AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, March 27, 2012

jari yang comel


arini tb2 je rase nk post pasal jari...mnusia skg smakin maju,..mcm2 idea leh kuar...ku tak nak cakap byk skg..meh kita tgk gmbr2 jari ni..sume nye kiut miut...meh...






comel kan..hehe..^_^

Monday, March 26, 2012

pakaian muslimah sebenar


Tukarlah cara PEMAKAIAN kamu..........

* tudung MELEPASI dada,
* baju dan seluar yang LONGGAR,
* pakai SARUNG KAKI,
* LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN,

P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" x sesuai pakai tudung labuh atau sebagainya...
Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL...

sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^

♥ Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA Penciptamu

Sunday, March 25, 2012

JADILAH MAWAR BERDURI


Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu
menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,
sayang tidak
berduri,
Apabila tidak berduri ,
tiada lagi benteng yang boleh melindungi
keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
Duri mawar itulah
ditasbihkan dengan perbatasan aurat,
akhlak dan al-haya’.
Dengan
pagaran duri itu,
kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum
aromanya menyelinap di segenap naluri
yang mengundang kekaguman di hati
sang kumbang
hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.

DAUN YANG JATUH TIDAK AKAN MEMBENCI ANGIN


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

MUNAJAT KU PADA MU YA ALLAH


Malam ku menapak mencari cinta MU YA ALLAH..
Malam yang sunyi tiada lagi ketika manusia sedang nyenyak tidur...
Aku menghulurkan tangan menyentuh air yang sejuk mencecah ke tulang-belulangku..
...Aku syukur berwuduk mengugurkan dosa-dosa kecil ku...
Aku melangkah kaki ku ke tikar solat...
Menghadap tuhan...
Bertakbir...
Merdu sungguh kalimah itu di telingaku...
Ketika ini betapa dekatnya aku kepada Pencipta...
Aku berusaha membaiki solatku takut tiada keikhlasan hilang kekhusyukkan..
Aku memberi salam...sedih sekiranya ini solat malam terakhirku...

Aku berdoa menghadap RABBKU...
Aku mengadu meminta supaya diampunkan dosa-dosaku...
minta dimasukkannya aku ke dalam syurganya...
memberati amalan kebajikanku di akhirat di mana tiada pertolongan ketika itu...
semoga catatan amalan kebajikan ku aku terima dengan tangan kananku...
semoga aku dimatikan dengan ucapan kalimah syahadat...

sedihnya aku memikirkan...bagaimanakah akhirnya hayatku...

ALLAHU AKBAR

Saturday, March 24, 2012

KENALI 9 JENIS SYAITAN


jom kita berkenalan dulu dengan setan2 yang sentiasa ada disekeliling kita. Yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan sesuatu yang mungkar. Ambik tau sikit nama2 setan dan peranan depa ni.

1. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri bercerai berai, anak-anak tidak mendengar kata.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam dunia glemer.

4. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was was dalam diri manusia ketika hendak beribadat kepada Allah.

5. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol.

6. MASUUD
Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata.

7. LAKHUUS
Merupakan sahabat dan orang majusi yang menyembah api dan matahari.

8. ZALITUUN
Duduk di pasar, kedai supaya menghasut manusia berbelanja berlebihan, tamak.

9. A'AWAN
Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, riak dan tidak mahu mendengar nasihat alim ulamak.

Friday, March 23, 2012

Jujur Aku Dayus

as'salam...

JUJUR AKU DAYUS...sbuah cerita yg sgt menarik...baru arini ku sempat layan....dlm byk2 cerita melayu,cerita ni bez gk la nk layan..sbb..ade pngajarannya...kepada sesiapa yg blum layan lagi,leh la tgk2...

Antara pengajaran yang boleh di ambil ialah:

  • Jangan BERSANGKA TANPA BUKTI & TABAYYUN
  • Isteri; jangan keluar rumah bertemu lelaki lain ketika suami tiada APALAGI TANPA IZIN SUAMI
  • Suami; jangan tinggalkan isteri terlalu lama, hidup sendirian
  • Wanita yang menutup aurat, belum tentu baik. TAPI, wanita yang BAIK, PASTI akan menutup auratnya
  • Carilah calon pasangan hidup yang soleh & solehah.





Ketaatan isteri mengikut syariat akan menjaminkan kebahagiaan rumahtangga....

Ada yang yakin mengikut kata suami lambang ketaatan, sekali gus menafikan kepentingan syura dalam rumah tangga. Isteri kurang arif perintah agama menganggap setiap suruhan dan tindak tanduk suami adalah perintah Allah dan Rasul, hatta maksiat pun ditaati.

Setiap isteri akan cuba sedaya upaya menjadi isteri yang taat kerana mereka tidak mahu meredah jalan sukar menuju ke syurga. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan padanya: Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Antara ketaatan isteri terhadap suami yang dimaksudkan hadis Rasulullah SAW ialah tidak berpuasa sunnah tanpa izin suami, tidak membenarkan tetamu memasuki rumah tanpa izin suami dan tidak berinfak harta tanpa izin suami.

Ketaatan kepada suami tidak semudah yang dinyatakan semua orang. Ia bermula seawal kesediaan menjadi isteri. Ramai tidak mampu menunjukkan rasa hormat lantaran mereka tidak menganggap suami sebagai pemimpin rumah tangga yang fungsinya menyediakan ilmu, keperluan rohani dan jasmani kepada setiap ahli keluarga.

Puncanya kerana suami tidak menjalankan tanggungjawab diamanahkan Allah sehingga menyebabkan isteri dan anak mengabaikan amanah masing-masing.

Dalam Islam, isteri wajib taat selagi suami tidak melanggar perintah Allah dan Rasul. Memang setiap isteri salihah berusaha memberi layanan terbaik buat suaminya.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Bazzar)

Hadis itu menekankan hak suami yang banyak membuatkan isteri wajib mentaati suami. Namun, hak itu hanya layak dituntut suami jika menunaikan tanggungjawab sebagai pelindung dalam rumah tangga.

Hak dalam Islam hanya menjadi milik sah seseorang jika ia tidak mengabaikan tanggungjawab yang harus ditunaikan kepada orang lain. Prinsip sama terpakai dalam hubungan suami isteri dan perlu difahami dengan jujur, bukan hanya menjadikan perumpamaan perintah bersujud kepada suami sebagai alat memperdaya isteri.

Jika suami tidak menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak, isteri dibenarkan menggunakan harta suami tanpa pengetahuan dengan jumlah secukupnya dan dengan cara baik.

Hal ini bukan bermakna isteri tidak taat, kerana apa dilakukan isteri sekadar mengambil haknya yang tidak ditunaikan suami dan dibenarkan Rasulullah SAW.

Setiap isteri harus menjadi matang dalam menerajui rumah tangga. Tidak dapat dinafikan isteri yang bijaksana akan menyumbang kepada keharmonian rumah tangga bersama suami salih.

Tetapi jika wanita bersuamikan orang yang tidak mematuhi syariat, ia tidak bermakna jalan keluar hanya perceraian. Isteri salihah akan membantu suami mencari cinta Ilahi, bersabar menyiram kasih mengikut panduan agama sehingga ia subur di halaman rumah tangga.

Ibnul Jauzi, seorang faqih menukilkan kisah dalam kitabnya Ahkamun Nisa, mengenai lelaki salih, rajin berpuasa dan bersolat malam bernama Syu’aib bin Harb.

Ketika menikahi seorang wanita, Syu’aib berkata kepada wanita itu beliau lelaki yang buruk akhlaknya. Dengan penuh santun, wanita itu menjawab, orang yang lebih buruk akhlaknya darimu ialah orang menjadikan akhlakmu seperti itu.

Hanya dengan jawapan itu, Syu’aib menyedari wanita bakal dinikahinya ialah wanita matang dan bijaksana. Justeru, beliau yakin wanita itu layak mendampinginya.

Kisah itu menunjukkan wanita cenderung mentaati suami mempunyai minda cemerlang dan tidak menjadikan masalah dalam rumah tangga sebagai sebab berselisih faham, sebaliknya menekuni kekeruhan dengan bijaksana..


Thursday, March 22, 2012

wanita tua yang hanya berbicara dengan menggunakan ayat al-Quran


Wanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur’an

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta’ala :

Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah saw. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh.”

Wanita tua :

Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)

Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”

Wanita tua :

Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”

Wanita tua :

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). (Al-Israa’ 1)

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”

Wanita tua :

Selama tiga malam dalam keadaan sihat. (Maryam 10)

Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”

Wanita tua :

Dialah Allah pemberi aku makan dan minum. (Asy-Syu’araa’ 79)

Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”

Wanita tua :

Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih. (Al Maaidah 6)

Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya?”

Wanita tua :

Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib. (Al- Baqarah 187)

Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”

Wanita tua :

Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Al- Baqarah 184)

Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”

Wanita tua :

Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid. (Qaaf 18)

Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”

Wanita tua :

Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan. (Al-Israa’ 36)

Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”

Wanita tua :

Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 92)

Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan.”

Wanita tua :

Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. (Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

Wanita tua :

Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka. (An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia mengendarai untaku.

Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi.

Wanita tua :

Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri. (Asy-Syuura 30)

Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.

Wanita tua :

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf 13-14)

Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi.

Wanita tua :

Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu. (Luqman 19)

Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair

Wanita tua :

Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an. (Al-Muzzammil 20)

Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”

Wanita tua :

Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu. (Al- Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”

Wanita tua :

Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu. (Al Maaidah 101)

Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.

Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”

Wanita tua :

Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia. (Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”

Wanita tua :

Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk. (Al-Nahl 16)

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam kemah ini?”

Wanita tua :

Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi. (An-Nisaa’ 125)

Dan Allah berkata-kata kepada Musa. (An-Nisaa’ 164)

Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh. (Maryam 12)

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua :

Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu. (Al-Kahf 19)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua :

Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.(Al-Haaqqah 24)

Abdullah : “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :

“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya karena bimbang tersalah bicara.”

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:

Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)

Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )

kehebatan solat di awal waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Ku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

  • Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

  • Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

  • Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

  • Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Indahnya solat subuh


waktu subuh yang menenangkan

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

jum..jum..jgn tggl solat subuh taw ..^_^

Friday, March 16, 2012

Hadis Pilihan


HADIS 1
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermksud : " sesiapa yg mempunyai kenderaan yg melebihi drp keperluannya sendri hndklh bersedekah kepada org yg tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yg mempunyai lebihan makanan hendaklah ia bersedekah kepada org yang tidak mempunyai apa2 bekalan makanan. selanjutnya baginda menyebut bermacam2 lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorg pun dari kami yang benar2 mempunyai kelebihan" (hadis Riwayat Muslim).

PENERANGAN: Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bntuan kepda org yg susah dan org yg memerlukan bntuan sama ada dr segi harta bnda dan kewangan.hikmah bersedekah adlh utk mengelakkan drp mementingkan diri sndiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan di dlm Islam.Bagi golongan kaya yg mempunyai harta kekayaan digalakkan bersedekah dgn memberi bantuan makanan kepada golongan memerlukan.

HADIS 2
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash'ari drp Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud :
" Sesungguhnya ALLAH membentangkan tgn Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) ketika malam untuk menerima taubat org yg melakukan dosa ketika di siang ,dan membentangkan tangan-Nya (kemurahan untuk menerima taubat)ketika siang untuk menerima taubat org yg melakukan dosa pada ketika mlm.keadaan ini berterusan hinggalah terbitnya matahari dr sebelah barat"(Riwayat Muslim)

PENERANGAN: ALLAH sntiasa memberi peluang kpda hambaNya untuk bertaubat ats segala dosa yg dilakukan tnpa menentukan masa dan waktu. oleh itu umat Islam perlu sntiasa memohon taubat kpd ALLAH. ALLAH tetap menerima hambaNya selagi matahari belum terbit dr sebelah barat(tanda terlalu hampir kiamat)

HADIS 3
Rasulullah s.a.w bersabda :" ketahuilah bahawa dlm jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah),jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENERANGAN: Dlm diri mnusia terbahagi kepda dua iaitu fizikal dn spiritual.Spiritual termasuklh akal,nafsu,perasaan dn yg paling utama adlh hati kerana tindakan ,perilaku dn sikap seseorg dipengaruhi hati. hati dn perasaan perlu dijaga dr sifat yg merosakkan .Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yg betul berlandaskan ajaran Islam yg sbnar.jika tdk,hati pasti dikuasai nafsu dn syaitan yg menyebabkan pelbagai pnyakit sperti hasad dengki,tamak, pemarah, dn riya'. justeru untuk kita membersihkan hati yg kotor kita hendaklah membiasakan diri dgn amaln berzikir,bertasbih, dn bertahmid kepada ALLAH....

Thursday, March 15, 2012

pesanan Rasulullah terhadap wanita



1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Tuesday, March 13, 2012

sujud syukur pada Mu ya Rabbi

syukur alhamdulillah..aku diberi ujian lagi kali ini....ujian kali ini,byk hikmahnya..
tidak aku sangka...dlm aku mengharap,aku diduga...terima kasih ya ALLAH...aku terima takdir ini seikhlas hati ku...

petanda demi petanda..telah aku nampak..ya ALLAH..betapa agung Nya kekuasaan Mu..setelah Kau beri hidayah padaku, aku dapat bezakan mana yang baik, mana yg buruk...ya ALLAH..aku menangis..menangis tanda syukur pada Mu...suatu ketika dahulu,bila aku sedih,di timpa masalah,tidak pula aku mencari Mu..bila aku kenangkan semula,malu nya aku....hinanya aku..

ya ALLAH..aku harap,aku akan kuat..untuk menempuh dugaan Mu..insyaALLAH...


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkanSebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnyaAgar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

*RAIHAN-SESUNGGUHNYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...