AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, July 3, 2012

Niqab

Sejak beberapa bulan yang lalu, hati sy merasakan terlalu minat pd purdah. Sehinggakan setiap kali sy online, ada sahaja artikel dan cerita berkenaan purdah yg sy baca. Gambar2 purdah di google sy copy, untuk menyuntik semangat pd sy. Sy merasakan tidak salah berpurdah, kerana isteri2 Rasulullah s.a.w juga berpurdah kan. 

Dan ada petikan kata2 yg sy ambil yang mengatakan,

"Aku BERPURDAH bukan kerana aku baik tetapi kerana aku KURANG BAIK, maka aku berpurdah untuk MENJADI LEBIH BAIK..♥♥"

Ya! Saya sgt setuju. Sy ingin berpurdah kerana sy bukan perempuan baik. Sy x mahu di pandang oleh lelaki yg bukan muhrim. Saya ingin menjadikan wajah pinjaman Allah s.w.t ini sangat eksklusif untuk suami saya shj. Sy ingin berubah menjadi perempuan baik. Lebih baik dr sebelum ni. Dan sy sgt teruja melihat betapa manisnya muslimah-muslimah di luar sana yg berpurdah. Dan sy sgt gembira apabila membaca betapa banyaknya kelebihan bg muslimah yg berpurdah. 

Subhanallah. Purdah sgt memberi impak kepada sy untuk terus berubah. 

Tapi, ibu sy x mahu saya memakai purdah. Ibu ingin sy bersikap sederhana. Cukuplah dgn melihat sy memakai tudung labuh dan berbaju kurung, itu sudah cukup buat ibu gembira. Kata ibu, bersederhana itu lebih baik. 

Ketika itu, sy menangis. Menangis kerana impian di hati untuk bepurdah di tolak oleh ibu. 

Dan kini, ada pula hamba Allah mengatakan yg berpurdah itu ekstremis. Katanya, org yg bepurdah itu terlalu taksub dengan dunia sendiri, tanpa memikirkan org lain. 

Astaghfirullahalazim. Saya cukup sedih tatkala mendengar bait2 kata yg terluah dr mulutnya itu. 

Namun, niat di hati sy untuk bepurdah itu tdk pudar. Malah kian berkobar-kobar. Kerana sy ingin dia tahu, yg purdah itu boleh mengubah gadis jahil agama seperti sy menjadi muslimah yg solehah. InsyaAllah. Semoga suatu hari nanti, sy sempat berpurdah sebelum sy kembali bertemu Ilahi. 

Saya berharap bahawa sy punya seorang teman niqabis, yg boleh membimbing sy untuk meneruskan impian sy ini. Malah akan mempunyai suami yang juga turut menyokong saya berpurdah..InsyaAllah.  

buat mu
ZAUJI HABIBI.......Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya..

Kepada diriku,

Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu..

BERPURDAH itu indah, siapa yang memakainya akan dapat merasakan MANISNYA berpurdah itu..bila berpurdah, diri akan merasa malu dan takut kepada Allah, takut untuk buat maksiat, dan akan rasa lebih bersemangat untuk mencari redha Allah, percayalah..:)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...