpahan kasih sayang Allah terhadap semua makhluk khusus kepada hamba-hamba yang ikhlas berjihad demi mencari keredhaan- Nya...

Alangkah rugi jika manusia masih lagi leka dengan urusan duniawi demi meraih keuntungan sementara tetapi melupakan keuntungan ukhrawi yang hakiki dan abadi. Sempena Ramadhan kali ini, marilah kita sama-sama memohon ampun dengan Allah Yang Satu..

Sabda Rasulullah S.A.W, "Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu".

Di bulan yang mulia ini, Allah telah menawarkan peluang untuk hamba-hamba Nya iaitu pengampunan dosa bagi mereka yang bersungguh-sungguh mahukan segala kesalahan yg terdahulu diampunkan..

Malah, kita juga berpeluang untuk menambah bekalan di akhirat nanti di mana setiap hamba Nya yg beriman kepada Nya akan diberikan ganjaran pahala yang digandakan bagi amal soleh yang dikerjakan..Amal kecil tetapi balasan baiknya sangat besar.

Sehubungan itu, kedatangan Ramadhan perlu disambut dengan perasaan riang gembira kerana Allah masih mengasihi kita..kegembiraan hati ini merupakan lambang keyakinan dan keikhlasan kita menghambakan diri kepada Nya...

**Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaan Allah S.W.T..

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...