AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Sunday, August 26, 2012

siapa pun jua aku


Aku hanya wanita biasa..mencurah rindu dengan rasa yang ada..tentang aku,tentang kehidupan, dan tentang cinta...

Tanpa melihat aku sebenarnya..hanya yang ada bicara dalam kata-kata yang tertulis..dan siapa kamu..aku pun tidak tahu...

Ku harap kau tidak akan pernah jemu..menatap di setiap bait lakaranku..jengah-jengah la ke teratak ku selalu..tanpamu siapalah aku..

Terima kasih cinta...dan salam kasih seraut rindu nan syahdu dariku buatmu....

Friday, August 24, 2012

raya..raya...raya

assalamualaikum..
lama nye aku rase x update blog ni..maklum lah bizi....dari bulan puasa sampai la raya...malam ni baru nak jenguk blog sendiri...online fb pon jarang2..sebab xtaw da nak update ape lagi...

Raya aidilfitri kali ini, tak semeriah tahun lpas...sbb sorg abg aku xdpt blik..keje..tp xpelah...at least,dia dpt gak beraya kt umah fmily wife dia ...n satu lagi, baju raya pon x siap..huhhuu..biasalah...tukang jahit mmg cm 2..siapkan untuk org dulu..last2,x siap lgsung yg sendiri..

penat!!!sgt penat bila tiap kali raya..berjaga di tengah malam...keje byk ngat...tidur xckup..rest pon xckup..tp makan sgt cukup!! hheee....

banyak aku tengok kt fb,sume upload gmbar raya..aku??? cam biasa la...mmg dari dulu2 lagi,aku xpernah amik gmbar raya sendiri..sbb 2,aku xde lngsung koleksi gmbr raya..antara sebabnya...aku x suke bergmbar..wlpon hari raya,da pakai cantik2, aku tetap xberminat nk amik gmbr sbgai kenangan...dlm laptop sndiri pon xde ngat gmbr aku..yg ade,gmbr fmily n member2 jer..
kedekut gambar aku ni...hehee

raya pon ,aku x g jln ngat..aku makan,aku tido...mungkin terlampau penat mse bulan puasa..bygkan, pagi syawal,bdn2 aku abes sakit..mcm baru lpas xcident...aku de tnya mak aku,apasal bdn aku jdi sakit cm 2...kata mak,sebab aku terlampau bekerja, n dan melebihi had bdn aku...emmm..mmg betul..aku xnafikan..pagi raya,aku da telan panadol untuk hilangkan sakit urat..huhuhu..sbb 2 aku byk rehat jer..asal baring je,komfen tertido...walaupon sblum ni,aku ada mslh tido...aku mmg mnusia yg agak sush untuk tdo..walaupon bdn da penat ngat,tp sush gk nk tdo..tp alhamdulillah..pas raya,mudah sgt nk tdo..tp aku risau..sbb nti da nk smbung blja..aku takut jd syok nk tdo saje plk.......hrp xlah kan...
akhir kata...setakat ini dahulu cerita aku..untuk post akan dtg,insyaALLAH...aku akn post lagi...ape2 pon,aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...maafkan salah dan silap aku, andai kata sebelum ini aku banyak melakukan kesalahan kepada kalian sume..kira kosong-kosong ya..hehe..
ok..jumpe lagi..daaaa....^_^

Thursday, August 9, 2012

menyintai ALLAH

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang , dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah , maka pahala nya adalah amat besar .

Sabda Rasulullah S.A.W. di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah telah berfirman : pasti mendapat kecintaan Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana Ku , dua orang yang duduk bersama-sama kerana Ku , dua orang yang kunjung mengunjungi kerana Ku , dan dua orang yang tolong menolong kerana Ku . "

Sabdanya lagi di dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain yang bermaksud :
" Berfirman Allah Ta'ala di Hari Kiamat : mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana Ku . Hari ini lah Aku akan menaungi mereka di bawah naungan Ku ; iaitu hari yang tiada naungan selain naungan Ku ."

Sabdanya lagi :
" Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman , hendak lah ia mencintai seseorang , tiada cintanya melainkan kerana Allah . "

Dalam sebuah sabda Rasulullah S.A.W. tersebut : Tujuh orang yang akan dinaungi Allah dibawah naunganNya , pada hari tiada naungan selain naunganNya . baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu , sehingga katanya : Dan dua orang saling cinta menyintai kerana Allah , keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah .

Apabila seseorang menyintai orang lain , bersahabat dan membiasa kan diri dengan nya , kerana di lihat nya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah , maka hal demikian itu lah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala . "


Atau pun jika ia menyintai orang itu dan bersahabat dengan nya , kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama , dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya , maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah .

Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana orang itu membantunya didalam urusan keduniaan , yang mana dengannya pula boleh mengurus urusan akhiratnya , maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah .
Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu , dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ; atau barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya , dan di dalam hal ehwal kehidupannya , yang menerusinya ia boleh hidup senang lenang , maka cinta serupa itu adalah cinta tabi'i , cinta biasa yang tidak ada kena mengena dengan Allah . Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya , tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

 

Atau pun jika bersahabat kepada seseorang , kerana orang itu boleh menemannya untuk pergi ke tempat maksiat , atau membantu nya untuk menganiaya orang , atau pun memimpin dan menunjuknya ke jalan fasik dan mungkar , maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang di cela dan kecintaan yang tidak berguna , kerana ia menarik kita ke jalan syaitan , yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Allah . Persahabatan dan kecintaan serupa ini lah yang akan bertukar menjadi permusuhan di Akhirat , malah kadang kala belum sempat tiba di Akhirat , di dunia dahulu sudah menjadi porak peranda .

Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :
" Sahabat-sahabat pada hari itu ,satu sama lain bermusuh-musuhan kecuali orang-orang yang bertakwa ."          ( Surah : Az-Zukhruf ayat : 67 )

 Oleh itu, bersama-sama lah kita berdoa agar kita termasuk di dalam golongan yang saling mencintai kerana Allah , dan semoga usaha ini diberkati dan bermanfaat untuk semua ... amin

Rujukan dari Kitab : Nasihat agama dan wasiat iman
Hasil Tulisan : Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah : Syed Ahmad Semait

Wednesday, August 8, 2012

aku benci cicak!!!!!!!

Assalamualaikum..w.b.t...

Untuk kali ini,aku nk bercerita tentang cicak...seperti yang kita tahu dalam kisah penghijrahan org Islam ke Madinah, Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur utk melarikan diri dr org Quraisy yg ingin membunuh baginda...
tahukah anda semua apa yg menyebabkan org Qurasiy mengsyaki Rasulullah di dlm gua tersebut?

Ok..didalam gua tmpt Rasulullah bersembunyi itu ada seekor CICAK yg tlh mngeluarkan bunyi sehingga mnyebabkan Rasulullah hampir diketahui oleh org Quraisy..tp mujur dgn kuasa ALLAH, sang labah-labah tlh membantu Rasulullah dgn membuat sarangnya di pintu gua shingga mnyebabkan org Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia di dlm nya di sebabkan sarang labah-labah yg masih berkeadaan cantik itu...

Dan terdapat juga dlm hadis yg mengatakan:

* riwayat dari Ummu Syarik: "sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh nya membunuh cicak..
*riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh mmbunuh cicak dan   menamakannya sebagai Fuwaisiqah".(si penjahat kecil)
*riwayat dari Abu Hurairah dari Nabi S.A.W: " sesiapa yg membunuh cicak dgn sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dgn 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dr yg pertama,dn membunuhnya dgn 3 pukulan,kebajikannya kurg dr yg kedua"

Ok..itu kisah masa zaman dahulu...dan ada satu lagi kisah yg aku nk kongsi kt sini..di suatu malam,ketika sebuah keluarga sedang menikmati juadah berbuka puasa...si anak bersungguh-sungguh membuat satu jug besar air untuk dinikmati semasa berbuka...ketika azan telah berbunyi, selepas bacaan doa,minum lah si anak itu seteguk air untuk berbuka puasa...diletakkannya gelas itu ditepi dan menikmati juadah yang lain...apabila tekak merasa kering,di sua kan gelas itu ke mulut nya...tapi si anak tidak meneruskan untuk meminum air tersebut..sepertinya ada benda asing di dalam gelas tersebut..apakah???

hampir termuntah si anak..yang berada di dalam gelas tersebut ialah sisa buangan cicak tersebut...ya Tuhan..cicak!!!..cicak!!!..tidak cukup di zaman Nabi dahulu smpai sekarang hendak membuat jahat kepada manusia...dan si anak itu adalah aku sendiri...argghhhhhhhhh.....aku benci cicak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kalau dulu bila ku dengar kisah tentang cicak,aku hnya mampu marah!!tapi skg.aku benci tahap dewa!!!aku rasa nk bakar je sekor-sekor cicak tuu..nasib baik aku tak sempat minum lagi air tu...kalau tak, cuci ngan cloroc la jwbnya dlm mulut aku ni....dan nasib baik lah bnda asing tu bukan dtg dr jug air tu..hanya dr dlm gelas tuu sje..sebab lpas aku buat air dlm jug tuu,aku terus ltak dlm peti ais..bila nk berbuka bru letak ats meja dan memang jug itu bertutup...kalau tidak keracunan la aku ngan adik aku....hadooooiiiii!!!
lpas je peristiwa tu,aku jadi bengang gler ngan cicak...nmpk je cicak,jdi bertambah-tambah rsa nk marah...smpai kan gelas feveret aku tu pon aku dah tak nak pakai..cicak punya pasal...arggghhhhhhhh!!!!BENCII!!!BENCIII!!!!

menyampah pulak aku tengok gambar cicak dalam entry ni...benci..benci...ahh sudah ..meremang tengkuk aku....arrgghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

marah + benci+ bengang......satu lagi yg aku nak pertikaikan...kenapa ya CICAK boleh jadi hero dlm cerita kt TV yer..CICAK MAN...sedangkan sume dah taw yg cicak memang jahat dr dulu...leh plk dipilih sebagai hero..hadooooiii....tak patut..tak patut....alergik terbaru aku...iaitu CICAK...i hate u sooo much...

sekian untuk hari ini.....

Hati Seorang Mukminah


"♥ Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga ..
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT ♥
 InsyaAllah.." 

Ya Allah..daku ingin menjadi seperti Siti Khadijah yang agung sebuah cinta yang memperjuangkan hartanya fisabilillah sebagai Siti Aisyah abdi dalam setia tiada rasa payah sperti puteri solehah Siti Fatimah,akur tanpa lelah setiap perintah dan bukannya daku ingin menjadi penggoda dari sejarah Siti Zulaikha semakin menjadi marahku ingin sekali daku mengutip serpihan kesabaran yang menyerlah dari catatan hidup Siti Hajar mengendung puteranya yang mati merah ditengah terik padang pasir merekah.. 

Relakanlah daku menjadi wanita solehah yang rela mati dalam keunggulan iman..terpancang gagah bagai harumnya pusara Masyitah..Amin ya Rabb..

Saturday, August 4, 2012

saya sedang bersabar


"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar"..
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika dengan berdiam diri mampu mendidik sebuah kesabaran,
maka diamlah biarpun mengambil masa berpuluh tahun untuk kamu memencilkan diri.

sabarlah wahai diri.. sabar… ya sabar… wahai nafsu tolonglah mengalah…
terkadang emo menguasai diri.. dan tatkala itu.. menyesal pon dah tak guna..
Sebenarnya sabar itu tiada batasnya…
InsyaAllah perlahan-lahan kita didik sabar dlm diri. Allah akan uji kesabaran kita setiap masa. 
Jgn tewas dengan putus asa, biar menang dgn redha dan bahagia. 
Sabar itu juga adalah kemenangan dan kebahagiaan.

No matter how or how big the problem come to me, 
the problem is How I handle the matter...^_~
InsyaALLAH...

Friday, August 3, 2012

Andai ini Ramadhan terakhir


Andai ini Ramadhanku yang terakhir, Ya Allah, Terimalah taubatku, 
Walaupun kutahu, Dosaku itu umpama butiran pasir di tepian pantai, Tidak terbilang dan terhitungkan.
Namun aku tetap yakin, Engkau Tuhan yang Maha Mengampunkan, Pintu taubat

Mu tidak pernah jemu menghamparkan, Ampunan dosa yang tiada tepian.

Aku sedar aku insan, Punya kelemahan dan kekurangan, BerbandingMu Ya Allah, Tuhan sekelian alam.

Ya Allah, Andai masih berbaki secebis rahmah dan hidayah buatku, Terimalah amal ibadahku, Berkatilah perjalanan hidupku, Rahmatilah keluargaku, Bimbinglah aku ke arah redhaMu, Usah Kau pandang aku dengan wajah murkaMu, Justeru aku tidak mampu untuk menolak azabMu.

Biarlah syurgaMu itu menjadi noktah terakhir musafirku, Biarpun aku sedar aku tidak setaraf dengan penghuninya yang lain, Aku tidak terbanding Ya Allah, dengan para syuhadaMu di bumi Palestin, apatah lagi dengan barisan para sahabah yang utuh di medan perjuangan.
Aku tiada pilihan ketiga, Ya Allah, Andai tidak ke syurga, ke mana lagi tempatku Ya Allah, Justeru engkau hanya menciptakan dua pilihan itu.. Hanya dua pilihan itu..

Apa yang telah aku korbankan untukMu ya Allah.. sedangkan selautan ikan di lautan, Engkau anugerahkan, seluas mata memandang rimbunan itu menjadi santapan, saban hari dan saat.. Apa lagi yang Engkau tidak anugerahi Ya Allah… Kesemuanya sekali Engkau hamparkan, Kesemuanya sekali.. Sungguh hebat sifat Rahmaan Mu Ya Allah..



Walau sesak dadaku dimamah noda, Dihambat urusan dunia yang tak kunjung padam, Dikejar kepentingan peribadi yang membingitkan, Tiada penghujungnya.. Namun, keampunan dan rahmatmu, Terus kupohon dan kudambakan..

Ya Allah, andai ini Ramadhanku yang terakhir.. berkatilah kehidupanku.. matikanlah aku dalam husnulkhatimah…



Wednesday, August 1, 2012

ada apa pada hati


ada seorang sahabat bertanyakan :
"camna nak jaga hati????"
aku mula berfikir...

"aku sendiri pun kadang-kadang tak berjaya menjaga hati....
tapi x salah untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada....
dalam masa yang sama, 
boleh manfaatkan untuk diri sendiri..."

sahabatku mempunyai masalah hati...dia sering diuji dengan masalah hati...kerana padaku hati nya sangat hampir dengan Allah...melihat ketika dia bersolat...seolah-olah dia sedang berbicara terus dengan Penciptanya...di wajahnya terpancar cahaya iman yang tinggi...SUBHANALLAH...
tapi itulah ujian nya..sering diuji hatinya....ujian yang bagaimana???????????
inilah ujian yang sangat sukar untuk dibendung...perasaan terhadap kaum/jantina yang berlainan....perasaan yang dianggap fitrah...fitrah setiap insan...
ya!!!!

but how to control it????sebenarnya ia bergantung kepada kita...bagaimana caranya...???
semua ada dalam alQuran...sebab tu la Allah perintahkan mukminin dan mukminat untuk tundukkan pandangan seperti dalam ayat ni :
[surah annuur : 30]

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan"

[surah annuur : 31]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka
atau anak-anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

sebab apa kena tundukkan pandangan???
dari pandangan lah bermula segala-galanya...
kalau kita tundukkan pandangan..tak de la kite tau wajah seseorang tu cmna...
kalau tidak...tu la yg mula terbayang,terkenang dan teringat...
na'uzubiLlah..moga Allah jauhkan kita....
kan elok if kite leh buat apa yang Allah suruh...
then...kita mesti jaga solat kita sebab....

[surah al 'ankabut : 45
]

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"
solat itu tiang agama..solat yang penuh khusyu' dan rasa kehambaan akan mengelakkan diri kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar...itu adalah jawapannya..dan apa yg paling penting,kita perlu percaya kepada ALLAH...mintak tolong dari Dia...
ALLAH akan tolong kita...

Because HE said....
[surah albaqarah : 153]
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. kerana sesungguhnya Allah menyertai
(menolong) orang-orang yang sabar"

hati adalah raja segala jasad..

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
baik hati,baik lah seluruhnya..buruk hati..maka buruklah segalanya...
fikir-fikirkan dan renungkan...
waLlahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...