AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Tuesday, July 31, 2012

mawar yang keliru





(ღ˘◡˘ღ) Mawar Yang Keliru (ღ˘◡˘ღ)

Salam sayang buat mawarku.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai Mawar,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah SWT. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah SWT dan jika Allah SWT tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah SWT itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah SWT. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah SWT. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah SWT kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat manusia dan kita tidak dapat melihat Allah SWT, kita cuma merasa dan melihat keindahan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala keindahan itu adalah milik Allah SWT. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai Mawar,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah SWT. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah SWT yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah SWT, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah SWT berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai Mawar,
Allah SWT menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah SWT tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah SWT telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau mencintai sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan boleh jadi engkau membenci sesuatu tetapi ia amat baik untuk dirimu. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah SWT daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai Mawar,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah SWT atau mungkin lebih jauh daripada Allah SWT?

Wahai Mawar,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah SWT. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allah SWT lah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah SWT di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah SWT daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah SWT untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai Mawarku,
Sedarkanlah hatimu yang sedang keliru.






sumber...dari seorang hamba...

Monday, July 30, 2012

bila kucing menjadi suri rumah

assalamualaikum...haii.....
kali ni, aku nak cite pasal benda lain plak...tentang haiwan yg mungkin leh dikatakan ada di setiap rumah...andai kata la kucing leh wat keje umah, alahai....mesti sangat comey....terhibur rasa tengok gambar-gambar kucing..walaupon x real kan...hehe..jum kite tengok kt bawah ni...


tuuu dia..pagi2 lagi mak kucing dah wat sarapan tuk family dia...


nak kemas umah plak tuu...penat2..


owh lupee....pokok bunga belum disiram agi..kena cepat ni..sebelum matahari tinggi..

 
wahhh..rajinnye dia...leh wat bini ni..ehh..kucing ni da ade suami daaa..( jiran sebelah tengah skodeng)


masa untuk membasuh plak...banyak nye kain....


dah siap basuh,kena lah jemur plak kan...seb bek aku sampai nak sidai baju2 ni..


giliran nak iron baju plak..suami nk pakai la katakan...


bizi-bizi....i kena basuh pinggan...pas tuu, i kena masak tengahari plak..


masak dah siap...i nak rest kejap...cite ape ye kt tv ni...alaaa...hindustan xder la plk...


kain da kering....i nak angkat la..nanti kang hujan plak..eh..mana anak-anak i ni...senyap je..

  

oooo...ini keje anak-anak i yer...sekor nak jadi polis..sekor nak jadi ahli muzik..dua ekor lagi nak jadi cam jackie chan agaknya..hahaiii...


apa-apa pon, i da penat ni...nak pasang cadar yang di basuh pagi td jap...


huarggghhhhhhhh....penatnye.....


ZZzzzzzzzz...mak kucing da terlentang....penat punya pasal....


moralnye....anak-anak kena la tolong mak kt umah taw..jangan duk main aje..ingat2 gak la yang mak kita tu penat ngat duk wat keje..celik je mata, terus wat keje..bila da malam baru lah settle keje..lepas anak-anak da tido, baru mak dapat rehat...
so, jadilah anak-anak yang baik yer....
peace......^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...