AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Thursday, February 23, 2012

Muslimah Berpurdah


Jangan menganggap perempuan yang berpurdah itu sebagai ekstremis.

TETAPI KETAHUILAH,

Mereka telah melaksanakan yang sunat,

Untuk mendapat keredhaan-Nya,

Untuk mencontohi teladan isteri-isteri Baginda yang dikasihi,

Untuk menjaga aib mereka serta kecantikan mereka kepada yang layak,

Serta untuk mengelak menjadi fitnah dunia,

Fitnah bagi KAUM ADAM sebagaimana dikatakan Baginda,

Di akhir zaman ini.

Jangan menganggap mereka TERKURUNG,

Jangan menganggap kebebasan mereka DISEKAT,

SEBALIKNYA,

Mereka rela terkurung di dunia daripada terkurung di akhirat kelak,

Mereka sebenarnya bebas dengan dibatasi syariat agamanya,

Yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat,

Dan mereka hanya berkerenah demi menjaga maruah mereka yang lebih penting.

~Ya Allah~

Kuatkanlah hati para mujahidah ini Ya Rabbi.

Kepada yang sudah BERPURDAH Teruskan istiqomah anda. :)
Kepada yang berjinak-jinak untuk BERNIQAB
Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manusia yang cuba patahkan semangat anda. Kuatkan niat anda. :)
Kepada yang berniat untuk BERPURDAN/BERNIQAB
Syukur kepada hadrat Illahi, dalamilah ilmu agamamu, dampingilah serta mendapat kata-kata semangat dari yang berpengalaman, serta sempurnakan auratmu yang wajib dahulu, kemudian anda akan mendapat kekuatan untuk melakukannya. Insha-Allah. :)

Selamat berjaya ya wahai para muslimahku yang dikasihi.
Pada para muslimku, berilah kekuatan pada mereka, kerana mereka telah membantu anda dari terjerumus dalam fitnah dunia. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...