Sejak beberapa bulan yang lalu, hati sy merasakan terlalu minat pd purdah. Sehinggakan setiap kali sy online, ada sahaja artikel dan cerita berkenaan purdah yg sy baca. Gambar2 purdah di google sy copy, untuk menyuntik semangat pd sy. Sy merasakan tidak salah berpurdah, kerana isteri2 Rasulullah s.a.w juga berpurdah kan.
Dan ada petikan kata2 yg sy ambil yang mengatakan,
"Aku BERPURDAH bukan kerana aku baik tetapi kerana aku KURANG BAIK, maka aku berpurdah untuk MENJADI LEBIH BAIK..♥♥"
Ya! Saya sgt setuju. Sy ingin berpurdah kerana sy bukan perempuan baik. Sy x mahu di pandang oleh lelaki yg bukan muhrim. Saya ingin menjadikan wajah pinjaman Allah s.w.t ini sangat eksklusif untuk suami saya shj. Sy ingin berubah menjadi perempuan baik. Lebih baik dr sebelum ni. Dan sy sgt teruja melihat betapa manisnya muslimah-muslimah di luar sana yg berpurdah. Dan sy sgt gembira apabila membaca betapa banyaknya kelebihan bg muslimah yg berpurdah.
Subhanallah. Purdah sgt memberi impak kepada sy untuk terus berubah.
Tapi, ibu sy x mahu saya memakai purdah. Ibu ingin sy bersikap sederhana. Cukuplah dgn melihat sy memakai tudung labuh dan berbaju kurung, itu sudah cukup buat ibu gembira. Kata ibu, bersederhana itu lebih baik.
Ketika itu, sy menangis. Menangis kerana impian di hati untuk bepurdah di tolak oleh ibu.
Dan kini, ada pula hamba Allah mengatakan yg berpurdah itu ekstremis. Katanya, org yg bepurdah itu terlalu taksub dengan dunia sendiri, tanpa memikirkan org lain.
Astaghfirullahalazim. Saya cukup sedih tatkala mendengar bait2 kata yg terluah dr mulutnya itu.
Namun, niat di hati sy untuk bepurdah itu tdk pudar. Malah kian berkobar-kobar. Kerana sy ingin dia tahu, yg purdah itu boleh mengubah gadis jahil agama seperti sy menjadi muslimah yg solehah. InsyaAllah. Semoga suatu hari nanti, sy sempat berpurdah sebelum sy kembali bertemu Ilahi.
Saya berharap bahawa sy punya seorang teman niqabis, yg boleh membimbing sy untuk meneruskan impian sy ini. Malah akan mempunyai suami yang juga turut menyokong saya berpurdah..InsyaAllah.
buat mu,
ZAUJI HABIBI.......Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya..
Kepada diriku,
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu..
BERPURDAH itu indah, siapa yang memakainya akan dapat merasakan MANISNYA berpurdah itu..bila berpurdah, diri akan merasa malu dan takut kepada Allah, takut untuk buat maksiat, dan akan rasa lebih bersemangat untuk mencari redha Allah, percayalah..:)
AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….
Give me a SHOUT!
Tuesday, July 3, 2012
Istikharah Memanggil Mimpi
Sedang ku berjalan di suatu tempat..teramat asing bagi aku...SUBHANALLAH...cantik!!!..sungguh cantik...tidak pernah aku melihat tempat seperti itu... di dalam asyik, aku terpana...aku terlihat seorang gadis..dari manakah dia datang?? jauh dihadapanku....
Di dalam hati,ada kata-kata yang berbisik...menyuruh aku mendekatinya...aku ingin mencuba...wanita itu sangat cantik berpakaian serba putih...hatiku bagai teruja untuk melihatnya...wanita tersebut berpurdah...bagaikan ada tarikan ditanganku untuk membuka penutup dimukanya....
Ketika aku membuka purdahnya, aku terkesima...Ya ALLAH..apakah ini adalah suatu petunjuk..dia adalah orang yang pernah ku lihat sebelum ini....
Terjaga ku dari tidur...lantas ku panjatkan doa kepada ALLAH...mungkin ini adalah suatu inayah dan petunjuk dari Nya...supaya aku dapat membuat pilihan setelah aku mencuba...aku tahu, ALLAH meminjamkan cinta-Nya untuk ku agar dapat ku menyayangi dia....ini adalah janji ku...ku memilih dirimu bukanlah kerana paras rupa...tetapi dari petunjuk mimpi itu...Ya ALLAH..aku bersyukur pada Mu....
Berita itu aku sambut dengan hati yang ikhlas...istikharah memanggil mimpi..tiada jua hati menjadi bingung..
buat bakal imamku, ku ingin dikau tahu bahawa aku hanyalah wanita biasa..tiada kelebihan yang teristimewa..aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman ALLAH...aku bisa mendengar dengan sepasang telinga jua pinjaman ALLAH..dan aku juga bisa bercakap dengan lidah ku yang lembut tidak bertulang ini seperti manusia lain juga...
Aku hanyalah hamba yang mengembara di Bumi ALLAH ini, jalanku kelak juga sama..menuju negeri Barzakh...Insya'ALLAH...destinasi ku juga sama seperti kalian iaitu menuju negeri abadi..tiada keraguan dalam perkara ini...sayu suaraku berbisik...mengucap syukur..dalam tanpa sedar, airmataku menitis...ya...jika bersabar, ALLAH pasti mendengar luahan kita..
kita janji...wasatiah dalam kehidupan...dalam bercinta,biarlah besederhana...supaya kita tidak lalai...lalai dari mengingati-Nya..saling menyokong antara satu sama lain..kerana impian, satukan hati...
Ya Allah, jika benar dia jodoh ku, dekatkan diri nya dgn Mu, agar dia boleh membimbing ku ke syurgaMu yg abadi. Jika benar dia jodohku, kuatkan hatinya untuk terus mencintaiMu. Dan teguhkan jiwanya untuk terus mengabdikan diri kepadaMu. Sesungguhnya, hanya Engkau lah tempat kami bergantung dan meminta pertolongan...
Ameen...
Monday, July 2, 2012
mencari bahagia yang abadi
'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.
Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

