Aku orang kecil yang tak punya apa
Hanya punya hati dan juga rasa
Aku bukan apa hanya orang biasa
Tiada tenaga menggugat dunia mereka
Aku orang kecil dan biasa
Tiada upaya macam yang berharta
Aku orang biasa dan kecil saja
Tiada yang sudi mendengar apa yang aku kata
Orang kecil dan biasa itulah aku
Tidak mampu berkuasa seperti mereka itu
Orang biasa yang kecil merujuk kepada aku
Walau aku lemah dan tak mampu tapi semangat aku jitu
Jangan cuba memperkecil akan diriku
Kerana kau tidak tahu apa akan berlaku
Menjadi kecil dan biasa tiada masalah bagiku
Kerana ku tahu kau tak mampu menjadi seperti diriku
Walau aku kecil dan biasa bagimu
Tapi ada 'Besar dan Hebat' padaku yang tidak kelihatan di matamu
Aku gembira menjadi kecil dan biasa di depan kamu
Kerana ia membuat aku sedar dan tidak lupa asal kejadian diriku
Kecil dan seorang hamba biasa yang tidak berdaya ialah aku
Jika dibanding dengan kekuasan dan kemampuan-Nya Tuhan yang satu
Moga kau disedarkan dari lamun mimpimu itu
Dan menyertai kami di pantai yang memutih itu...
No comments:
Post a Comment