AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, March 9, 2013

Jangan Mundur Dalam Peperangan

Bismillahirrahmanirrahim




Bila disebut tentang perang, pasti ramai yang takut..Kerana dengan perang, ramai yang akan jadi cacat, wanita boleh menjadi janda..Anak-anak menjadi yatim..Berlakunya perang disebabkan banyak hal..mungkin kerana perebutan harta, perebutan kuasa, perebutan daerah , membela harga diri suatu negara dan sebagainya..tetapi perang yang berkaitan dengan agama merupakan perang yang suci dan tidak boleh dielakkan...Setiap umat Islam wajib membela agamanya sampai titik darah yang terakhir...

Allah Taala telah berfirman;

Maksudnya: "Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu-kecuali ia bergerak ke arah lain ( untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali." ( al-Anfal [8]:16 )  

Berdasarkan ayat itu, menjadi jelas bahawa lari dari gelanggang melawan orang kafir adalah dosa besar.
Di dalam dadanya harus benar-benar meletakkan semangat pahlawan yg pantang mundur;

"Hiduplah dengan mulia dan matilah menjadi syuhada"

Sebagai contoh,cuba bayangkan! Berapa kekuatan umat Islam pada waktu perang Badar melawan orang kafir Quraisy? Umat Islam di kala itu hanya sekitar 313 orang sedangkan pihak lawan seramai 1000 orang lebih..Namun umat Islam dapat merebut kemenangan dengan gemilang kerana semangat yang telah di tanamkan oleh Rasulullah s.a.w..


Malah bukan hanya di dalam perang Badar, tetapi juga dalam perang Uhud..pada waktu itu umat Islam hampir mencapai kemenangan..akan tetapi ramai parajurit Islam yg tergiur kepada harta rampasan perang, mereka turun ke bawah mengejar musuh..padahal pada waktu itu sepasukan tentera panah yang dipimpin oleh Khalid bin Walid (pada waktu itu dia belum masuk Islam) menyusup dari belakang gunung sambil menghujankan panah ke arah pertahanan umat Islam yg berada di atas..hampir-hampir sahaja jiwa Rasulullah s.a.w terancam kalau tidak dibentengi oleh para sahabat baginda yg gigih...walau bagaimanapun, tidak ada seorang pun dari parajurit Islam yg melarikan dir dari barisan perang..mereka terus maju dan dengan keberanian mereka tidak pernah goyah apabila berhadapan dengan musuh...
Ketahulah bahawa keberanian adalah batas pertengahan antara takut dengan tergesa-gesa..takut akan membuahkan sia-sia dan kelemahan..tergesa-gesa pula akan mengakibatkan perbuatan yang melampaui batas..sedang keberanian akan membuahkan keselamatan..oleh sebab itu beranilah orang Islam agar mencapai keselamatan...
:iconheartsign2plz:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...