AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, December 29, 2012

Rehat

Assalamualaikum.,...

Untuk seketika..aku terpaksa berhenti ber blogging..kerana faktor kesihatan yang agak menggangu kebelakangan ini...


Doa ketika tubuh berasa sakit


"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti."

" Letak tangan di tempat sakit kemudian baca "Bismillah" sebanyak 3 kali dan baca doa di bawah 7 kali.

Thursday, December 27, 2012

awesome !!

Assalamualaikum..to all readers..
Alhamdulillah..setelah 3 hari demam..arini beransur pulih..demam plus selesema..agak sedih sbb tak dapat pegi melancong ke p.pinang..uhuhu...
xpela...redha kan je la...hehe..

Hari ini, selera nak makan, da bertambah smula...hehe..walaupun tekak rasa pahit jer, rasa nak makan macam-macam..sebelum nak makan,sempat lagi jenguk pakcik google..seperti biasa..hobi aku mmg suka sgt cari image kat pakcik google ni..da penuh gambar kt dlm lappy aku ni...hehe..

Dalam duk cari-cari image, aku terpandang satu gambar ni..AWESOME!! funny food...sangat kreatif!! dulu kecik-kecik,pernah try gak wat..masa tu tgh duk tolong2 mak masak..lepas je siap potong timun dan lobak, ade lagi yg lebih2 tu, apalagi...aku cantum2 la..konon la nk wat cm bentuk muka la..ada mata,mulut, hidung, telinga...hehee...mulut tu aku guna cili..memang nk kena cili mulut dia ni...haha...bila da siap, rasa cm bangga plk..biase ler..budak2 kan..hehe..tunjuk kt orang tu..tunjuk kt org ni..lastly, ke dlm tong sampah gak..baru ku tahu..hasil seni ku, hanyalah secoit je...hehe..

berbalik kepada funny food ...hehe...jum tengok2 gambar yg aku google ni..
nah!!

aku pon taktau apa kebende ni..hehe..tapi comey..^^
the annoying orange..! ..lol...
ninja banana..^^v
happy nampak?? haha
come to mama...come to mama!! ^,~
froggy...erkkk..
poor banana..lucky birdy..
how sweet of you!!
hahaa..tu dia..bukan john lennon..

hehe..just release tension..manusia ni sangat kreatif..tapi ingat..ada lagi yg lebih kreatif..
Pemilik alam semesta... ALLAH S.W.T..
ALLHUAKBAR..

Monday, December 24, 2012

hujan oh hujan !

Assalamualaikum...kepada yang sudi membaca.
.

Hujan di bulan disember...biasa ler tuu...bila da memang musim tengkujuh kan...tapi hujan lebat kali ni mula agak lambat..pertengahan bulan disember baru nak muncul..biasanya bulan november...wahh! my family baru plan nk ke pulau pinang hujung minggu ni..tapi cam terpaksa kena cancel je..alaaaa...baru nk jalan-jalan...kepada MR. H....rasanya kitaorang da tak dapat pergi sane..sobs..sobss..

Adik aku yg duk sane pon dah cam mengharap sangat kitaorg ke sane..saje jer..nak makan angin..dah lama tak makan angin..asyik duk makan nasik jer.. =D
Tapi apa -apa pon, kita hanya mampu merancang..ALLAH jua yang menentukan ..kan.! 
tapi...memang tak bleh pergi ke?? sobs..sobs...
(muka penuh mengharap...kikiki)

Ehem..tapi kan..aku agak bosan skg ni..takde apa yang boleh aku buat..menjahit?? oh tidak..aku nak berehat dari dunia menjahit...untuk seketika la..hehe..membaca?? memang itu yang aku duk buat selalu..buku..blog..fb..

Oh!! aku nak cuba buat aktiviti baru...melukis? pon sudah..tapi melukis ni, nak kena dengan mood aku..tapi lain plk dengan adik bongsu aku ni..da dpt job baru plk dia di musim cuti sekolah yang da tinggal berapa kerat je ni..huhu.dia ade kelebihan melukis..dulu duk lukis kartun je..siap de dialog lagi..sekarang lukis potret plak..yang terbaru, dia tolong lukiskan gmbr member-member dia..boleh wat duit...ehehe...otak business jugak kan..=D

nak tengok tak antara hasil-hasil lukisan dia..kalau taknak tengok pon takpe..nak upload jugak..hehe
nah!!
emma watson!

artwork

 dari permintaan kawan-kawan...

ok tak? hehe...ada la jugak sikit -sikit bakat yang " terendam dalam air banjir tu"...
tu cerita adik aku..aku?? entah la...tak reti-reti nak pergi cari kerja ke?? huhu...

"aku anak berbudi bahasa
walaupun aku penganggur
hormat kepada orang tua
walaupun aku penganggur.."

lirik lagu sudirman 'aku penganggur' huhu ~ ~

okeh..okeh..aku malas da nak mengarut pjg2 kat sini..daaa...IDEA XDOK...


Sunday, December 23, 2012

hari ini dan semalam



ku hirup hidup hari ini
aku mengerti
kerana hari semalam hanya mimpi cuma
aku yakin esok masih ada untukku

ku genggam hasrat sanubari
ku jejakkan kaki di legar yang sunyi
memberi ruang pada hati
untukku lukis pelangi yang indah
pada detik-detik seribu kemanisan

Wednesday, December 19, 2012

Air Mata Taubat

"Gembira lah dgn hidup ini kerana hidup ini indah 
dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan."
Assalamualaikum..w.b.t sahabatku sekalian....

ALLAH itu bersifat Maha Pengampun..jika berbuat dosa, mohon lah keampunan dari Nya...sesungguhnya ALLAH S.W.T sgt mncintai org yg bertaubat dan org yg menyucikan hati..bahkan, ALLAH sgt senang dgn taubatnya seorg hamba..bertaubat adlh mencuci hati dgn air mata dan membakarnya dgn kobaran api penyesalan...bertaubat adlh pembakar di dlm hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dlm hati dan titisan airmata..yg demikian adlh awal perjalanan yg ditempuh  oleh org yg bertaubat, modal org yg berjaya, lgkah awal mereka yg mgkehendaki ALLAH dan kunci istiqamah mereka yg hatinya condong kpda ALLAH..

Maha suci ALLAH Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih...ALLAH S.W.T senang dgn taubat hamba Nya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurga Nya dan mencapai keredhaan Nya...ALLAH Yang Maha Tinggi  menyeru kepada hamba-hamba Nya yg beriman untuk bertaubat melalui firman Nya:

"......dan bertaubatlah kamu sekamu kepada ALLAH, 
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
( Surah An-Nur: Ayat 31)

Seorang yg telah bertaubat harus berkeluh kesah, menyesal dan menangis...bila org lain merasa tenang dari azab ALLAH, maka hatinya tidak akan rasa tenang kerana ketakutan..bila dia mengingat besar dosanya dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi...dan dia telah membulatkan tekad untuk berlumba2 menghadapi hari esok....iaitu hari akhirat....
ALLAHURABBI...semoga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Mu...ameen...
"Keselesaan tubuh kerana sedikit makan..
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa...
keselesaan hati kerana sedikit keinginan...
keselesaan lisan kerana sedikit bicara...."

Merajuk kah saya?


Tipu lah kalau sy kata saya xpernah merajuk…biasa lah..kaum perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan merajuk…malam ni saya rasa lain sangat…hati mudah tersentuh..kalau sesiapa yang faham dgn saya, Alhamdulillah…tiada niat nak buat perangai macam ni..

Sebenarnya saya tiada apa untuk diceritakan dalam entry kali ini…Cuma mengambil sedikit kata-kata dari hati ditujukan kepada orang yang rapat dengan saya sekarang…mengertilah…terkadang mulut selalu menyebut..tapi percayalah, dalam hati tiada niat untuk menyakiti…tiada orang yang sempurna…
Maaf jika diri ini selalu menyusahkan atau kurang memahami..jauh di sudut hati, semua ini untuk kebaikan kita bersama…apa yang saya tegur, terima lah..anggap lah satu kritikan membina..bukan untuk menjatuh….alhamdulillah untuk hubungan ini..saya bahagia..bhgia sangat..Cuma menunggu masa untuk menjadi yang halal…In Shaa ALLAH..kita cari bhgia sampai ke syurga…selalu saya ingatkan…kalau saya ada buat silap, tegur lah..jangan biarkan  saya terus berada dalam dunia sendiri…

Saya menunggu untuk detik itu..

"Diam bukan tanda setuju. marah bukan tanda benci. 
senyum bukan tanda gembira. tertawa bukan tanda sedang bahagia. 
muram bukan tanda berduka. menangis bukan tanda merana. 
kadangkala perasaan sukar untuk diungkapkan. apakah yang diimpikan bisa menjadi kenyataan. 
aku cuma ingin bahagia dalam kehidupan dunia & akhirat bersama insan tersayang. 
Ya Allah, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku, tunjukkanlah hidayahmu, sinarilah jalan yang bakal ku lalui dengan nur & rahmatmu, bimbingilah aku ke jalan yang di redhai olehmu"

Friday, December 14, 2012

Ku ingin cantik di pandangan ALLAH

Assalamualaikum kepada semua yg sudi membaca....


Sebagai seorang wanita, aku ingin dihormati selayaknya , dihargai sebaiknya , disayangi selembutnya malah dikasihi seadanya. Aku juga punya harga diri walaupun lemah , punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa, juga punya perasaan walaupun sering terluka. Aku juga punya kesabaran walaupun tercalar . Aku inginkan kemuliaan dan kemasyhuran yang abadi dan hakiki bukan yang sia-sia tiada erti . Bukan di dunia tetapi di Taman Syurga Allah swt ..

Kali ini , ingin aku berbicara tentang kaum Hawa pada masa kini...sama2 lah kita menghayati Firman ALLAH  dalam Surah Al Ahzab ayat 59 ini...

 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 

Jika diteliti beberapa perkara yg dikaitkan dgn wanita, amat jelas masalah aurat adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh ALLAH di dlm neraka, tetapi masalah ini juga lah yg paling susah hendak diterima oleh wanita....persoalannya skrg ,apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh ALLAH di dlm Al-Quran atau sekadar berfesyen atau meniru ataupun sekadar melepas batuk di tangga? kalau itu adalah tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab ALLAH atau masih jahil atau buta agama..

Contoh paling ketara yg dpt dilihat ialah apabila berada di laman sosial...ramai yg tidak sedar ketika mereka  memasukkan gmbr-gambar di laman sosial sehingga menjadi tatapan ribuan lelaki-lelaki ajnabi...aku tahu..semua wanita ingin tampil cantik dan suka dipuji..kerana aku juga wanita..

"aku juga mempunyai hasrat seperti wanita-wanita lain yg snap gambar cantik-cantik, dan comel-comel dgn pelbagai gaya...bila aku keluar, aku pun turut snap gmbr comel2...tapi aku takut..aku takut ALLAH...tak sanggup nk masukkan dlm fb...aku takut ALLAH tak suka dan murka..dan aku juga takut kalau2 bakal suami aku tak redha dgn diri aku...Allahurabbi.."

 Namun aku juga turut bimbang tentang diri ku sendiri..aku bimbang Ya Rabb...jika aku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia..bimbang bila aku mengaku ikhlas beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia pada ku...bimbang bila aku mengaku cinta Mu Ya Khalik, walhal aku masih mengikut nafsu...;(
Ya Rahman Ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku...Amin ya rabb...

Aku ada membaca pesanan dari Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketua dan pengasas Hamas di mana ia ditujukan kepada semua pemuda pemudi...

Antaranya ialah :

1) Wahai anak-anakku telah tiba masanya kau kembali ke jalan ALLAH SWT dengan meninggalkan segala keseronokan dan kealpaan kehidupan jauh dari kehidupan kamu.Telah tiba saatnya kalian bangun melakukan solat subuh berjemaah. Sudah sampai masanya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan AlQuran serta mencontohi sunnah Ra
sulullah saw.

2)Aku menyeru kamu wahai anak-anakku,supaya solat awal pada waktunya.Lebih dari itu aku mengajak kamu mendekati diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3)Wahai pemuda aku ingin kamu menyedari makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan daripadanya agar Dia memberikan rezeki yang berkat kepadamu.Aku berpesan kepadamu supaya menghormati org yang lebih tua dan menyayangi org muda.

4)Aku ingin kamu tidak tertidur dengan alunan muzik yang melalaikan.Melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah swt.Wahai anak-anakku aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus kedalam arus syahwat.

5)Wahai puteriku,aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH SWT,akan mengenakan hijab secara betul dan jujur.Aku meminta kamu berjanji kepada Allah swt,bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kamu Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup.Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.



Di sini, aku yg hina ini ingin menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan juga kepada pembaca-pembaca sekalian agar sentiasa muhasabah diri dari masa ke masa..sama-samalah kita memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi keimanan kita lebih2 lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada ALLAH..dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan Nya...

cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dgn 
selautan cinta dan kasih sayang ALLAH..
sekiranya engkau kehilangan yg setitis itu, 
ia tidak menjejaskan kehidupanmu selagi yg selautan itu masih kau milik..


Wednesday, December 5, 2012

tersenyumlah untuk hidup

Assalamualaikum..w.b.t.......
Dear hawa sekalian..walau siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg baik...Jadikanlah masa lalu sebagai satu pengajaran yg membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah..
dan ketahuilah sahabat ku...yang tertutup itu lagi indah...^_^

" Jadilah gubuk istana, 
rancanglah kediaman dari rumahmu yg dari tanah 
bukan dari istanamu yg dari gading.."

Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu penuh dgn duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan..jangan ragu-ragu untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yg meluap dgn senyuman..jangan menekan kekuatan itu,kerana dgn menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan...


Tersenyum tidak membahayakan mu...bicaralah dgn org di sekitarmu dgn bahasa kalbu...alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dgn bhasa senyuman...

Ketahuilah sayangku....ketika engkau tersenyum di hadapan org lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yg indah, optimis dan khabar gembira yg mereka harapkan..namun ketika anda menemui org lain dgn wajah kusut  dan garang, maka sesungguhnya anda telah mengeruhkan  suasana indah  dan jernih dari kehidupan mereka...
Jadi...kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan org lain ?


"kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka 
yg selalu mendambakannya dgn penuh kesabaran"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...