AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Friday, January 11, 2013

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu membawa ke syurga...
Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH kerna ibu ku masih ada di dunia ini..dan terima kasih juga Ya ALLAH kerna mengurniakanku seorang ibu yang cukup penyayang..sehingga kini, ibu lah tempat untuk ku bermanja..ibu adalah yang paling kuat...demi membesarkan anak-anak, ibu sanggup berkorban apa sahaja..demi anak, ibu menanggung sejuta kerisauan..doa dan kasih ibu juga sentiasa menjadi penguat dan menjadi bekal sepanjang perjalanan...

Kasih ibu tiada bandingnya..tidak mungkin kita dapat mencari kasih sayang yang murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu...MAK...SAYA SAYANG MAK...saya sanggup lakukan apa saja untuk mak..saya janji mak..saya janji untuk menjadi seorang anak yang solehah..yang sentiasa mentaati dan menyenangkan mak..tanpa mak, tidak mungkin saya dapat kuat seperti hari ini...





anak ikan di dalam balang,
tidak banyak berenang sendiri,
sakit melahirkan bukan kepalang,
melihat anak wajah pun berseri..

pedas rasanya cabai melaka,
masak bersama ikan keli,
sekali hatinya terguris luka,
nikmat syurga jauh sekali..

air dicedok dari perigi,
membasuh tangan selepas makan,
andai dia telah pergi,
sepotong doa anak sedekahkan..

serai serumpun sirih sejunjung,
diletak orang di tengah laman,
kasih ibu tiada penghujung,
menjadi sanjungan ke akhir zaman..

SAYANGILAH IBU ANDA...KETIKA MASIH BERKESEMPATAN...

Wednesday, January 9, 2013

Aku datang untuk pergi


Assalamualaikum..sahabat-sahabat ..semoga sentiasa di dlm keredhaan ALLAH hendaknya..marilah sama2 kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melanjutkan usia kita hingga ke hari ini..lupa ALLAH, menunjukkan kita sombong dengan Maha Pencipta...usia yang kian meningkat, sepatutnya memberi kesedaran kepada kita..tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH..dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH...

Aku datang untuk pergi...bantu aku Ya Rabbi agar aku sentiasa berjalan di atas syariat Mu..betapa besar rahmat Mu..aku memuja Mu..terkadang aku juga ada ketikanya terhanyut dan tenggelam dalam kealpaan...bantulah aku..semoga aku sentiasa mencintai Mu... 

Dari Anas r.a, katanya: Nabi SAW menggariskan beberapa garis, 
lalu Baginda bersabda: Ini adalah angan-angan manusia sedang ini adalah ajalnya. 
Kemudian di waktu orang itu sedang dalam keadaan sedemikian 
yakni angan-angannya masih tetap panjang dan membumbung tinggi, 
tiba-tiba datanglah garis yang terpendek yakni garis yang memotongnya iaitu kematian. (HR Bukhari)


Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dgn pelajar-pelajarnya..dan kemudian memberi teka teki..yang berbunyi "apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" ..Antara jawapan yg diberi oleh pelajar-pelajarnya ialah orang tua, guru, dan teman...maka Imam al-Ghazali " ya benar..tapi yang paling dekat ialah kematian.."

Sebab itu adalah janji ALLAH...bhwa setiap yg berjiwa pasti akan merasa mati..seperti dlm firman ALLAH dlm Surah Ali Imran: ayat 185..

"Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu..ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari Neraka 
dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) 
kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Berdoalah wahai hamba-hamba ALLAH..semoga diri kita sentiasa berada di dalam limpahan kasih sayang Nya..semoga kita tidak menjadi hamba yang sia-sia...Insya ALLAH...


Tuesday, January 8, 2013

Tanda-tanda jiwa sakit

Hati sangat penting di mana memainkan peranan dalam jiwa kehidupan manusia..dan jika hati menjadi kotor,, cepat-cepatlah  kita bersihkan hati dengan bertaubat kepada ALLAH..hal ini kerana hati lah yang  melahirkan jiwa yang bersih dan selalu taat serta tunduk terhadap perintah ALLAH S.W.T...

Hati yang dipenuhi dengan cinta akan dunia juga menjadi penyebab kepada kerosakan jiwa..dan tidak mampu untuk berbuat kebaikan..sekiranya seseorang itu belum pernah mlakukan dosa-dosa besar, tetapi masih merasa tidak tenang..jadi dia hendaklah muhasabah diri..mungkin kerana tidak menyedari masih ada perbuatan yang yang boleh membawa kepada dosa-dosa kecil...dosa-dosa kecil ini ibarat debu yg mengotori cermin...apabila tidak dibersihkan, ia akan mengotori pandangan dan lebih teruk lagi apabila seseorang itu yang melakukan dosa sehingga bermegah-megah dengan dosa yang dilakukan...

Antara tanda-tanda jiwa sakit ialah:

--> kurang sabar dan mudah naik angin walaupun hanya perkara yang remeh-temeh..dan lebih teruk sehingga bertindak di luar kawalan yang mungkin boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain..

-->cepat merasa bosan terhadap sesuatu perkara..hal ini kerana mereka tidak istiqamah ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara kebaikan...Hassan al-Bana pernah berkata " aku paling takut pada tentera aku ialah apabila datangnya sifat bosan"..

--> resah dan gelisah apabila berada di tempat majlis ilmu atau ibadat..menurut Imam al- Ghazali,orang yang mudah berasa gelisah ibarat burung yang di dalam sangkar..dan seboleh-bolehnya ingin keluar segera dari tempat tersebut...

-->suka kepada perkara keburukan...orang yg sakit jiwanya lebih terarah kepada perkara keburukan...ini disebabkan dlm jiwanya diselubungi dgn sifat mazmumah dan sering terdorong utk melanggar peraturan dan perintah ALLAH S.W.T...

Jiwa menjadi kotor akibat dari tangisan ibu dan ayah..akhir-akhir ini banyak berlaku kerosakan akhlak yang melanda umat melayu yang beragama Islam...berkata Imam al-Ghazali " Seorang ibu yang menangis walaupun sebesar lalat, sudah cukup ALLAH S.W.T menjunamkan anaknya ke dalam api neraka selama 60 tahun"..
     
Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W yg bermaksud " sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan ALLAH S.W.T dan sesiapa yg menyukakan hati ibu dan bapanya bererti dia membuat ALLAH S.W.T redha kepadanya.." (HR Baihaqi)

"Wahai jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai Nya.." ( Surah al-Fajr: 27-28)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...