AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Monday, June 11, 2012

orang yang hatinya hidup




Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan.

Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan.

Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kesihan dengan orang itu...

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi, keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah.Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim. Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...