AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, February 20, 2013

Hidup besederhana


Dalam agama Islam segala sesuatu yg tidak di larang, bererti boleh dikerjakan..tetapi dlm masa yang sama ia bukan bererti tidak ada batasnya..sebab itu adanya hukum sunat, mubah dan makruh..Jadi, jika inginkan hidup yg diredhai oleh Allah S.W.T , tentunya senang memilih yg sunat drp yg lain nya..

Sebagai contoh, orang lelaki boleh shj memakai pakaian apa pun selain sutera di dalam solat..tapi..hendaklah mengelakkan diri dari memakai pakaian yang boleh menyakitkan mata dengan gambar dan warna beraneka ragam..hal ini kerana, ia boleh menimbulkan rasa kurang khusyuk dalam solat orang lain apabila melihatnya..

" Alangkah kacak orang lelaki ke masjid dengan berpakaian baju melayu" :)

Hidup bergaul dalam masyarakat pun demikian..hidup tidak perlu bermewah-mewah, makan berlebih-lebihan, berpakaian cantik dan berhias diri dgn peralatan yg merangsang..semua itu boleh dilakukan asal tidak melangkah ke batas yg diharamkan..di sinilah perlu adanya langkah kebijaksanaan..sebab manusia mempunyai hati yg tidak sama..mungkin akn ada penyakit iri hati..

Bila kita menyelusuri kehidupan Rasulullah S.A.W semenjak kecil hingga menjelang ajalnya tidak pernah baginda hidup dalam kemewahan..dari segi berpakaian, makanan, perhiasan, dan lain-lain semuanya dalam kesederhanaan dan bersahaja..Hidup sederhana adalah salah satu keindahan akhlak Rasulullah S.A.W..

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah S.A.W duduk berkumpul di dlm suatu majlis smbil berbincang , menceritakan masalah kemewahan dunia.Pada saat mereka sedang berbincang, Rasulullah S.AW. bersabda;

Maksudnya : " Tidakkah kalian mendengar?Tidakkah kalian mendengar?Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman..Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman"   ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W menilai kesederhanaan itu dalam tata kehidupan manusia..Tanpa kesederhanaan kurang sempurna iman seseorang..

Demikianlah kiranya keutamaan hidup sederhana dan bersahaja yg perlu di amalkan dalam setiap kehidupan agar kelak menjadi orang mulia di sisi Allah Taala..

Sunday, February 17, 2013

Kucing saya gedik

Tiba-tiba je ari ni rasa nk post pasal kucing...punca nya sebab banyak sangat duk tengok gambar kucing...sebenarnye aku nak ckp yg aku pon ade kucing..hehe..nak tengok tak gmbr kucing aku? ok..aku tetap nak tunjuk..walaupon awak dan awak xmo tengok...





Meh..meh tengok...Tuu dia...
haaa..comey kan..dia wat gaye gedik..gedik santai...ngade2...nama dia mia...
bukan mira taw..tuu nama aku..hehe:iconimedarski:


Mia ni suka makan roti..tengok! dia curi2 amik roti aku simpan kt bilik...percaya tak?
ok2..sikit2..

Mia ni da jadi ibu..anak2 dia comey sgt..baru dua bulan lebih usia anak2 dia..puas aku cari posisi terbaik nak upload kt blog ni...ni haa..

comey sangat kan..
alololo..np cam sedey ni syg..
ni anak yang ke 3 n 4..ok..nampak sgt aku tipu...
hehe..

ibu n anak2 da ade..cuma bapak dia je yang aku tak tahu..heee

mungkin ini?
ini? oh tidak!
dan ini? emm..kaler da sama..suspek pertama telah dpt dikesan....Mood: Zest

Ok..tipu..tipu..tipu...semua aku tipu psl entry kucing kt atas..hehe..comey ngat aih kucing aku cm kt atas sume ni..kucing aku low profil..haaa..tengok kt bwh ni..aku nk amik gambar pon xnak tunjuk muka... mmg gedik...


Kucing aku ni memang pemalu sikit..sebab nya, bila aku bg makan, xnak la plk..tp bila je aku pusing ke blkg, tengok2 da dlm mulut..tuu dia...pemalu sangat la katakan..pas ni, aku nk dia makan depan aku..hehe

u see..u see...wat tak layan je kt aku..
ok..nti aku p beli kfc bagi kat ko ye kucing..baru ko nak jeling yer..:iconwhatonearth:

:icondarkmello:Entry kali ini,juz untuk fun je..time bosan2 ..idea ni yg datang...hehe
kepada yg suka kan kucing, jaga btul2 ya..Rasulullah s.a.w pon suka kucing...
berbuat baiklah kita dengan makhluk Allah ini...
Allah sayang kepada hamba Nya yang berbuat kebaikan kepada makhluk Nya..:iconxia0ting:

ok..aku nak undur diri dulu...
Sebelum tu, nahhh..kucing tuk korang :iconyobuko:
Daaaa..


Wednesday, February 6, 2013

Rintihan



Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...