AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Thursday, September 7, 2017

Penangan JAMU RAHSIA WANITA




Pada tarikh 1 April 2017 baru-baru ni, aku dah selamat bersalin anak yang kedua.. Kali ni anak perempuan. Alhamdulillah syukur pada MU Ya ALLAH di atas kurniaan rezeki mu ini..Kali ni dalam pantang aku memang jaga betul-betul.. Sebab kali ni, aku dapat bersalin normal..aku ada amalkan jamu..Nama jamu tu JAMU RAHSIA WANITA..Dari berat aku 75kg..berjaya aku turunkan sehingga berat 57kg..Banyak jugak tu..aku kena berjaga-jaga..taknak lagi berat badan aku naik macam dulu..Bmi aku sekarang pun dah stabil..

Memang aku recommend sangat kalau sapa-sapa nak cuba jamu ni..Harga hanya RM25 sebotol..banyak sangat kelebihan dia..Antaranya ialah:

✅ *Mengetatkan Kembali Otot-Otot Rahim Yang Longgar*
✅ *Mencantikkan Kulit*
✅ *Mengecutkan Peranakan Wanita*
✅ *Kitaran haid teratur*
✅ *Mengecutkan Cyst*
✅ *Menyuburkan rahim*
✅ *Memberikan Tenaga*
✅ *Menguatkan Sistem peranakan*
✅ *Menganjalkan Payudara dan punggung yang jatuh*
✅ *Mengempiskan Perut Sekaligus Menurunkan Berat Badan*


JAMU RAHSIA WANITA juga sesuai untuk wanita yang mengalami masalah seperti:

🌹Peranakan jatuh/tombong
🌹Haid tidak teratur
🌹Keputihan
🌹Perut buncit selepas bersalin
🌹Badan & alat sulit berbau busuk
🌹Aset atas dan bawah mulai kurang pejal/kendur
🌹Aset utama mula mengembang & longgar
🌹Wajah pucat

Kalau nak tau, jamu  ni sesuai untuk semua wanita yang berumur 16 tahun ke atas..dari anak dara, yang dah kahwin, yang menyusu, dan juga warga tua..
Tapi kenapa ya, bila dengar jer jamu takut nak makan.. Sebab takut panas tak boleh pregnant. Silap tu awak.
Dan ada pulak yang takut nak mkn Jamu, takut subur katanya...
Jadi?? Kat mana yang rasa betul dan Salah.  fenimmm makk jamu tau.. Jangan dengar buah mulut orang je..semua atas penjagaan Kita.Yg tgh mrancang jgn kasi terbabas jer hehe. Mcm jamu RW boleh mkn ank dara, mak dara dan nenek dara tau tau ðŸ˜„😄..
Nak merancang, boleh consume setiap pagi.
Bagi yang nak Hamil boleh consume setiap malam..Jamu nie bagus sebenarnya untuk bantu menguatkan rahim. Melancarkan darah & ibu yang menyusu se
suai boleh consume jugak JRW. Ia dpt melancarkan pengaliran susu yang baik,nak susu meriah??Banyakkan air kosong ketika consume JRW dgn izin Allah berhasil dgn jayanya..
Manjakani kan byk khasiat 1001 rahsia...
Rugi lahh kalau kita sbgai wanita tak grab..
Ciptaan Allah pasti hasilnya pon kebabomn!

Oleh sebab kesan dia sangat kebabom, aku terus jadi agen.dan aku amalkan sampai hari ni..dah 5bulan lebih dah amal jamu ni...kesan dia memang terbaik..kalau korang nak cuba jugak wassup je aku..0199831302..dengan segera aku balas..hehe

Wednesday, November 23, 2016

GEMUK IS AWESOME??EH..no laaa...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..di beri kekuatan untuk berkarya hari ini..apa yang aku nak katakan , sepanjang aku tak update apa-apa di blog aku ni, sebanyak itulah berat aku bertambah..hahaha..lama betul tak update..bukan takde cerita..tapi takde masa..maklumlah beranak kecik..di tambah plak dengan tanggungjawab seorang isteri, surirumah dan seorang ibu..phewww..baru aku tahu betapa penat dan tabahnya mak aku..terima kasih mak..

Aku dah kenapa tiba-tiba jadi panik? GEMUK..ya..aku yang dulu nya hanyalah seberat 42kg..then pas khwen 52kg..pregnant 55kg..selepas je aku beranak, berat badan aku tanpa segan silu naik je..sampailah satu tahap aku dah dapat sakit lutut..ALLAH...

Berat aku dh cecah 68kg..kalau aku tak sedar lagi mungkin boleh cecah 70kg..oh tidak!
Itu pon masa tu aku tak berapa nak takut sangat lagi..walaupun ada orang yang tegur cakap aku dah gemuk..dan yang paling aku malu, ada orang tanya bila due? eh..kenapa plak..ada ke cakap aku pregnant? hahaa..masa tu tak tahu lah nak gelak atau nangis...hahaa

Tambah plak family aku bukan lah dari keturunan besar-besar..saiz ok-ok je..nak di jadikan cerita,ada la satu hari tu..aku ni dah lebih kurang sebulan lebih la tak tengok kakak ipar aku..badan dia lebih besar dari aku..anak dia pon belom sampai setahun lagi..terkejut aku bila tengok dia..dah slim..muka pon dah kecik..tak tembam dah..I is jeles..huhuhu...dia makan ape sampai cepat leh kurus ni? tanya-tanya lah gak apa yang dia makan..katanya jamu dan diet..ohh..ok-ok..tapi jamu tu aku takleh makan..sebab full breastfeeding..jadi cara paling terbaik adalah diet dan bersenam..

Aku INSAF....ahahaa...aku tekad nak kuruskan balik badan..salah satu sebab aku takut dapat penyakit nanti..risau...mak aku pon memang galakkan aku diet..so bermula lah sesi diet aku..2hb 3 aku start diet..dah kenapa kau tak start 1hb je..sebabnya aku lupa nk diet..hehe..pagi tu dh bedal nasik bungkus..mmg kenyanglh aritu..target aku taknak makan nasi, makanan manis, makanan bergoreng, fastfood dan ais..

Aku ada jugak makan jamu..tapi takdelah beria sgt..tapi abes la jugak 3kotak..hahaa..pastu dah slow..selepas sebulan lebih aku diet, berat aku dapat turun 6kg..melompat la aku..setakat hari ni, dah 2 bulan lebih aku diet, berat aku dah turun 8kg..dari 68kg jadilah 60kg..target aku dapat 55kg pon cukup dah wat masa ni..tapi selepas 2bulan aku ada jugak lah sentuh nasi..tapi segenggam..sebab anak aku masih bf..jadi kesian plak kt dia..walaupon dia dah 2tahun 2bulan..rezeki dia la kan..

Dan akhirnya selepas3 bulan lebih berat aku dah makin berkurang..sebelum raya puasa aku dah dapat capai target aku..iaitu 55kg...Alhamdulillah...seronok sampai takleh nak cakap..hehe...baju baju raya pon dah dapat saiz M..yang sebelum ni saiz XL..hihi..ramai tegur yang aku dah kurus..kembang kempis hidung..sampai ada yang bertanya macam mana cara aku diet...aku cuma jaga makan dan banyakkan excercise je..nak diet, tak perlu ubat kot..cuma lagi bagus kalau ada suppliment la..taknak bagi kau letih-letih..

Ok la untuk kali ini..dah lama akak tak update kan..hehe..

psss....sebenarnya status ni dah lama aku update..cuma tak publish je..hari ni baru tergerak hati nk publish..hehee..maknanya, tuan punya rumah ni masih bernyawa..hahaha..
ok..bye..

Assalamualaikum..








Monday, August 17, 2015

Istiqamah dalam mencintai


"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, 
bantulah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu, 
dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku kepada-Mu"

Daripada pesanan cinta Rasulullah S.A.W yang ringkas di atas dapat kita petik bahawa istiqamah itu perlu dan sangat diperlukan dalam percintaan. Istiqamah dalam mencintai.

Sekukuh-kukuh cinta adalah cinta yang istiqamah. Istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH SWT walau apa jua keadaan sekalipun. Hanya yang benar-benar istiqamah mampu meraih cinta abadi di mana dalam pejalanan  itu memerlukan pengorbanan dan kekuatan mujahadah. Hidup ini sememangnya untuk di cintai, tetapi kepada siapa?

Jika benar hatimu sangat mencintai, jawablah cintaku untuk ALLAH. Jika benar cinta, kita akan sanggup untuk bersusah dan berkorban.Bukankan orang yang tabah itu hanya di uji dengan ketabahan?

Direkodkan Rasulullah SAW menyatakan:

"Manusia yang paling banyak menerima cubaan adalah para nabi, 
kemudian orang soleh, kemudian orang yang lebih rendah kebaikannya, 
kemudian orang yang lebih rendah kebaikannnya."
                                      (Riwayat at-Tabarani)

Cinta adalah satu tanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab pasti akan sentiasa bermuhasabah kembali nasib dirinya dan ahli keluarganya yang akan menempuh destinasi yang tidak mati-mati. Perjalanan alam padang mahsyar.

Adakah dirinya dan orang-orang yang dicintainya akan selamat sejahtera, dipayungi rahmat ALLAH SWT sehingga masuk ke dalam Firdausi. Panji Islam itu adalah pemangkin cinta, dan sebaik-baiknya penghubung cinta sesama kita.

Semoga ALLAH SWT sayang kita semua. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...