AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, March 3, 2012

agar bidadari bisa cemburu padamu..!


Dengan asma’Allah aku mulakan sebuah coretan.Tahmid dan selawat moga senantiasa tercurahkan sebanyak segala sesuatu yang terhitung dalam pengetahuan Rabb,kukhususkan buat ‘Dia’,yang memiliki nama yang mulia,habibuna...Rasulullah saw.

Aku cuba beranikan diri untuk mencoret sesuatu,entahlah, mungkin kerana nafasku sudah terlalu sesak menyaksikan ragam dunia fana dihadapan mataku,aku bagaikan lemas dalam lautan perhiasan dunia yang didalamnya penuh dengan manusia – manusia yang lupa akan hakikat kejadian.Dikiri dan dikananku,di hadapan dan dibelakangku,semuanya bagaikan ingin menjebakku, ingin menjerumuskanku, juga, semuanya bagaikan menanti pembelaan… Ya Allah kasihanilah ummat ini.

Ingin kutujukan resah hati ini buat mereka yang bergelar hawa,perempuan,women,mar’ah dan 1001 jenis lagi nama yang indah – indah,seindah ciptaannya.Aku tidak pasti kenapa kaum hawa sering ditamsilkan dengan bunga mawar atau rose. kenapa tidak dengan bunga ataupun ciptaan Allah yang lainnya? Ataupun…kenapa tidak dengan bunga tahi ayam?

Insan hawa… adakah kerana ciptaanmu terlalu istimewa ? Aku cuba memecah rumus, mencari hakikat kesamaan antara WANITA dan MAWAR ,kerna kutahu pasti disitu ada rahsia Allah bagi mereka yang mahu berfikir. Secepat itu juga kalam Ilahi bagaikan terngiang, ”Afala ta’qilun” “Afala tubshirun”…


Aku pilu menyaksikan hari demi hari mawar di abad ini tidak lagi berdurikan bisa.Kelopaknya terkoyak disana-sini,pakaian yg selayaknya mengangkat darjat kemuliaan dibiarkan jarang dan ketat mengghairahkan buat hidangan nafsu semata mata.Nafsu dirai dan seolah – olah itulah tujuan dan misi utama sebuah kehidupan,mengenyangkan syahwat ! Entah apa yang dibanggakan,aku tidak ada jawapannya,mungkin sebenarnya mereka itulah yang menjadi kebanggaan setan.kelopak- kelopaknya jatuh berguguran lantas hakikatnya mereka seperti tidak berpakaian.Mengapakah dibiarkan harga diri menjadi terlalu murah dan seolah – olah langsung tidak berharga ? mereka seperti berbangga – bangga dengan dunia yang sifatnya fana dan aku sedar di sebalik hati kecilmu,fitrah dirimu mengatakan sebenarnya kau ingin dimuliakan dan maruahmu bukanlah semurah alat pencegah kehamilan (asif) yang kau kira bisa menyelamatkan nyawa kegadisanmu.Kadang – kadang kaum hawa seperti suka mengagungkan sesuatu yang fana' kan? Mungkinkah dengan meletakkan beratus ribu ringgit atau jutaan ringgit sekalipun sebagai bayaran keatas mu akan menunjukkan tingginya nilai sebuah harga diri ?


Sekali lagi,alangkah murah andai harga diri hanya bisa diukur dengan duit dan ongkos! Sebagai misal, seorang gadis = RM 50,000. Mengapa dinilaikan diri dengan kepingan-kepingan kertas yang kalau direndam didalam air,bisa hancur dan Kalau di layur di atas api, bisa lebur!Janganlah sampai wang bisa menggadaikan sebuah kehidupanmu di negeri akhirat yang kekal abadi.Kenapa tidak kau pilih jalan permaidani kemuliaan yang Allah bentangkan buatmu? Yang telah dijanjikan Allah dengan darjat ketinggian yang tidak pernahkan sirna dek zaman.

Adakah tabarruj dapat menutup hakikat tuamu?bukankah dunia ini hakikatnya sebentar Cuma,bukankah cantik dan tegang itu juga sebenarnya fana'.Kau pastinya yakin dan percaya bahawa make – up itu tidak akan sekali kali dapat melindungi kendur wajahmu disaat kau diusung ke lubang tanah.Jika Allah sudah suka memandang wajahmu,apa lagi yang kau mahukan..apa lagi yang dicari…


Kadang-kadang aku terdengar mereka berkata “Rilek la…,ada apa dengan dara” “ Eh! virgin lagi ? Tak maju la beb..” Andai kau menggadaikan mekar mawarmu dengan kononnya mengatasnamakan kemajuan dan natijahnya adalah anak haram, HIV dan AIDS, majukah? Budaya pelacuran,maju kah? hakikatnya wanita diabad ini sedang diperalat !

Ayuh, jadilah mar’ah yang Islam rindukan.Dalam memaknai erti solehah di dalam diri tak semudah menyebut ABC.mungkin ada yang berkata “Solehahnyer awekz tu… rambut teknik rebonding, bestla, cunnyer…” Solehah itu hakikatnya bukanlah pada pandangan manusiawi yg tak berasas tapi rebutlah gelar solehah dimata Pencipta manusia,yakni Allah swt.Terkadang aku tertanya - tanya bagaimana agaknya ya, SOLEHAH pada piawaian Allah dan RasulNya? dan aku temuinya dalam bicara lembut Rasul mulia dengan Ummu Salamah r.a yang bisa menggetarkan jiwamu,mar’ah solehah !


Ingatkah hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Thabrani dari Ummu Salamah r.a bilamana beliau bertanyakan " Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah

tentang bidadari - bidadari bermata jeli..?


lalu apa jawab rasul kita..

Rasulullah menjawab " bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar , rambutnya berkilau bak sayap burung nasar.."

Ummu Salamah r.a berkata "Jelaskan padaku tentang firmanNya Laksana mutiara yang tersimpan baik(Al Waqiah:23 )

Rasulullah saw menjawab "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan tak pernah tersentuh tangan manusia.."

Ummu Salamah r.a bertanya lagi " Jelaskanlah Ya Rasulullah tentang firman Allah "Di dalam Syurga itu ada bidadari yang baik - baik lagi cantik - cantik ( Ar Rahman:70)

Jawab Rasulullah saw "Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita"

Ummu Salamah bertanya lagi "jelaskan padaku firman Allah ' Seakan - akan mereka adalah telur yang tersimpan baik ( As Saffat:49 )

Lalu apa jawab rasulullah saw

Kata Rasulullah saw "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bahagian dalam telur dan terlindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.

Ummu Salamah kemudian bertanya lagi" Jelaskanlah padaku firman Allah penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al Waqiah : 37 )

Rasulullah saw pun menjawab "Mereka adalah wanita wanita yang meninggal di dunia dalam usia yang lanjut dalam keadaan rabun dan beruban, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita- wanita gadis, penuh cinta ,mengasihi, berghairah dan sebaya umurnya"

Tanya Ummu Salamah lagi "Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama ? WANITA DUNIA ataukah BIDADARIyang bermata jeli ?

Aku pasti mereka yang bergelar wanita dunia pasti berdegup – degup menanti jawapan Rasululah saw.Tarik nafas dalam - dalam,pejamkan mata dan hayatilah kata-kata Rasul kita…

Rasulullah saw menjawab "Wanita - wanita dunia LEBIH UTAMA daripada bidadari- bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat"

Ummu Salamah bertanya lagi " Mengapa wanita wanita dunia LEBIH UTAMA dari Bidadari ? "

Jom kita tengok wanita dunia yang macamana. Bukan sebarangan ye....


Rasululah saw pun menjawab lagi.

"Kerana solat mereka , puasa mereka dan ibadah mereka kepada Allah.Allah meletakkan

· ~cahaya di wajah mereka

· ~Tubuh mereka adalah kain sutera

· ~Kulitnya putih Bersih

· ~Pakaianya berwarna hijau

· ~Perhiasannya kekuningan

· ~Sanggulnya mutiara

· ~Dan sisirnya terbuat dari emas.


Mereka berkata " Kami hidup abadi dan tidak mati.Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali.Kami

ridha dan tidak pernah bersungut sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya..."


“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik - baik hiasan adalah wanita solehah”

Friday, March 2, 2012

di atas hamparan sejadah


Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Hurairah r.a)

Adakalanya dalam kekabutan sedang bekerja, apabila azan berkumandang hati terdetik,

“Allah dah panggil”

Tangan bersahaja mengemaskan apa yang dilakukan dan kaki melangkah untuk menunaikan solat. Dimulakan dengan doa, anggota wuduk disapukan dengan air membersihkan kotoran pada liang-liang bulu roma. Tatkala itu tubuh yang keletihan berasa segar kerana terapi air (hidroterapi). Setelah itu solat itu dimulakan dengan niat dan melaksanakan rukun solat yang seterusnya sehinggalah diakhiri tahiyat akhir.

Seusai solat, diri masih setia di atas hamparan sejadah itu. Bertafakur sebentar tentang apa yang dilakukan pada hari ini. Hati terdetik,

“Kau ada kerja yang masih belum siap, beredarlah segera!”

Namun, ada sesuatu yang meminta agar melambatkan pemergian itu.

“Zikirlah dahulu, berselawat 100 kali, Lailahaillallah 100 kali, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu akbar 33 kali”

Dan diri terus menerus membasahkan bibir dengan zikrullah, menuruti ilham daripada Allah, menuruti hati yang ingin tetap di atas hamparan sejadah dan memuji-muji nama Allah. Angka 100 yang kelihatan banyak terasa sedikit dan sekejap dengan tasbih 100 butir yang digunakan. Lantaran itu zikrullah terasa ringan untuk mencapai 1000 kali.

Teruskan, teruskan berzikir selagi hatimu rasa senang dengan zikrullah di atas hamparan sejadah itu kerana pasti di kala telah pergi, diri lupa untuk berzikir, menyebut dan memuji nama Allah. Jangan terlalu menurut hati ‘nakal’ yang ingin segera beredar meneruskan urusan dunia.

Andai di atas hamparan sejadah itulah diri terasa ringan untuk berzikir, turuti sahaja diri kembali kepada fitrah yang sentiasa ingin melakukan kebaikan, yang sentiasa ingin sedar kepada kewujudan Allah yang sentiasa ada dalam diri. Lantunkan zikir itu sehingga hati terasa tenang agar perginya diri daripada sejadah hanya dengan ketenangan zikrullah.

mencari pasangan hidup


Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.


Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...