AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, December 19, 2012

Air Mata Taubat

"Gembira lah dgn hidup ini kerana hidup ini indah 
dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan."
Assalamualaikum..w.b.t sahabatku sekalian....

ALLAH itu bersifat Maha Pengampun..jika berbuat dosa, mohon lah keampunan dari Nya...sesungguhnya ALLAH S.W.T sgt mncintai org yg bertaubat dan org yg menyucikan hati..bahkan, ALLAH sgt senang dgn taubatnya seorg hamba..bertaubat adlh mencuci hati dgn air mata dan membakarnya dgn kobaran api penyesalan...bertaubat adlh pembakar di dlm hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dlm hati dan titisan airmata..yg demikian adlh awal perjalanan yg ditempuh  oleh org yg bertaubat, modal org yg berjaya, lgkah awal mereka yg mgkehendaki ALLAH dan kunci istiqamah mereka yg hatinya condong kpda ALLAH..

Maha suci ALLAH Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih...ALLAH S.W.T senang dgn taubat hamba Nya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurga Nya dan mencapai keredhaan Nya...ALLAH Yang Maha Tinggi  menyeru kepada hamba-hamba Nya yg beriman untuk bertaubat melalui firman Nya:

"......dan bertaubatlah kamu sekamu kepada ALLAH, 
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
( Surah An-Nur: Ayat 31)

Seorang yg telah bertaubat harus berkeluh kesah, menyesal dan menangis...bila org lain merasa tenang dari azab ALLAH, maka hatinya tidak akan rasa tenang kerana ketakutan..bila dia mengingat besar dosanya dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi...dan dia telah membulatkan tekad untuk berlumba2 menghadapi hari esok....iaitu hari akhirat....
ALLAHURABBI...semoga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Mu...ameen...
"Keselesaan tubuh kerana sedikit makan..
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa...
keselesaan hati kerana sedikit keinginan...
keselesaan lisan kerana sedikit bicara...."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...