AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, April 18, 2012

KEKASIH HATIKU

Harini aku nak jiwang-jiwang karat sikit. Hehee.. Asyik serious je kan??

FYI, I finally found my true LOVE (auww.. weewitt)!! Before this, tak pernah sekali pun dalam hidup aku ada Gewe (buah hati dalam loghat kelantan) ni.. Syok rupanya ada Gewe ni kan?? Sebab tu la kot remaja-remaja sekarang (eh, budak-budak tadika pun.. eh, pakcik-makcik pun!) semua sibuk nak bercinta. Mengasyikkan rupanya.
Actually aku dah kenal ngan Gewe aku ni dah lama sangat, just selama ni aku jual mahal je (hot sangat la aku ni konon nyee..). Walaupun kami tak pernah bersua muka (alaa.. macam korang la kenal-kenal kat Facebook pastu jatuh cinta. Tapi case aku lain la), aku tahu Dia setia. Dialah segalanya buat aku sekarang (sambil nyanyi lagu Sheila Majid-Kaulah Segalanya).

Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku
Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia
Dia Mendengar Segala Permintaan Aku
Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku
Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia
Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian
Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah

Dia memang perfect lah!! Kalah boyfriend-girlfriend you ollz tau nyah!! Adeh.. Macam angau sangat lak aku ni kan. Dia adalah...
ALLAH SWT~

INDAHnya cinta kepada-Nya
MANISnya cinta kepada-Nya
KEKALnya cinta kepada-Nya

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]

Pesanan Penaja : Kepada kenalan-kenalan yang baru nak belajar bercinta or yang tengah loving-loving (I lap you, you lap me) sakan or yang macam sedih tahap cipan sebab putus cinta tu, belajarlah untuk tanamkan, curahkan rasa cinta dan kasih sayang itu kepada Allah kerana...

CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YANG KEKAL ABADI

~~sharing is caring~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...