AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, February 20, 2013

Hidup besederhana


Dalam agama Islam segala sesuatu yg tidak di larang, bererti boleh dikerjakan..tetapi dlm masa yang sama ia bukan bererti tidak ada batasnya..sebab itu adanya hukum sunat, mubah dan makruh..Jadi, jika inginkan hidup yg diredhai oleh Allah S.W.T , tentunya senang memilih yg sunat drp yg lain nya..

Sebagai contoh, orang lelaki boleh shj memakai pakaian apa pun selain sutera di dalam solat..tapi..hendaklah mengelakkan diri dari memakai pakaian yang boleh menyakitkan mata dengan gambar dan warna beraneka ragam..hal ini kerana, ia boleh menimbulkan rasa kurang khusyuk dalam solat orang lain apabila melihatnya..

" Alangkah kacak orang lelaki ke masjid dengan berpakaian baju melayu" :)

Hidup bergaul dalam masyarakat pun demikian..hidup tidak perlu bermewah-mewah, makan berlebih-lebihan, berpakaian cantik dan berhias diri dgn peralatan yg merangsang..semua itu boleh dilakukan asal tidak melangkah ke batas yg diharamkan..di sinilah perlu adanya langkah kebijaksanaan..sebab manusia mempunyai hati yg tidak sama..mungkin akn ada penyakit iri hati..

Bila kita menyelusuri kehidupan Rasulullah S.A.W semenjak kecil hingga menjelang ajalnya tidak pernah baginda hidup dalam kemewahan..dari segi berpakaian, makanan, perhiasan, dan lain-lain semuanya dalam kesederhanaan dan bersahaja..Hidup sederhana adalah salah satu keindahan akhlak Rasulullah S.A.W..

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah S.A.W duduk berkumpul di dlm suatu majlis smbil berbincang , menceritakan masalah kemewahan dunia.Pada saat mereka sedang berbincang, Rasulullah S.AW. bersabda;

Maksudnya : " Tidakkah kalian mendengar?Tidakkah kalian mendengar?Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman..Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman"   ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W menilai kesederhanaan itu dalam tata kehidupan manusia..Tanpa kesederhanaan kurang sempurna iman seseorang..

Demikianlah kiranya keutamaan hidup sederhana dan bersahaja yg perlu di amalkan dalam setiap kehidupan agar kelak menjadi orang mulia di sisi Allah Taala..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...