AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Monday, April 16, 2012

SEPINGGAN DOSA BERULAM PAHALA



Semakin ramai siswa-siswi serta muda mudi hari ini berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'sms' hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik..namun hakikatnya yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal, tetapi gelodak nafsu dan tiupan yang licik daripada syaitan..


Jika kamu benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah..lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang memakai kosmetik islam pada sms berbau islam atau pakaian berwarna islam..tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan diri dengan nafsu dan maksiat..kerana orang yang sanggup bersama-sama berkongsi maksiat dan dosa dengan tanpa mengajak bersama-sama ke pangkal jalan kebenaran dan menjaga maruah bukanlah jenis orang yang dianggap ‘baik’..maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya..


p/s : Betapa rugi jika di dunia ini kelihatannya seperti beriman, tetapi rupa-rupanya kita hanyalah seorang hipokrit(munafik)..sedarlah kita, syaitan terlalu licik tetapi ingatlah, Allah selalu melihat dan memerhatikan dirimu..♥♥

:: Berhijrahlah, jaga diri dan iman ::

2 comments:

  1. Muhasabah diri adalah cerminan terbaik untuk mendapat redha Allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...