Saya hanyalah insan biasa, insan yang serba kekurangan dari segi ilmu mahupun harta, insan yang ingin melihat Islam dimuliakan dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Setiap hari adalah proses pembelajaran kearah kedewasaan dan kematangan....biar kita tidak punya harta tapi kita punya ilmu dan Allah di hati .... kemana pun kita pergi ingat Allah selalu ....
"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan nasihat menasihati di dalam kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)
Dunia hanyalah sementara tetapi Akhirat kekal abadi...Belajarlah setiap hari daripada orang yang lebih berilmu dan terus beramal kemudian ajarkan (sampaikan)pula kepada orang lain walau hanya sepotong ayat.
Dan jadikanlah pengalaman berupa kesusahan dan penderitaan merupakan guru yang paling hebat.
Jangan berputus asa dalam mencari ilmu bila ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari, tapi bersabar lah, kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan akhirnya akan memberikan kesan lekuk.
Dan apabila diri mu didalam kesedihan, hapuskan lah airmata mu dengan bersangka baik kepada Allah s.w.t., dan buang lah segala penderitaan dan kesedihan mu dengan mengingati segala kenikmatan yang pernah Allah anugerahkan kepada mu...
"Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cintaMu
Hingga tak ada satu pun yang mengganggu ku dalam menemui Mu"
Hingga tak ada satu pun yang mengganggu ku dalam menemui Mu"
No comments:
Post a Comment