AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Thursday, March 14, 2013

10 Sahabat di Jamin Syurga

Bismillahirrahmanirrahim


marilah sama-sama kita mengenali sahabat-sahabat Nabi yang di jamin masuk ke Syurga..

:bow:Abu Bakar As-Siddiq
-diberi gelaran As-Siddiq , membenarkan peristiwa Israk Mikrak Rasulullah S.A.W, Khalifah Ar-Rasyiddin yang pertama, di gelar oleh Ali R.A sbg manusia paling berani di muka bumi.

:bow:Sa'id Bin Zaid
- beliau dan isterinya, Fatimah binti Al-Khattab(berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar Al-Khattab R.A , menyertai perang menentang Rom, Kisra, dan Parsi, di angkat menjadi pemerintah di Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A

:bow:Talhah Bin Ubaidillah
- diseksa oleh keluarganya sendiri supaya kembali kafir, digelar 'syahid yang hidup', 'Talhah yang baik', Talhah yang dermawan' dan 'Al Qarinain'(sahabat yang diikat), 70 kesan luka dan terputus jari kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W

:bow:Abdurrahman Bin Auf
- sahabat yang terkenal dengan sifat yang dermawan, Rasulullah mendoakan keberkahan hartanya,satu-satunya sahabat yg pernah menjadi imam solat Rasulullah..

:bow:Umar Al-Khattab
- digelar Al-Faruq(pemisah antara haq dan batil), khalifah Ar-Rasyiddin yg kedua, Islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah pengislaman beliau, menyebarkan Islam dalam masa yg singkat.

:bow:Uthman Bin Affan
- digelar Zunurrain(pemilik dua cahaya), Khalifah Ar-Rasyiddin ketiga , mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya(mushaf Uthmani), membeli telaga untuk kegunaan umat Islam yg berhijrah ke Madinah.

:bow:Ali Bin Abi Talib
- digelar sebagai Karamullahu wajhah(org yang dimuliakan wajahnya), dimuliakan oleh Rasulullah sebagai gerbang kota ilmu-ilmu yg dimilikinya, khalifah Ar-Rasyiddin keempat, berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.

:bow:Zubair Bin Al-Awwam
- org pertama yg menghunus pedangnya di jalan Allah, diseksa oleh bapa saudaranya dgn menggantungnya terbalik dlm gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.

:bow:Saad Bin Waqqas
- terkenal dgn panahan yg tepat dan doanya yg bagaikan pedang yg tajam, diuji dgn mogok lapar ibunya yg memaksanya kembali kepada kekafiran, memimpin tentera Islam menentang tentera Parsi ketika pemerintahan Umar.

:bow:Abu Ubaidah Al Jarrah
- digelar Rasulullah sbg org kepercayaan umat, gigi-giginya tercabut kerana menggigit rantai besi yg tertusuk ke dalam pipi Rasulullah, mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud(Surah Al-Mujadillah ayat 22)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...