AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Sunday, July 8, 2012

sampaikan walau sepotong ayat



Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi

s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dansesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempatduduknya dari neraka."(Riwayat Bukhari)


GANGGUAN
“ Kenapa Kak Ngah diam je ni ?” tanya saya bila melihat Kak Ngah tidak ceria.

“ Kak Ngah tak suka sekolah kat sini. Kak Ngah lebih suka sekolah di Wales,” jawab Kak Ngah lemah.

“ Eh, kenapa pula ni. Sebelum ni Kak Ngah nampak ok je. Kenapa hari ni tiba-tiba pula kata tak suka?” soal saya lagi. Mata saya merenung wajah Kak Ngah yang agak bulat. Memang tiada riak gembira seperti selalu-selalunya dia. Sejak pulang dari sekolah jam 3.25 petang tadi dia lebih banyak mendiamkan diri.

“ Kak Ngah ceritalah pada Ummi. Kak Ngah ada masalah ke ?” Saya masih belum putus asa memujuk. Berat benar dia untuk membuka mulut. Bimbang pula saya melihatnya.

“ Ummi jangan marah ya,” jawab Kak Ngah memandang saya. Saya menganggukkan kepala.

“ Tadi masa di sekolah ada dua orang budak lelaki tahun lima dan enam ejek Kak Ngah. Mereka kata Kak Ngah macam ‘chicken’ ,” cerita Kak Ngah sambil matanya mula digenangi air jernih.

“ Bukan hari ini je. Sebelum ni pun mereka cakap Kak Ngah macam tu juga,” tambah Kak Ngah dalam nada sebak menahan tangis.

“ Kenapa sebelum ni Kak Ngah tak cerita pada Ummi dan ayah ?” tanya saya sambil menggeleng kepala.

BUKAN MENGUMPAT
“ Dulu Ummi pesan jangan cerita tentang orang. Mengumpat. Sebab tu Kak Ngah tak cerita”. Tersenyum saya mendengar jawapan tulus Kak Ngah. Saya usap kepalanya, saya tatap anak matanya.

“ Mengumpat ialah bercerita tentang keburukan orang lain, yang mana jika orang itu dengar dia akan terasa hati dan marah. Tapi cerita Kak Ngah lain. Kali ini orang lain yang buat tak baik pada Kak Ngah, jadi Kak Ngah perlu beritahu Ummi dan ayah. Luahkan perasaan sedih Kak Ngah supaya Ummi ayah dapat dengar dan beri semangat,” jelas saya panjang supaya dia faham dan tahu membezakan.

“ Selepas ini kalau mereka ejek lagi, Kak Ngah tak perlu kisah. Sabar dan buat tak dengar je. Lama-lama tentu mereka akan berhenti mengejek,” saya menambah tip. Kak Ngah mengangguk dan kembali menguntum senyum. Lapang hati saya melihatnya.

Memang adakalanya gangguan-gangguan sebegini mencarik sedikit ketenangan anak-anak untuk ke sekolah. Gangguan yang kecil pada penilaian saya dan orang dewasa tapi besar bagi anak kecil seperti mereka.

DEBAT ANAK KECIL
“ Ummi, Jesus bukan Tuhankan. Jesus tu Nabi je kan ?” soal Kak Ngah lagi. Nampaknya masih ada cerita tentang hari persekolahannya yang selama ini saya sangkakan hanya penuh dengan kecerian bermain di samping kegembiraan bersama kawan-kawan.

“ Ya, betul. Jesus tu Nabi Isa a.s Kenapa Kak Ngah tanya? “ ringkas jawapan saya.

“ Hari tu, Sara, dia kata pada Kak Ngah, Jesus is our God ,” kata Kak Ngah sambil membetulkan duduknya. Saya menunggu dia menyambung cerita.

“ Habis tu, Kak Ngah kata pada Sara, Jesus is not our God. He was a prophet. He was a human like us. Tapi Sara tak nak percaya. Dia tetap cakap Jesus tu Tuhan,” bersungguh Kak Ngah bercerita.

“ Sara tu agama apa ?” soal saya ingin tahu.

“ Dia Kristian. Dia sekelas dengan Kak Ngah,” Kak Ngah menjelaskan.

KISAH KAK LONG
“ Hope (nama kawan kak long) pun pernah soal Kak Long Ummi, “ tiba-tiba Kak Long mencelah. ‘ Banyak juga rupanya kisah menarik Kak Long dan Kak Ngah di sekolah, bisik hati kecil saya.

“ Hope kata : you must be hot because you wear long sleeve and trousers during summer” Kak Long memulakan cerita.

“ Habis, Kak Long jawab apa ?” saya bertanya. Tak sabar mahu mendengar jawapannya tentang itu. Perihal kewajipan menutup aurat kepada seorang perempuan Islam.

“ Kak Long cakap, not really. Kemudian Hope tanya lagi, kenapa awak pakai macam ni. Kak Long pun jawablah, because Muslim girls and women have to close all body except our face and hand,” jelas Kak Long sambil menggayakan percakapannya.

Alhamdulillah, saya mengucap syukur di dalam hati. Rasa gembira dan bangga terhadap apa yang telah mereka ucapkan tadi.

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT
“ Bagus jawapan Kak Long dan Kak Ngah,” kata saya lantas mendakap mereka erat.

“ Kak Long dan Kak Ngah dah buat apa yang Rasulullah suruh, sampaikan daripadaku walau sepotong ayat,” saya menambah bicara agar mereka ingat.

“ Memang manusia akan memusuhi apa yang tidak diketahuinya. Maksud Ummi, Sara dan Hope..mereka bukan orang Islam dan banyak yang mereka tidak tahu tentang agama Islam. Jadi jawapan Kak Long dan Kak Ngah walaupun sedikit, telah menambahkan maklumat tentang Islam dan kebenaran kepada mereka,” ulas saya lagi.

“ Kan bagus..dulu masa di Lampeter, Kak Long dan Kak Ngah tak perlu susah payah menjelaskan kepada kawan-kawan yang bukan Islam tentang ini sebab selalu bermain dan berteman dengan kawan-kawan Melayu; tapi di sini..Kak Long dan Kak Ngah dapat sampaikan tentang Islam kepada kawan-kawan bukan Islam, Alhamdulillah” kata saya sambil mengenyit mata. Ketawa kecil Kak Long dan Kak Ngah melihat celoteh saya. Saya menyambut dengan senyuman berbunga.

Mungkin ini hikmahnya. Walaupun ketenangan persekolahan mereka terusik sedikit, namun mereka sudah boleh untuk berdepan dengan cabaran kecil sebagai seorang muslim. Perjalanan mereka masih panjang. Semoga ini permulaannya. Usaha anak kecil seperti mereka dalam memanjangkan dakwah Rasulullah walau dengan sepotong ayat cuma.

Bantu mereka Ya Allah!
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
p/s......
Ye sampaikan walau sepotong ayat, biar manapun mereka telah mengetahui tetapi sekadar untuk peringatan moga yang diketahui akan mengingatinya kembali apa yang telah diketahui.

Sampaikanlah walaupun di mana level kita, janji sesuatu yang saling memperingati antara satu sama lain.
Jangan tunggu sampai diri lengkap dan sempurna dalam  beribadah kepada Allah swt kerana diri kita tidak mungkin akan kecapi kesempurnaan tersebut.

Jika penantian itu yang dinantikan maka sampai bilakah kita perlu memperingati antara kita?
Dan pastinya sampai MATI  akan tidak tercapai.
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...