AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….
Give me a SHOUT!
Tuesday, May 8, 2012
apabila pandang orang agama
AlhamduliLLAH.. syukur ke hadrat ILAHI, TUHAN penguasa alam, yang melimpahkan nikmat dan kasih sayang yang tidak terhitung banyaknya.. udara, kehidupan, dan apa sahaja disekeliling kita, ALLAH beri.. tanda ALLAH itu sayangkan kita.. tapi kita..? sayangkah kita kepadaNYA..? angguk dan geleng sahaja pilihan jawapannya.. mana satu jawapan kita..? Kita sendiri mengetahuinya..
Sahabat..
Pernah dengar istilah 'orang agama' ataupun dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai ustaz atau da`ie. Dengan kata mudah, orang yang bersandar dan berlatarbelakangkan agama, contohnya, pelajar sekolah agama, mahasiswa kuliah agama, graduan lepasan kuliah agama, orang yang berimejkan agama.. dan macam-macam lagi.. mereka ini sy sebut sebagai golongan agama.
Kebiasaan dalam masyarakat kita, orang akan menghormati dan mempunyai persepsi yang tinggi kepada golongan-golongan agama ini. Sehinggakan mereka melihat golongan ini sepertimana mereka melihat agama itu sendiri, seolah-olah golongan ini mewakili ajaran agama. Segala perbuatannya, tingkah laku.. percakapan.. itu mengambarkan agama yang ada padanya.
Saya tak kata bahawa perkara itu menjadi salah, jauh kali nak kata berdosa, namun apa yang pasti.., kita perlu sedar bahawa setiap manusia itu melakukan kesilapan.. yang bezanya adalah.. kesilapan itu banyak atau sedikit je. Apabila orang melihat kita seperti mereka melihat agama. Silap sikit je, orang dah macam-macam cakap, tak kira belakang ke, depan ke, itu biasa..
Jadi.., langkah penyelesaian itu harus bermula dari kita, kesilapan sebenar kita adalah.. menunggu perubahan itu datang dari orang lain sedangkan kita hanya berpeluk tubuh sahaja, tidak berbuat apa-apa. Sepatutnya, Kita perlu bergerak.. bagaimana..? Sudah tentu, kembali kepada ISLAM yang sebenarnya dan merealisasi isi-isi ajaran al-Quran dan sunnah dalam kehidupan, setakat termampu oleh kita, sedaya upaya.. seluruhnya.. agar apa yang ada pada diri kita itu adalah, ISLAM.. bukan sekular, bukan liberal dan lain-lain.. ia ISLAM yang tulen.. bukan ISLAM celup..
Hah.. apa dia ISLAM celup..? Maksudnya adalah ISLAM hanya pada pakaian dan kelengkapan kita sahaja, sedangkan jiwa kosong. Berjubah, berserban, berketayap, bertudung labuh.. sedangkan akhlaq dan perangai, masyaALLAH.. jauh dari ajaran sebenar ISLAM.. seperti kata teman sy, nampak je ISLAMik tapi sebenarnya bawa fitnah terhadap ISLAM.. ya ALLAH..
Sahabat yang disayangi ALLAH sekelian..,
Tingkatkan diri dan peribadi kita, agar seiring dengan segala ombak sekularisme, dan gelombang jahiliah yang melanda umat kini.. menjadi benteng-benteng, melindungi pantai-pantai indah ISLAM itu daripada terhakis. Memang sukar.., ya sukar.. kerana sukar itulah perjuangan.. perbetulkan persepsi masyarakat.. ISLAM itu sempurna yang tidak sempurna itu ialah kita.. namun ketidak sempurnaan kita itu tidak patut dijadikan alasan untuk kita menjadi sebaik yang termampu.. be the best among the best.. beat all the best.. and you will be the best of the best when you beat yourself.. Ayuh.. kita bina ISLAM, dari dalam diri kita dahulu.. kerana jika setiap muslim membina ISLAM dalam diri.. ISLAM itu akan terbentuk.. masyarakat, daulah dan seterusnya khilafah.. mudah-mudahan.. insyaALLAH..
waALLAHu `alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment