AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Monday, March 12, 2012

cinta ALLAH cinta hakiki

as'salam untuk semua...

kali ini,sy terpanggil untuk membicarakan tentang cinta ALLAH untuk pembaca blogger..baru2 ini,ade seorang hamba ALLAH bertanya pada sy...knp blog sy byk cerita ttg cinta, jodoh...xnak ke crte sal fesyen ker,make up ke...untuk pngetahuan anda,blog sy berkisarkan tentang islamik..jadi ,tidak perlulah sy fokus kepada duniawi sahaja..
sy mgaku,ilmu di dada masih belum ckup lagi untuk membicarakan ttg agama..tp skurang2 nya ,sy berusaha untuk memperbaiki diri sy yg serba kekurangan ini...

bukanlah sy terlalu mgagung2 kan cinta..tp cinta itu penting jika berlandaskan islam...dgn cinta,kita dpt meneruskan perjuangan kepada ALLAH,Rasul,keluarga,shbt handai,guru2 dan strusnya..

bila jiwa kita terisi dgn ilmu ALLAH,hati kita akan menjadi tenang...sy tidak mengharapkan cinta dari sesama manusia..tp cinta ALLAH..kerana cinta sesama mnusia,buat kita menjadi resah..banyak beremosi..kdg2 apa yang nak dilakukan dlm kehidupan seharian tidak menjadi..hnya kerana cinta sesama manusia..andai jodoh sy masih belum ada,sy redha..kerana bukan kita yang menentukan cpt atau lmbt jodoh tersebut..maaf untuk saya katakan, cinta sesama mnusia,kdg membuatkan sy terasa sesak...
tapi andai sy bertuah diberi oleh ALLAH untuk merasa nikmat bercinta dgn suami sy, sy bersyukur..saya tdk perlu untuk bercinta sebelum berkhwin..kerana belum tentu lagi jaminan masa depan kita bersama si dia..
wahai kwn2,jga lh diri ..jga tingkah laku anda..sebelum anda melangkah terlebih jauh kepada duniawi..

mencintai ALLAH TAALA merupakan cinta yg teragung..ianya cinta yg tdk dpt disamakan dgn cinta2 yg lain..mnusia yg bercinta mgkin bertepuk sblah tgn,nmun barangsiapa yg mncintai ALLAH,maka cinta nya akn dibalas...malah lbih bhgia...

Anas berkata;

maka aku amat mncintai ALLAH,rasul-Nya,Abu Bakar,dan Umar..aku ingin seandainya aku dpt bersama mereka (di akhirat0 walaupun aku tdk beramal sepertimana amalan-amalan mereka...

[Direkod oleh Muslim: 6881]


Siapakah orang yang paling mencintai Allah?

Pastilah yang paling mencintai Allah dengan sebenar-benarnya adalah orang yang beriman, sepertimana yang disebutkan Allah Taalah:

Dan orang yang beriman itu amat dahsyat cinta mereka kepada Allah


[Al-Baqarah: 165]

Dalam sebuah hadis, Nabi pernah menyatakan bahawa lelaki mabuk yang lalu dihadapannya dan telah disebat atas kelakuannya itu, juga mencintai Allah dan RasulNya:

Janganlah kamu melaknat dia. Demi Allah! aku tidak mengetahui tentang dia melainkan dia ini mencintai Allah dan RasulNya.


[Direkod oleh al-Bukhari: 6780]

Ini membuktikan bahawa, maksiat tidaklah menafikan asal usul kecintaan. Namun ia menafikan kesempurnaan cinta.



untuk mgakhiri entry sy kali ini,ingin sy tegaskan kpada pembaca sekalian,

cinta ALLAH adalah yg hakiki yg tiada tolak bandingnya...hidup mati adalah kerananya..andai kita mendapat cinta adlh ANUGERAH dari-Nya...mengapa tidak kita berkorban s'gal2nya hanya untuk meraih cinta yang kekal abadi hingga ke akhirat...sungguh berbaloi andai kita mendapat cinta dr ILLAHI...hanya SYURGA FIRDAUS tanda balasan cinta dari-Nya..INSYAALLAH....MAKA KEJARLAH CINTA DARINYA...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...