AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Friday, January 18, 2013

Ruang mengumpat

Assalamualaikum..
Ruang mengumpat??opsss...entry post kali ni bukanlah untuk mengumpat siapa2 pon..tapi hari ini , hati ni rasa terpanggil nak tulis pasal mengumpat di alam maya..moden sangat sekarang ni..dulu,  cara mengumpat  , lepak kat kedai2, kumpul ramai2..pegi rumah kawan dan bla..bla...bla....sekarang?? wah..da ade facebook,twitter, n so on la...kadang2 kita tak sedar dengan apa yang kita tulis boleh menyakitkan hati orang lain...fikir-fikirkan lah....( saya hanya mampu tersenyum)  =)

Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya yg bermaksud " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" ( Hadis Riwayat Muslim)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa..orang yg mengumpat akan mndapat kerugian besar pada hari akhirat..pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala..

Dan di akhirat nanti, maka dia berkata kepada ALLAH "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya." Maka Allah menjawab: " Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui."
Jadi..terima kasih la ye kepada sesiapa yang mengumpat saya..salah satu cara nk dapat pahala..(senyum banyak-banyak) =))

Apa yang nak saya katakan, jauhilah sikap suka mengumpat ini..di tujukan kepada saya juga..budaya mengumpat ini ada di mana2 sahaja...sebagai contoh di facebook...ada yang dalam diam, sedang mengutuk atau mengumpat orang lain..saya tak tahu, apa tujuan buat mcm tu..adakah sebab kepuasan??atau marah yang masih belum reda..kadang-kadang ada juga manusia yang tambah kawan di facebook dengan tujuan nak korek rahsia..dan ada juga menyelam sambil minum air..untung2 bila post di facebook, orang yang di umpat boleh baca kt facebook..paling teruk, di buka aib orang tu..sedangkan empunya badan, tak tahu apa2..tahu-tahu, ramai yang sedang membenci dia..Astarfirullah..

Saya pun manusia biasa..tidak lari dari membuat salah..sesungguhnya tiada hamba2 Nya yang sempurna...cuma rasa sedikit terkilan di hati..di depan tunjuk baik je..tapi kt belakang?? mengutuk bukan main lagi..orang luar yang tak tahu apa2 pon , jadi boleh tahu..satu je yang saya nak bagitahu, kalau kita bukak aib orang, jangan kita duk rasa seronok..suatu hari nanti, orang pulak akan bukak aib kita....Allah itu Maha Adil...Dia tak akan biarkan kita selalu di tindas...

Sebelum kita membuka  aib orang, kita harus sedar dan insaf kerana mengumpat atau memburuk-buruk kan orang lain adalah berdosa besar...dan cuba perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain...semoga ALLAH S.W.T memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat..Amin....

** I love walking in the rain cause no one knows i'm crying..**

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...