AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Thursday, March 28, 2013

bukan hanya kita bernikah


Pernikahan
menyingkap satu tabir
bukan hanya kepentingan kita
tapi tentang semua
keluarga dan kaum kerabat
malah agama dan adat

Aku hanyalah gadis yang berangan tinggi
ingin mengecapi bahagia ukhrawi dan duniawi
bermula dengan langkah seorang muslimah
ke arah keluarga nur islamiah
menuju masyarakat yang perlu diislah.

Aku mencari yang beramal dengan ilmunya
aku perlu yang teguh pegangannya
berani sebagai ketua kepimpinan
penaung juga tempat perlindungan

Namun
bukan mutiara harapan kalbu
tapi ketenangan dambaan ku
bukan cinta yang menggunung ku seru
hanyalah redha Allah yang ku mahu

Monday, March 25, 2013

Ada Orang Bertunang di rumah Saya

Assalamualaikum....hye olls....

HEHE..ehh..gelak plak dia..sape yang bertunang? jeng..jeng..jeng...

OkOkOk..sebelum tu nak cerita sikit la pasal pertunangan ni..Pertunangan ini merupakan mukadimah kepada alam perkahwinan...dan ia harus di dalam Islam untuk bagi peluang kepada si lelaki atau perempuan supaya lebih mengenali pasangan masing-masing..kalau sume nak tahu, semasa dalam tempoh pertunangan ,sebenarnya ia adalah masa seseorang untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing-masing..ke arah  melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia..

ok la..mukaddimah pun dah abis...cerita tentang sape yang bertunang plak...sepatutnya bertunang kita tak bleh nak jum heboh-heboh sangat kan..so, kita diam jer..encik tunang ke..cik tunang ke..kita diam-diam je tau...tiba-tiba saya plak yang malu-malu ...ishh..ngade betul...

24/3/2013







ni je gambar yang saya jumpa..
kepada yg bertunang tuu, jgn marah saya upload gmbr...heh heh heh...

semoga berbahagia hingga ke syurga!!

p/s:  entry yg ringkas untuk ari ni....sekian..


Monday, March 18, 2013

Pemberi Hati




Allah lah yang memegang hati-hati kita..
malah Dia juga yg memberi hati untuk kita merasa cinta..
maka selayaknya Dia lah yang kita perlu cintai dahulu..
sejuta nikmat telah Allah berikan...
dan Allah juga tinggalkan ayat-ayat cinta Nya yg penuh 
dgn sentuhan-sentuhan untuk membasahkn jiwa..
di turunkan pula ar-Rasul sebagai guru cinta untuk kita semua..
aduhai..! 
betapa Agungnya manifesto kecintaan Dia kepada kita..


Thursday, March 14, 2013

10 Sahabat di Jamin Syurga

Bismillahirrahmanirrahim


marilah sama-sama kita mengenali sahabat-sahabat Nabi yang di jamin masuk ke Syurga..

:bow:Abu Bakar As-Siddiq
-diberi gelaran As-Siddiq , membenarkan peristiwa Israk Mikrak Rasulullah S.A.W, Khalifah Ar-Rasyiddin yang pertama, di gelar oleh Ali R.A sbg manusia paling berani di muka bumi.

:bow:Sa'id Bin Zaid
- beliau dan isterinya, Fatimah binti Al-Khattab(berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar Al-Khattab R.A , menyertai perang menentang Rom, Kisra, dan Parsi, di angkat menjadi pemerintah di Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A

:bow:Talhah Bin Ubaidillah
- diseksa oleh keluarganya sendiri supaya kembali kafir, digelar 'syahid yang hidup', 'Talhah yang baik', Talhah yang dermawan' dan 'Al Qarinain'(sahabat yang diikat), 70 kesan luka dan terputus jari kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W

:bow:Abdurrahman Bin Auf
- sahabat yang terkenal dengan sifat yang dermawan, Rasulullah mendoakan keberkahan hartanya,satu-satunya sahabat yg pernah menjadi imam solat Rasulullah..

:bow:Umar Al-Khattab
- digelar Al-Faruq(pemisah antara haq dan batil), khalifah Ar-Rasyiddin yg kedua, Islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah pengislaman beliau, menyebarkan Islam dalam masa yg singkat.

:bow:Uthman Bin Affan
- digelar Zunurrain(pemilik dua cahaya), Khalifah Ar-Rasyiddin ketiga , mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya(mushaf Uthmani), membeli telaga untuk kegunaan umat Islam yg berhijrah ke Madinah.

:bow:Ali Bin Abi Talib
- digelar sebagai Karamullahu wajhah(org yang dimuliakan wajahnya), dimuliakan oleh Rasulullah sebagai gerbang kota ilmu-ilmu yg dimilikinya, khalifah Ar-Rasyiddin keempat, berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.

:bow:Zubair Bin Al-Awwam
- org pertama yg menghunus pedangnya di jalan Allah, diseksa oleh bapa saudaranya dgn menggantungnya terbalik dlm gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.

:bow:Saad Bin Waqqas
- terkenal dgn panahan yg tepat dan doanya yg bagaikan pedang yg tajam, diuji dgn mogok lapar ibunya yg memaksanya kembali kepada kekafiran, memimpin tentera Islam menentang tentera Parsi ketika pemerintahan Umar.

:bow:Abu Ubaidah Al Jarrah
- digelar Rasulullah sbg org kepercayaan umat, gigi-giginya tercabut kerana menggigit rantai besi yg tertusuk ke dalam pipi Rasulullah, mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud(Surah Al-Mujadillah ayat 22)

Sunday, March 10, 2013

Tuhan Yang Esa


Di dalam cahaya Mu Tuhan ku harap petunjuk Mu
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat Mu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang

Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun

Ku harapkan pintu taubat Mu terbuka luas
Untuk hamba Mu yang sering leka
Dengan rahmat Mu dan kasih sayang Mu
Kau ampunkanlah segala dosa ku
Moga selamat di dunia dan akhirat

Saturday, March 9, 2013

Jangan Mundur Dalam Peperangan

Bismillahirrahmanirrahim




Bila disebut tentang perang, pasti ramai yang takut..Kerana dengan perang, ramai yang akan jadi cacat, wanita boleh menjadi janda..Anak-anak menjadi yatim..Berlakunya perang disebabkan banyak hal..mungkin kerana perebutan harta, perebutan kuasa, perebutan daerah , membela harga diri suatu negara dan sebagainya..tetapi perang yang berkaitan dengan agama merupakan perang yang suci dan tidak boleh dielakkan...Setiap umat Islam wajib membela agamanya sampai titik darah yang terakhir...

Allah Taala telah berfirman;

Maksudnya: "Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu-kecuali ia bergerak ke arah lain ( untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali." ( al-Anfal [8]:16 )  

Berdasarkan ayat itu, menjadi jelas bahawa lari dari gelanggang melawan orang kafir adalah dosa besar.
Di dalam dadanya harus benar-benar meletakkan semangat pahlawan yg pantang mundur;

"Hiduplah dengan mulia dan matilah menjadi syuhada"

Sebagai contoh,cuba bayangkan! Berapa kekuatan umat Islam pada waktu perang Badar melawan orang kafir Quraisy? Umat Islam di kala itu hanya sekitar 313 orang sedangkan pihak lawan seramai 1000 orang lebih..Namun umat Islam dapat merebut kemenangan dengan gemilang kerana semangat yang telah di tanamkan oleh Rasulullah s.a.w..


Malah bukan hanya di dalam perang Badar, tetapi juga dalam perang Uhud..pada waktu itu umat Islam hampir mencapai kemenangan..akan tetapi ramai parajurit Islam yg tergiur kepada harta rampasan perang, mereka turun ke bawah mengejar musuh..padahal pada waktu itu sepasukan tentera panah yang dipimpin oleh Khalid bin Walid (pada waktu itu dia belum masuk Islam) menyusup dari belakang gunung sambil menghujankan panah ke arah pertahanan umat Islam yg berada di atas..hampir-hampir sahaja jiwa Rasulullah s.a.w terancam kalau tidak dibentengi oleh para sahabat baginda yg gigih...walau bagaimanapun, tidak ada seorang pun dari parajurit Islam yg melarikan dir dari barisan perang..mereka terus maju dan dengan keberanian mereka tidak pernah goyah apabila berhadapan dengan musuh...
Ketahulah bahawa keberanian adalah batas pertengahan antara takut dengan tergesa-gesa..takut akan membuahkan sia-sia dan kelemahan..tergesa-gesa pula akan mengakibatkan perbuatan yang melampaui batas..sedang keberanian akan membuahkan keselamatan..oleh sebab itu beranilah orang Islam agar mencapai keselamatan...
:iconheartsign2plz:

Sunday, March 3, 2013

marah dan maaf


"Marah bukan lah sifatku..seandainya aku marah, bukanlah bererti aku membenci kalian...
maafkan aku andai tutur kata dan tingkah laku ku membuat kalian terguris di hati..
marahku kerna aku sayang.marahku kerna ingin menegur..
menegur untuk memperbaiki keadaan..supaya kita sentiasa dalam ketenangan.."


Kan lebih elok, sebaiknya sebelum tidur,kita cuba memaafkan  kesalahan semua orang 
dengan harapan dan doa, hamba Allah itu terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita juga..
Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan 
kerana sifat Allah Maha Pengampun, 
tetapi kesalahan sesama manusia agak susah..
jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini..

Pabila dunia menjadi aman..
Hati turut merasa bahagia..
Semoga kita beroleh ketenangan itu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...