AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Monday, November 10, 2014

Selusuri Peri Sabar Seorang Isteri




Sudah 60 tahun mereka hidup bersama.. Tiada rahsia antara mereka..kecuali satu perkara yang di simpan setelah sekian lama..iaitu sebuah kotak rahsia..di dalamnya terisi sebuah rahsia yang tidak diketahui oleh sang suaminya..

Pinta si isteri, jangan dibuka kotak tersebut sehinggalah sampai pada masanya. ketika itu, sang isteri hanya terbaring lemah..hanya menunggu hari hari terakhir kerana usianya yang lanjut..

"Tolong ambilkan kotak itu"
Sang suami menurut..mengambil kotak tersebut dan menyerahkan kepada isteri..
"Bukalah"..

Dengan penuh debaran,dia membuka kotak rahsia itu..terdapat dua buah patung comel yang dikait dengan kemas sekali..juga terdapat sejumlah wang yang agak banyak nilainya...perasaan ingin tahu si suami semakin meninggi..

"Apakah maksud semua ini?"
Kata si isteri, masa mula-mula mereka berkahwin dahulu, neneknya telah berpesan..rahsia rumah tangga ialah elakkan pertengkaran..si suami mendengar dengan penuh minat..benarlah..isterinya tidak pernah meninggi suara mahupun bertengkar dengannya..Sabar dan Tenang...

"Petua nenek saya, setiap kali saya marah pada suami,diam...kekang lidah dan kait sebuah patung untuk mngawal perasaan yang bergejolak.."

Bergenang airmata sang suami..hanya ada dua patung di dalam kotak itu..lega..dan terharu..itu bermakna hanya dua kali dia membuat isterinya marah selama 60 tahun mereka hidup bersama..

"Bagaimana pula dengan wang yang banyak ini?"

"Oh! tentang duit itu......."..si isteri terdiam beberapa saat..itu hasil jualan patung yang saya kait daripada benang...."

Terkedu si suami..mata mereka bertemu..diam tanpa kata...

"Isteriku...maafkan ku atas kesakitan perasaan yang pernah sayang alami. terima kasih atas kesabaranmu..terima kasih atas kebahagiaan yang kita kongsi.."luah si suami..

"Semuanya telah lama saya maafkan..walaupun banyak kali saya merasa marah dan kecewa, tetapi kasih sayang menyejukkan segalanya..dengannya saya mendapat kekuatan untuk terus bahagia.."

Peribadi yang sabar dan tenang adalah penyejuk hati , penyubur kasih sayang..
Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..
Cinta dalah benih kemaafan yang akan mengundang tenang..

Maksud firman ALLAH SWT
"Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, 
itu termasuk perbuatan yang sangat mulia."
( Surah As-Syura, 42: ayat 43)

Ya ALLAH, indahkanlah keperibadian kami dengan hiasan sifat sabar, penyayang, pemaaf.. kami memohon kepada - Mu Ya ALLAH Ya Al'Afuw dengan doa yang Engkau ajarkan di dalam wahyu-Mu di dalam Al-Quran..

Friday, October 31, 2014

SEBARKAN BAHAGIA: Wanita: Bukan 'Fitnah' Semata-mata


Saling Memahami Baru Harmoni

Ada suami mahukan isterinya berada di rumah sepenuh masa. Isteri pula mahu berperanan bukan sahaja dalam domestik keluarga bahkan juga dalam kehidupan sosial. Lalu, konflik tercetus.
Sebelum sang suami memperalatkan kuasa ‘kena taat’ setelah bernikah, wanita yang bakal bergelar isteri perlu celik isu ini. Bincangkan dan harmonikannya sebelum bernikah lagi.
Benar, tugas isteri dalam rumah tangga  menjadi prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini tidak menafikan peranan wanita di tengah masyarakat. Kita hidup bermasyarakat. Ia memerlukan kerjasama yang erat antara suami dan isteri agar wanitanya dapat turut berperanan dalam masyarakat. Barulah masyarakat lebih berkembang dan maju. Anak-anak juga tidak terabai.

Wanita Juga Ada Amanah di Luar Rumah
Ada orang menganggap wanita tidak boleh berperanan begitu begini hanya dengan menggunakan hujah, wanita itu fitnah lelaki. Sedangkan Islam mempunyai lautan dalil-dalil yang lain untuk menggambarkan keadaan sebenar peranan wanita pada zaman Nabi. Realistik dengan kehidupan.
Wanita turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki, ianya berlaku sejak zaman Nabi lagi. Penglibatan ini disertai beberapa aturan dan ingatan. Ingatan tentang fitnah itu sifatnya untuk memelihara bukannya menghalang!
Samalah seperti ingatan Islam tentang ‘fitnah’ harta dan anak-anak. Ia untuk memelihara kita daripada terleka. Namun, Islam tidak sesekali menghalang mengumpul harta dan mempunyai anak, bukan?
Maka, wajarkah menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Antara contoh dalil wujudnya kegiatan sosial yang bermanfaat antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi ialah:
1.     Kaum wanita berdialog dengan kaum lelaki mengenai ilmu.

“Dari Ummu al-Fadhl al-Harits dikatakan bahawa sekelompok manusia berdebat di sampingnya pada hari Arafah mengenai puasa Nabi…”
(HR Bukhari dan Muslim)

2.     Kaum lelaki belajar ilmu pengetahuan tentang sunnah dari isteri-isteri Nabi.

“Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Datang tiga rombongan (lelaki) ke rumah isteri Rasulullah, untuk menanyakan ibadah Nabi.”
(HR Bukhari Muslim)

Ketika mengajar mereka, antara aturan yang khusus untuk isteri Nabi ialah tetap berada di rumah dan memakai hijab (seperti tabir langsir). Aturan ini tidak diwajibkan ke atas Muslimah lain.

3.     Kaum lelaki memutuskan perkara yang mereka pertikaikan dengan pertimbangan kaum wanita.

“Dari Thawus, dia berkata: “Aku sedang bersama Ibnu Abbas ketika Zaid bin Tsabit berkata, ‘Kamu memfatwakan bahawa wanita haid harus pulang sebelum masa terakhirnya dengan Baitullah?’ Ibnu Abbas menjawab, “Mungkin tidak. Cuba tanyakan kepada wanita ansar itu, apakah Rasulullah menyuruhnya demikian?”
(HR Muslim)

4.     Rasulullah menjawab persoalan wanita di perjalanan.

Dari Anas dikatakan bahawa seorang perempuan terlintas dalam fikirannya sesuatu, lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, aku ada hajat.”Nabi berkata, “Wahai Ibu si Fulan, pilihlah jalan mana yang kamu suka sehingga aku dapat menjawab hajatmu.” Lalu Rasulullah berangkat dengan perempuan itu melewati beberapa jalan sehingga selesai hajat perempuan itu.”
(HR Muslim)

5.     Ummu Syuraik si penyambut tetamu.

Rasulullah SAW bersabda, “….Ummu Syuraik adalah wanita yang banyak tetamu…”
(HR Muslim)

6.     Asma binti Abu Bakar menyusun strategi agar niatnya direstui suami.

Datang seorang lelaki miskin dan meminta izin untuk berniaga di perkarangan rumah Asma’. Asma’ tidak keberatan tapi beliau risaukan suaminya mungkin keberatan. Asma lalu meminta lelaki miskin itu mengikutinya untuk berjumpa dengan suaminya. Lelaki miskin itu meminta izin sekali lagi di hadapan suami Asma’. Asma’ menjawab dengan nada pura-pura tidak mengizinkan. Lalu Zubair simpati dengan lelaki miskin itu dan mengizinkannya.
(Rujuk lanjut HR Muslim)

Ini contoh terbaik kita!

By : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Tuesday, October 21, 2014

Buah Hati Ku

Assalamualaikum.w.b.t...

Ehemmm..lama betul aku tak buat entry kt blog aku ni..dah bersawang sangat dah..malam ni, aku cuba buka balik blog aku ni..Ya ALLAH..teruknya aku..sampai paswood pon boleh lupa..hehe..
Kali ini aku cuba mencari kekuatan untuk membuat satu entry..bila dah ada anak ni, entry pon banyak berkisar tentang anak la..hihi..

Sebelum ni, pernah ada entry pasal anak..tapi belum pernah lagi aku masukkan gambar..hari ini aku nak tunjuk sediki gambar gelagat anak aku..Muhammad Ammar..sekarang dah tujuh bulan..makin manja pulak anakanda ni..alhamdulillah..senang sekali menjaga anak aku yang sorang ni..peramah dengan semua orang..hehe..tidur pon tak perlu berhenjut...tidur sekali di atas katil..tak banyak kerenah..Allah permudahkan semua..cuma kulitnya agak sensitif..sama macam aku..huhu..dah banyak klinik kami pergi berubat..tapi tetap sama..lepas makan ubat, sihat semula..lepas tu jadi balik..sabar je kan..hihuu..harap apa yang doktor bagitau alergic baby ni kemungkinan akan hilang bila dah masuk dua tahun..harap cam tu la kan..amin..

Moh tengok gelagat Ammar..

ngantuk sangat gaya nya..

sebelum kena cucuk..

ammar nak balik rumah tok kat rawang..

amboii..tuu dia..


Pose sebelum nak mandi..hehe


Ibu sayang Ammar sangat-sangat..andai nyawa boleh ditukar ganti, ibu sanggup demimu anak..Bila dah jadi ibu , perasaan tu sangat berbeza..hanya orang yang pernah menjadi seorang ibu sahaja yang tahu..
SubhanaALLAH.. Aku sangat bersyukur atas kurniaan Mu ini Ya Allah..





Tuesday, June 17, 2014

Cahaya Ketenanganku

Tanggal 24 Mei 2013, aku dan suami diijabkabulkan.Pertemuan kami berlaku di Universiti Malaysia Kelantan..Dia pensyarah dan manakala aku pula anak didiknya..Sungguh jodoh Allah itu telah ditentukan sejak kita lahir lagi..Alhamdulillah..lebih kurang dua bulan selepas itu aku disahkan mengandung..Di awal mengandung, aku mengalami alahan yang teruk..sehingga memaksa ku hospital..Alahan kurang selera makan penyebab aku mendapat gastrik sehingga pitam..Aduhai, sungguh menguji emosiku..

Namun alhamdulillah, selepas 6bulan, baru keadaan aku menjadi stabil..Sepanjang mengandung, aku tidak mempunyai keinginan atau mengidam yang teruk..Tarikh 'due' bersalin aku sepatutnya 8 haribulan 4 2014..Namun pada 18hb 3, aku merasa perut aku kerap mengeras..Pada malam itu juga, suamiku membawaku ke hospital..Selepas aku membuat check up, doktor sahkan aku perlu ditahan..kerana keadaan jantung bayi yang tidak stabil..Terus air ketuban dipecahkan, dan aku di hantar ke labour room..

Hati aku menjadi berdebar dan tidak dapat tidur lena..Aku juga telah di masukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran bayi..Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gemuruhnya aku.. Jam menunjukkan 4 pagi...Saat itu aku mula merasa kesakitan kontraksi yang sangat kuat..Setiap kali kontraksi berlaku, aku menggigil kerana terlalu sakit dan badan mulai lemah..Doktor kerap datang untuk cek bukaan..Selepas jam 12 tengahari, aku dimasukkan ke dalam bilik pembedahan..Aku tidak dapat bersalin secara normal kerana masalah bukaan..Tepat jam 12.24 tengahari, bayi aku keluar dari perutku..SubhanaAllah..Aku sudah menjadi seorang ibu..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untukku menjadi seorang ibu...

Muhammad Ammar bin Mohd Hafizie nama diberi..Alhamdulillah, selepas 8 hari, Ammar baru dapat keluar dari wad kerana masalah jangkitan paru-paru..Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya hati aku..Muhammad Ammar, seindah wajahmu..Ibu doakan Ammar menjadi seorang anak yang soleh.Amin Ya Rabb...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...