AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, May 29, 2012

gembira dalam sedih

assalamualaikum....

lame da rasenye aku tak update blog ni..dlm sminggu da kot..walaupon sekarang,aku masih tak sihat,aku nak jugak jenguk blog ni...mungkin ini saja tempat tuk aku berkongsi ngan sume selain mengadu kepada ALLAH...namun aku mesti ingat...tak sume kita leh kongsi dengan orang lain..demi menjaga nama baik sendiri dan orang lain jugak kan...



ok lah...straight to da point...
sbenarnye aku baru je lg balik dr pulau pinang..pegi hantar adik aku sambung belajar kat matrikulasi sane...Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik wlaupon sesat nak g ke sana..hehe..biasalah bila da g tempat orang...aku harap adik aku akan pandai menyesuaikan diri maklumlah dia tak pernah berpisah ngan keluarga lagi..lainlah aku..pernah pergi tempat orang..pernah merasa tersisih dengan orang di sana...pernah merasa bagaimana apa itu erti kehidupan...sampai sekarang masih tidak berkesudahan...ehmmmm...kisah lama..baik lupakan...tapi aku pon manusia biasa...pernah merasa sakit..walaupon aku cuba lupakan,memori itu masih dalam ingatan...ya ALLAH...kuatkan lah aku...sesungguhnya aku sedang bersabar...

berbalik pula kepada kisah adik aku...melencong plak aku ni..hehe..maklumlah dengan kesihatan yang makin hari makin menjadi-jadi plk..dugaan ALLAH..Dia nak bg kita pahala dan menghapus dosa..betapa pemurahnya Pemilik alam kita ini.....ok...masa p anta adik aku kt p.pinang ari tu,sepanjang perjalanan aku perasan adik aku ni sedih jer...tapi aku cuba sedaya upaya buat dia gelak...aku dengan adik aku yang sorang lagi memang tak duk diam kalau duk dalam kete...sembang tak ingat dunia..saja nk ceriakan keadaan....

sampai je sana,tengok2 bilik asrama dia..4 orang satu bilik..sume roomate dia orang luar...alaaa...tak kisah la orang mana pon kan..janji tegur menegur...adik aku ni, susah nk bukak mulut...tu yg aku risau..insyaALLAH,dia boleh buat semua tu...pas tolong pasang cadar dia,kemas cket2,baru kitaorg turun..

tibalah masa untuk berpisah..mata dia da nk berair dah..aku peluk dia.."JANA,jgnlh duk sedih weh..setahun ja duk sini..nanti sok2,kena pisah gak kan"..aku cover jer..tak kuar airmata pon..mak pon da nangis..tapi aku cool lg...heh..heh...aku peluk gak membe baik dia..selalu sma2 ngan dia..nseb baik sbb rezeki diorang dapat blaja tempt sma..result pon sma...hope,hubungan korang kekal...jd shabat sejati..jadilah sahabat yang tidak pernah nak tinggal sahabat sendri..sebenarnye,kawan baik adik aku tu,da macam family sendiri da..da jadi anak agkat mak n ayah..lagipon,dia da khilangan mak dari kecik agi...sbb 2 aku pon syg kt dia..AKU ,JANA dan SINA selalu kuar sama2..aku da cam geng ngan diorang dah...huhu
dalam jam 12 tghari,kami terpaksa beransur balik dulu...memikirkan kesihatan ayah pon kurang,jadi kami perlu bertolak awal...dalam hati,lindungilah kami ya ALLAH..smoga kami smpai ke rumah dengan selamat..ameen....

lebih kurang jam 7 lbih,kami smpai di rumah..alhamdulillah...selamat...
tiba2 teringat sangat kat adik aku..masa nk ke dapur tuk makan malam,boleh plk adik aku yang bongsu nama aiman,nak masuk bilik aku nak ajak adik aku Jana g makan sekali...da lupa lh tu..mklumlh yang bongsu ni mmg rapat cket ngan dia...mak pon aku nampak duk termenung kt kerusi..msti duk trgat kt dia..aku curi2 pandang..mak duk kesat airmata...sabar ye mak...bila time nak tido,aku plk rse cam sunyi sgt...tiba2 airmata turun laju..haaa...tu laa...mase duk peluk dia pg tu,cover sgt airmata tu..kang da nangis...mmg..aku rindu kat dia..lagipon dia sorang je adik pompuan aku..yg rapat ngan aku..biasa aku yang tinggal dia..sbb nk g blja tmpt lain..skg,dia plk yg tinggalkan aku...huuuuuu..biasa sebelum tdo,aku la yang kuat mengacau dia..sampai dia tak leh nak tdo..skg?? aku nak kacau sape..touching sgguh aku mlm gini..da takde orang nk gaduh ngan aku..gaduh2,kjp je baik balik..da nama adik beradik kan...

insyaALLAH...aku doakan selalu yang dia akan berjaya..tak lupa jgk tuk kawan2 dia...smoga beroleh kejayaan tak kira lah berada di mana skli pon...tujuannya hanya satu..menuntut ilmu kerana ALLAh..insyaALLAH..


MIRA,JANA & SINA


muka sebelum orang tuu menangis..hehe

ingat ya adik2 ku...sejauh mana kita berada, ingat lah di mana asal usul mu..andai kamu dikeji,andai kamu di benci, semestinya masih ada yang menyayangimu...kerana aku berpegang pada kata2 ini...kerana aku juga pernah merasai bagaimana di aibkan,dipulaukan bila berada ditempat orang..jagalah dirimu baik2...
ikhlaskanlah hatimu dalam mencari ilmu..smoga diredhai...insyaALLAH....



Tuesday, May 22, 2012

seharusnya aku bersyukur




Saat aku merenung langit cerah,
Melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa,
Tersenyum sendirian,
Allah SWT itu sememangnya Maha Pencipta yang Terhebat.

Dan Ketika ini,
Ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia,
Ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama,
Ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi,
Ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka,
Ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia,
Ada budak baru BELAJAR MEMBACA,
Ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya,
Ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian,
Ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini.

Bermakna ianya indah.

Tapi ketika ini,
Ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi,
Ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri,
Ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan,
Ada yang KEHILANGAN insan kesayangan mereka selamanya,
Ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya,
Ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya.

Pahit. Teramat perit.


Imbas..

AKU DI SINI,
Punya arus elektrik membekal cahaya dan haba,
Punya makanan tersedia untuk dijamah,
Punya air bersih untuk bersiram,
Punya masa untuk menulis ini.

Harusnya aku BERSYUKUR,
Terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaan-Mu ini.
Tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur pada-Mu,
Segala puji hanya bagi-Mu..♥♥

bulan rejab





assalamualaikum w.b.t....

"Selamat datang bulan Rejab....Sesungguhnya aku amat merindui kedatangan mu"...

bagai rasa tidak percaya...pejam celik..pejam celik...dah masuk bulan Rejab...berakhir bulan Rejab,Syaaban pula...kmudian Ramadhan...ketiga-tiga bulan ini, kalau kita tidak manfaat kan betul2,tersangat la rugi....bulan yang sangat istimewa di dalam islam...bulan Rejab ialah bulan ALLAH...manakala bulan Syaaban pula bulan untuk Nabi kita dan bulan Ramadhan adalah untuk umat manusia...betapa istimewanya...ALLAH memberi kita pelbagai cara untuk berlumba-lumba mendapatkan pahala...

ishh...cepatnya masa berlalu...betul ke ni dah bulan Rejab?? ehh..betul la mira...
aku tidak dapat nak gambarkan bagaimana perasaanku bila dah masuk bulan Rejab ni...apakah ini tahun terakhirku untuk merasai nikmat ALLAH ini?wallahualam....kuasa ALLAH...

Ya ALLAH...knpa hati aku rasa seperti ada sesuatu....seolah2 masih ada benda yang aku tidak sempurnakan lagi.....aku manusia yang selalu alpa...dahulu aku hanya tahu bersyukur bila di uji...ketika senang,mudah sekali lupakan Dia...sedangkan Dia yang memberi nikmat itu semua..."Ya ALLAH...janganlah kau pesongkan hati kami ini setelah Kau memberi petunjuk kepada kami"....

Tahun ini sangat bermakna bagi aku...kerana aku sudah berazam..aku berubah sikit demi sedikit...sekurang-kurangnya aku berani dan kuat untuk melakukan perubahan ini...bukan kerana manusia ,tapi ikhlas kerana ALLAH TAALA...aku tidak terburu-buru..khuatir semangat aku akan turun...tapi insyaALLAH,jika aku betul2 istiqamah,betul2 niat kerana ALLAH TAALA, ALLAH akan permudahkan...
ameen..

di sini..aku share sedikit tentang kelebihan bulan Rejab...sama2 lah kita renungkan...dan selamat beramal...^_^



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...