Semoga datang jalan keluar
Semoga kita boleh mengubati jiwa kita dengan "semoga"
Namun ketika isterinya marah, dia sering mengatakan kepada Al-Muta'mid "Sesungguhnya aku tidak pernah melihat kebaikanmu pada diriku." Akan tetapi Al-Muta'mid hanya tersenyum.Lalu berkata" Juga tiada kebaikanku saat aku membuatkan lumpur minyak wangi untukmu?" Saat itu, isterinya menjadi malu apabila terdengar jawapan dari suaminya..
Memang sudah menjadi tabiat wanita kecuali sebahagian kecil shj dari mereka yg melupakan segala kebaikan, ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan kepadanya..Dalam hadis, Rasulullah s.a.w ada menyebut:
"Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu,kerana sesungguhnya aku melihat kamu adalah majoriti penghuni neraka."Mereka bertanya: "Mengapa demikian, Rasulullah ? Rasulullah s.a.w menjawab:"Kerana kamu cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami."
Oleh itu, apabila seseorang sudah mengetahui watak wanita memang demikian, maka dia tidak akan marah, gelisah dan tidak tegang urat sarafnya ketika wanita mengingkari kebaikannya atau mendakwa bahawa dia tidak pernah melihatnya berbuat satu kebaikan pun, padahalnya dia telah berbuat banyak kebaikan untuknya..
"Ya Tuhan kami, berikanlah keampunan kepada kami atas dosa-dosa kami
dan sikap berlebihan kami dalam urusan kami.."
No comments:
Post a Comment