AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Thursday, February 9, 2012

ITU YANG TERBAIK

~Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yang saya impikan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang mengimpikan saya~


aku : saya tidak layak untuk awak..
dia : kenapa?
aku : awak dari kalangan orang yang baik2..tapi saya...
dia : saya dan TUhan selalu memandangmu, apa lagi?
aku : awak pintar..ada ramai peminat.
dia : peminat?? saya tidak perlukan peminat..tapi saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.
dia : kita boleh mendalaminya sama2.
aku : saya tidak cantik seperti mereka....
dia : Tuhan akan marah mendengar perkataan awak tadi..sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
aku : awak ni kenapa? sudah saya kata yang saya ni tidak layak untuk awak. kita ibarat langit dan bumi..terlalu banyak perbezaan..
dia : perbezaan lah yang membuat kita lengkap..
aku : awak terlalu sempurna..
dia : belum..akan sempurna jika ada awak..
aku : cukup..saya tidak mahu dengar lagi..
dia : seribu bunga tidak mampu membuat awak berlembut juga?
aku : temuilah ayah saya..itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...