AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Wednesday, February 27, 2013

Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik

Semoga datang jalan keluar
Semoga kita boleh mengubati jiwa kita dengan "semoga"
Di dalam keluarga Bamak, ada seorang perempuan yg pada mulanya adlh seorang hamba perempuan yg biasa diperjual-belikan, lalu Raja Maghrib Al-Muta'mid bin Abbad membelinya dan terus memerdekakannya serta menjadikannya sebagai permaisuri..Ketika sang permaisuri melihat hamba-hamba perempuan sedang bermain lumpur, timbul keinginannya untuk bermain lumpur kerana rindukan masa yang lalu..Al-Muta'mid lantas memerintahkan agar dibuatkan isterinya itu sejumlah minyak wangi seperti lumpur dan bermain lah dia di dalamnya..

Namun ketika isterinya marah, dia sering mengatakan kepada Al-Muta'mid "Sesungguhnya aku tidak pernah melihat kebaikanmu pada diriku." Akan tetapi Al-Muta'mid hanya tersenyum.Lalu berkata" Juga tiada kebaikanku saat aku membuatkan lumpur minyak wangi untukmu?" Saat itu, isterinya menjadi malu apabila terdengar jawapan dari suaminya..

Memang sudah menjadi tabiat wanita kecuali sebahagian kecil shj dari mereka yg melupakan segala kebaikan, ketika suami atau orang lain melakukan kelalaian dan kesalahan kepadanya..Dalam  hadis, Rasulullah s.a.w ada menyebut:

"Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu,kerana sesungguhnya aku melihat kamu adalah majoriti penghuni neraka."Mereka bertanya: "Mengapa demikian, Rasulullah ? Rasulullah s.a.w menjawab:"Kerana kamu cepat mengutuk, banyak mencela dan selalu mengingkari kebaikan suami."

Oleh itu, apabila seseorang sudah mengetahui watak wanita memang demikian, maka dia tidak akan marah, gelisah dan tidak tegang urat sarafnya ketika wanita mengingkari kebaikannya atau mendakwa bahawa dia tidak pernah melihatnya berbuat satu kebaikan pun, padahalnya dia telah berbuat banyak kebaikan untuknya..

"Ya Tuhan kami, berikanlah keampunan kepada kami atas dosa-dosa kami 
dan sikap berlebihan kami dalam urusan kami.."

Saturday, February 23, 2013

Jawapan kepada manusia yang angkuh

Terdapat seorang lelaki yang angkuh telah bertanya kepada seorang alim tentang wujudnya Tuhan..
 

Pemuda      : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Orang alim : Saya hamba Nya dan dengan izin Nya saya akan cuba menjawab pertanyaan saudara.

Pemuda      : Anda yakin? sedangkan profesor dan ramai orang yg pintar pun tidak mampu menjawab soalan saya ini.. 

Orang alim   : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya..

Pemuda       : Saya ada tiga soalan..pertama, kalau memang Tuhan itu wujud, tunjukkan kepada saya.. kedua, apakah yg dinamakan takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapakah dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api? tentu tidak menyakitkan buat syaitan..sebab mereka memiliki unsur yg sama..apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba orang alim itu menampar pipi pemuda itu dengan keras..


Pemuda       : ( Sambil menahan kesakitan) kenapa anda marah kepada saya?

Orang alim   : Saya tidak marah..tamparan tadi adalah bertujuan untuk menjawab semua pertanyaan saudara.

Pemuda       : Saya sungguh tidak mengerti..

Orang alim   : Bagaimanakah rasanya tamparan saya tadi?:iconfidia95:

Pemuda       : Mestilah merasa sakit...

Orang alim   : Jadi saudara percaya sakit itu ada?

Pemuda       : Ya!

Orang alim   : Cuba saudara tunjukkan kewujudan sakit itu?

Pemuda       : Saya tidak boleh.

Orang alim   : Itulah jawapan untuk soalan pertama..kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud Nya......Apakah malam tadi saudara bermimpi akan di tampar oleh saya?

Pemuda       : Tidak..

Orang alim   : Apakah saudara terfikir akan ditampar oleh saya hari ini?

Pemuda       : Tidak..

Orang alim   : Itulah yang dinamakan takdir..Terbuat dari apakah tangan saya untuk menampar saudara?

Pemuda        : Kulit..

Orang alim    : Pipi anda terbuat dari apa?

Pemuda        : Kulit..

Orang alim    : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda        : Sakit..

Orang alim    : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat  dari api.jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Pemuda        : -,-  
   


:iconhanabi90: Dia lah Yang Esa dan Yang Maha Agung..SubhanaAllah...
Tuhan ciptakan sesuatu kejadian dan hukum dengan penuh sempurna dan jangan sesekali kita mempertikaikan apa saja kejadian dan hukum yang diperintahkan Nya...
:iconputeramujahidislam:

   

Wednesday, February 20, 2013

Hidup besederhana


Dalam agama Islam segala sesuatu yg tidak di larang, bererti boleh dikerjakan..tetapi dlm masa yang sama ia bukan bererti tidak ada batasnya..sebab itu adanya hukum sunat, mubah dan makruh..Jadi, jika inginkan hidup yg diredhai oleh Allah S.W.T , tentunya senang memilih yg sunat drp yg lain nya..

Sebagai contoh, orang lelaki boleh shj memakai pakaian apa pun selain sutera di dalam solat..tapi..hendaklah mengelakkan diri dari memakai pakaian yang boleh menyakitkan mata dengan gambar dan warna beraneka ragam..hal ini kerana, ia boleh menimbulkan rasa kurang khusyuk dalam solat orang lain apabila melihatnya..

" Alangkah kacak orang lelaki ke masjid dengan berpakaian baju melayu" :)

Hidup bergaul dalam masyarakat pun demikian..hidup tidak perlu bermewah-mewah, makan berlebih-lebihan, berpakaian cantik dan berhias diri dgn peralatan yg merangsang..semua itu boleh dilakukan asal tidak melangkah ke batas yg diharamkan..di sinilah perlu adanya langkah kebijaksanaan..sebab manusia mempunyai hati yg tidak sama..mungkin akn ada penyakit iri hati..

Bila kita menyelusuri kehidupan Rasulullah S.A.W semenjak kecil hingga menjelang ajalnya tidak pernah baginda hidup dalam kemewahan..dari segi berpakaian, makanan, perhiasan, dan lain-lain semuanya dalam kesederhanaan dan bersahaja..Hidup sederhana adalah salah satu keindahan akhlak Rasulullah S.A.W..

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah S.A.W duduk berkumpul di dlm suatu majlis smbil berbincang , menceritakan masalah kemewahan dunia.Pada saat mereka sedang berbincang, Rasulullah S.AW. bersabda;

Maksudnya : " Tidakkah kalian mendengar?Tidakkah kalian mendengar?Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman..Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman"   ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W menilai kesederhanaan itu dalam tata kehidupan manusia..Tanpa kesederhanaan kurang sempurna iman seseorang..

Demikianlah kiranya keutamaan hidup sederhana dan bersahaja yg perlu di amalkan dalam setiap kehidupan agar kelak menjadi orang mulia di sisi Allah Taala..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...