AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, April 7, 2012

adakala menyepi itu lebih baik

as'salam...

lbh kurg smggu sudah,aku tdk jenguk blog ini....fikiran aku bercelaru...aku tdk tahu bgaimana utk aku luahkan..pada siapa..bila...tp hnya ALLAH yg mngetahui sgala nya...
ya ALLAH..knpa smua ini terjadi padaku..hnya pada MU aku mgadu...aku tiada sesiapa tuk aku percayai lagi...smua nya berlaku dlm keadaan aku tdk bersedia...smpai satu ketika,airmata tdk mampu lagi mgalir kluar dr mataku..

knpa msti aku tggung semua ini?aku bknlah anak yg tdk mndgr kata..aku bknlh seorg kwn yg mgkhianati kwn sndri..aku bknlh seorg pelajar yg sntiasa mmberi mslh ketika dlm bljar..aku bknlah seorg jiran yg suka berbuat jahat..
ya ALLAH..aku tdk berdaya lagi..dugaan ini terlalu berat..hnya aku sorg yg sedang mnanggung...tiada siapa yg dpt mnyelesaikan mslh ini...terlalu berat tuk aku hadapi seorg diri...
di luar,org dpt mlihat senyumanku..tp dlm hati...tiada siapa yg tahu bila aku terluka...jln terbaik buat masa ini,aku hnya mampu mnyepi..maaf andai ada sesiapa yg terasa dgn perubahanku...

semoga aku terus tabah untuk hadapi semua ini...aku tahu ada hikmahnya di setiap segala yg berlaku dlm hdupku..aku serah segalanya kepada Mu ya ALLAH.....

Monday, April 2, 2012

BUAT DIRIMU

Inilah Caraku Mencintaimu..

Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dal
am cinta~~

Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.

Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.

Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.

Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.

Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.

Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.

Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.

Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…

Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Sunday, April 1, 2012

ADAKAH SUAMI MENANGGUNG DOSA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA?


SOALAN YANG DIKEMUKAKAN:

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh.. si suami yang menanggung..betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah..? Setiap sentuhan diantara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?

JAWAPAN:

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...