AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Friday, March 2, 2012

di atas hamparan sejadah


Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Hurairah r.a)

Adakalanya dalam kekabutan sedang bekerja, apabila azan berkumandang hati terdetik,

“Allah dah panggil”

Tangan bersahaja mengemaskan apa yang dilakukan dan kaki melangkah untuk menunaikan solat. Dimulakan dengan doa, anggota wuduk disapukan dengan air membersihkan kotoran pada liang-liang bulu roma. Tatkala itu tubuh yang keletihan berasa segar kerana terapi air (hidroterapi). Setelah itu solat itu dimulakan dengan niat dan melaksanakan rukun solat yang seterusnya sehinggalah diakhiri tahiyat akhir.

Seusai solat, diri masih setia di atas hamparan sejadah itu. Bertafakur sebentar tentang apa yang dilakukan pada hari ini. Hati terdetik,

“Kau ada kerja yang masih belum siap, beredarlah segera!”

Namun, ada sesuatu yang meminta agar melambatkan pemergian itu.

“Zikirlah dahulu, berselawat 100 kali, Lailahaillallah 100 kali, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu akbar 33 kali”

Dan diri terus menerus membasahkan bibir dengan zikrullah, menuruti ilham daripada Allah, menuruti hati yang ingin tetap di atas hamparan sejadah dan memuji-muji nama Allah. Angka 100 yang kelihatan banyak terasa sedikit dan sekejap dengan tasbih 100 butir yang digunakan. Lantaran itu zikrullah terasa ringan untuk mencapai 1000 kali.

Teruskan, teruskan berzikir selagi hatimu rasa senang dengan zikrullah di atas hamparan sejadah itu kerana pasti di kala telah pergi, diri lupa untuk berzikir, menyebut dan memuji nama Allah. Jangan terlalu menurut hati ‘nakal’ yang ingin segera beredar meneruskan urusan dunia.

Andai di atas hamparan sejadah itulah diri terasa ringan untuk berzikir, turuti sahaja diri kembali kepada fitrah yang sentiasa ingin melakukan kebaikan, yang sentiasa ingin sedar kepada kewujudan Allah yang sentiasa ada dalam diri. Lantunkan zikir itu sehingga hati terasa tenang agar perginya diri daripada sejadah hanya dengan ketenangan zikrullah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...