AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL


Saya ingin mgucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kpada semua pembaca blog ini yg beragama Islam, dan kepada seluruh orang islam di dunia secara amnya.

Saya juga berharap kita semua dpt menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini.

Antara cara kita menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala ajaran islam yang telah dibawa oleh baginda. Jika sebelum ini kita selalu tinggalkan solat, sebaiknya selepas ini kita tidak akan tinggalkan solat, atau jika selama ini kita tidak melakukan amalan zakat, maka kali ini kita lakukan amalan zakat. Dengan menzahirkan pelaksanaan ajaran baginda, ini membuktikan bahawa kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Semoga kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Salam Maulidul Rasul daripada saya, LEEYA MYRA...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...