AKU MELANGKAHKAN KAKI, BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR, JATUH TERSUNGKUR LALU BANGKIT SEMULA KEMUDIAN BERJALAN KEMBALI KE DESTINASI….

Give me a SHOUT!

Saturday, December 29, 2012

Rehat

Assalamualaikum.,...

Untuk seketika..aku terpaksa berhenti ber blogging..kerana faktor kesihatan yang agak menggangu kebelakangan ini...


Doa ketika tubuh berasa sakit


"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti."

" Letak tangan di tempat sakit kemudian baca "Bismillah" sebanyak 3 kali dan baca doa di bawah 7 kali.

Thursday, December 27, 2012

awesome !!

Assalamualaikum..to all readers..
Alhamdulillah..setelah 3 hari demam..arini beransur pulih..demam plus selesema..agak sedih sbb tak dapat pegi melancong ke p.pinang..uhuhu...
xpela...redha kan je la...hehe..

Hari ini, selera nak makan, da bertambah smula...hehe..walaupun tekak rasa pahit jer, rasa nak makan macam-macam..sebelum nak makan,sempat lagi jenguk pakcik google..seperti biasa..hobi aku mmg suka sgt cari image kat pakcik google ni..da penuh gambar kt dlm lappy aku ni...hehe..

Dalam duk cari-cari image, aku terpandang satu gambar ni..AWESOME!! funny food...sangat kreatif!! dulu kecik-kecik,pernah try gak wat..masa tu tgh duk tolong2 mak masak..lepas je siap potong timun dan lobak, ade lagi yg lebih2 tu, apalagi...aku cantum2 la..konon la nk wat cm bentuk muka la..ada mata,mulut, hidung, telinga...hehee...mulut tu aku guna cili..memang nk kena cili mulut dia ni...haha...bila da siap, rasa cm bangga plk..biase ler..budak2 kan..hehe..tunjuk kt orang tu..tunjuk kt org ni..lastly, ke dlm tong sampah gak..baru ku tahu..hasil seni ku, hanyalah secoit je...hehe..

berbalik kepada funny food ...hehe...jum tengok2 gambar yg aku google ni..
nah!!

aku pon taktau apa kebende ni..hehe..tapi comey..^^
the annoying orange..! ..lol...
ninja banana..^^v
happy nampak?? haha
come to mama...come to mama!! ^,~
froggy...erkkk..
poor banana..lucky birdy..
how sweet of you!!
hahaa..tu dia..bukan john lennon..

hehe..just release tension..manusia ni sangat kreatif..tapi ingat..ada lagi yg lebih kreatif..
Pemilik alam semesta... ALLAH S.W.T..
ALLHUAKBAR..

Monday, December 24, 2012

hujan oh hujan !

Assalamualaikum...kepada yang sudi membaca.
.

Hujan di bulan disember...biasa ler tuu...bila da memang musim tengkujuh kan...tapi hujan lebat kali ni mula agak lambat..pertengahan bulan disember baru nak muncul..biasanya bulan november...wahh! my family baru plan nk ke pulau pinang hujung minggu ni..tapi cam terpaksa kena cancel je..alaaaa...baru nk jalan-jalan...kepada MR. H....rasanya kitaorang da tak dapat pergi sane..sobs..sobss..

Adik aku yg duk sane pon dah cam mengharap sangat kitaorg ke sane..saje jer..nak makan angin..dah lama tak makan angin..asyik duk makan nasik jer.. =D
Tapi apa -apa pon, kita hanya mampu merancang..ALLAH jua yang menentukan ..kan.! 
tapi...memang tak bleh pergi ke?? sobs..sobs...
(muka penuh mengharap...kikiki)

Ehem..tapi kan..aku agak bosan skg ni..takde apa yang boleh aku buat..menjahit?? oh tidak..aku nak berehat dari dunia menjahit...untuk seketika la..hehe..membaca?? memang itu yang aku duk buat selalu..buku..blog..fb..

Oh!! aku nak cuba buat aktiviti baru...melukis? pon sudah..tapi melukis ni, nak kena dengan mood aku..tapi lain plk dengan adik bongsu aku ni..da dpt job baru plk dia di musim cuti sekolah yang da tinggal berapa kerat je ni..huhu.dia ade kelebihan melukis..dulu duk lukis kartun je..siap de dialog lagi..sekarang lukis potret plak..yang terbaru, dia tolong lukiskan gmbr member-member dia..boleh wat duit...ehehe...otak business jugak kan..=D

nak tengok tak antara hasil-hasil lukisan dia..kalau taknak tengok pon takpe..nak upload jugak..hehe
nah!!
emma watson!

artwork

 dari permintaan kawan-kawan...

ok tak? hehe...ada la jugak sikit -sikit bakat yang " terendam dalam air banjir tu"...
tu cerita adik aku..aku?? entah la...tak reti-reti nak pergi cari kerja ke?? huhu...

"aku anak berbudi bahasa
walaupun aku penganggur
hormat kepada orang tua
walaupun aku penganggur.."

lirik lagu sudirman 'aku penganggur' huhu ~ ~

okeh..okeh..aku malas da nak mengarut pjg2 kat sini..daaa...IDEA XDOK...


Sunday, December 23, 2012

hari ini dan semalam



ku hirup hidup hari ini
aku mengerti
kerana hari semalam hanya mimpi cuma
aku yakin esok masih ada untukku

ku genggam hasrat sanubari
ku jejakkan kaki di legar yang sunyi
memberi ruang pada hati
untukku lukis pelangi yang indah
pada detik-detik seribu kemanisan

Wednesday, December 19, 2012

Air Mata Taubat

"Gembira lah dgn hidup ini kerana hidup ini indah 
dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan."
Assalamualaikum..w.b.t sahabatku sekalian....

ALLAH itu bersifat Maha Pengampun..jika berbuat dosa, mohon lah keampunan dari Nya...sesungguhnya ALLAH S.W.T sgt mncintai org yg bertaubat dan org yg menyucikan hati..bahkan, ALLAH sgt senang dgn taubatnya seorg hamba..bertaubat adlh mencuci hati dgn air mata dan membakarnya dgn kobaran api penyesalan...bertaubat adlh pembakar di dlm hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dlm hati dan titisan airmata..yg demikian adlh awal perjalanan yg ditempuh  oleh org yg bertaubat, modal org yg berjaya, lgkah awal mereka yg mgkehendaki ALLAH dan kunci istiqamah mereka yg hatinya condong kpda ALLAH..

Maha suci ALLAH Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih...ALLAH S.W.T senang dgn taubat hamba Nya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurga Nya dan mencapai keredhaan Nya...ALLAH Yang Maha Tinggi  menyeru kepada hamba-hamba Nya yg beriman untuk bertaubat melalui firman Nya:

"......dan bertaubatlah kamu sekamu kepada ALLAH, 
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
( Surah An-Nur: Ayat 31)

Seorang yg telah bertaubat harus berkeluh kesah, menyesal dan menangis...bila org lain merasa tenang dari azab ALLAH, maka hatinya tidak akan rasa tenang kerana ketakutan..bila dia mengingat besar dosanya dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi...dan dia telah membulatkan tekad untuk berlumba2 menghadapi hari esok....iaitu hari akhirat....
ALLAHURABBI...semoga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Mu...ameen...
"Keselesaan tubuh kerana sedikit makan..
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa...
keselesaan hati kerana sedikit keinginan...
keselesaan lisan kerana sedikit bicara...."

Merajuk kah saya?


Tipu lah kalau sy kata saya xpernah merajuk…biasa lah..kaum perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan merajuk…malam ni saya rasa lain sangat…hati mudah tersentuh..kalau sesiapa yang faham dgn saya, Alhamdulillah…tiada niat nak buat perangai macam ni..

Sebenarnya saya tiada apa untuk diceritakan dalam entry kali ini…Cuma mengambil sedikit kata-kata dari hati ditujukan kepada orang yang rapat dengan saya sekarang…mengertilah…terkadang mulut selalu menyebut..tapi percayalah, dalam hati tiada niat untuk menyakiti…tiada orang yang sempurna…
Maaf jika diri ini selalu menyusahkan atau kurang memahami..jauh di sudut hati, semua ini untuk kebaikan kita bersama…apa yang saya tegur, terima lah..anggap lah satu kritikan membina..bukan untuk menjatuh….alhamdulillah untuk hubungan ini..saya bahagia..bhgia sangat..Cuma menunggu masa untuk menjadi yang halal…In Shaa ALLAH..kita cari bhgia sampai ke syurga…selalu saya ingatkan…kalau saya ada buat silap, tegur lah..jangan biarkan  saya terus berada dalam dunia sendiri…

Saya menunggu untuk detik itu..

"Diam bukan tanda setuju. marah bukan tanda benci. 
senyum bukan tanda gembira. tertawa bukan tanda sedang bahagia. 
muram bukan tanda berduka. menangis bukan tanda merana. 
kadangkala perasaan sukar untuk diungkapkan. apakah yang diimpikan bisa menjadi kenyataan. 
aku cuma ingin bahagia dalam kehidupan dunia & akhirat bersama insan tersayang. 
Ya Allah, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku, tunjukkanlah hidayahmu, sinarilah jalan yang bakal ku lalui dengan nur & rahmatmu, bimbingilah aku ke jalan yang di redhai olehmu"

Friday, December 14, 2012

Ku ingin cantik di pandangan ALLAH

Assalamualaikum kepada semua yg sudi membaca....


Sebagai seorang wanita, aku ingin dihormati selayaknya , dihargai sebaiknya , disayangi selembutnya malah dikasihi seadanya. Aku juga punya harga diri walaupun lemah , punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa, juga punya perasaan walaupun sering terluka. Aku juga punya kesabaran walaupun tercalar . Aku inginkan kemuliaan dan kemasyhuran yang abadi dan hakiki bukan yang sia-sia tiada erti . Bukan di dunia tetapi di Taman Syurga Allah swt ..

Kali ini , ingin aku berbicara tentang kaum Hawa pada masa kini...sama2 lah kita menghayati Firman ALLAH  dalam Surah Al Ahzab ayat 59 ini...

 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 

Jika diteliti beberapa perkara yg dikaitkan dgn wanita, amat jelas masalah aurat adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh ALLAH di dlm neraka, tetapi masalah ini juga lah yg paling susah hendak diterima oleh wanita....persoalannya skrg ,apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh ALLAH di dlm Al-Quran atau sekadar berfesyen atau meniru ataupun sekadar melepas batuk di tangga? kalau itu adalah tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab ALLAH atau masih jahil atau buta agama..

Contoh paling ketara yg dpt dilihat ialah apabila berada di laman sosial...ramai yg tidak sedar ketika mereka  memasukkan gmbr-gambar di laman sosial sehingga menjadi tatapan ribuan lelaki-lelaki ajnabi...aku tahu..semua wanita ingin tampil cantik dan suka dipuji..kerana aku juga wanita..

"aku juga mempunyai hasrat seperti wanita-wanita lain yg snap gambar cantik-cantik, dan comel-comel dgn pelbagai gaya...bila aku keluar, aku pun turut snap gmbr comel2...tapi aku takut..aku takut ALLAH...tak sanggup nk masukkan dlm fb...aku takut ALLAH tak suka dan murka..dan aku juga takut kalau2 bakal suami aku tak redha dgn diri aku...Allahurabbi.."

 Namun aku juga turut bimbang tentang diri ku sendiri..aku bimbang Ya Rabb...jika aku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia..bimbang bila aku mengaku ikhlas beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia pada ku...bimbang bila aku mengaku cinta Mu Ya Khalik, walhal aku masih mengikut nafsu...;(
Ya Rahman Ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku...Amin ya rabb...

Aku ada membaca pesanan dari Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketua dan pengasas Hamas di mana ia ditujukan kepada semua pemuda pemudi...

Antaranya ialah :

1) Wahai anak-anakku telah tiba masanya kau kembali ke jalan ALLAH SWT dengan meninggalkan segala keseronokan dan kealpaan kehidupan jauh dari kehidupan kamu.Telah tiba saatnya kalian bangun melakukan solat subuh berjemaah. Sudah sampai masanya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan AlQuran serta mencontohi sunnah Ra
sulullah saw.

2)Aku menyeru kamu wahai anak-anakku,supaya solat awal pada waktunya.Lebih dari itu aku mengajak kamu mendekati diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3)Wahai pemuda aku ingin kamu menyedari makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan daripadanya agar Dia memberikan rezeki yang berkat kepadamu.Aku berpesan kepadamu supaya menghormati org yang lebih tua dan menyayangi org muda.

4)Aku ingin kamu tidak tertidur dengan alunan muzik yang melalaikan.Melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah swt.Wahai anak-anakku aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus kedalam arus syahwat.

5)Wahai puteriku,aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH SWT,akan mengenakan hijab secara betul dan jujur.Aku meminta kamu berjanji kepada Allah swt,bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kamu Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup.Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.



Di sini, aku yg hina ini ingin menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan juga kepada pembaca-pembaca sekalian agar sentiasa muhasabah diri dari masa ke masa..sama-samalah kita memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi keimanan kita lebih2 lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada ALLAH..dan semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan Nya...

cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dgn 
selautan cinta dan kasih sayang ALLAH..
sekiranya engkau kehilangan yg setitis itu, 
ia tidak menjejaskan kehidupanmu selagi yg selautan itu masih kau milik..


Wednesday, December 5, 2012

tersenyumlah untuk hidup

Assalamualaikum..w.b.t.......
Dear hawa sekalian..walau siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg baik...Jadikanlah masa lalu sebagai satu pengajaran yg membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah..
dan ketahuilah sahabat ku...yang tertutup itu lagi indah...^_^

" Jadilah gubuk istana, 
rancanglah kediaman dari rumahmu yg dari tanah 
bukan dari istanamu yg dari gading.."

Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu penuh dgn duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan..jangan ragu-ragu untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yg meluap dgn senyuman..jangan menekan kekuatan itu,kerana dgn menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan...


Tersenyum tidak membahayakan mu...bicaralah dgn org di sekitarmu dgn bahasa kalbu...alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dgn bhasa senyuman...

Ketahuilah sayangku....ketika engkau tersenyum di hadapan org lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yg indah, optimis dan khabar gembira yg mereka harapkan..namun ketika anda menemui org lain dgn wajah kusut  dan garang, maka sesungguhnya anda telah mengeruhkan  suasana indah  dan jernih dari kehidupan mereka...
Jadi...kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan org lain ?


"kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka 
yg selalu mendambakannya dgn penuh kesabaran"

Wednesday, November 28, 2012

perjalanan hidup bererti


Sungguh, banyak sangat kelemahan diri..kadangkala, sampai tidak tahu hendak BETULKAN yang mana satu dulu..berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses MEMPERBAIKI DIRI sangat mencabar..PEDIH, kena lawan yang sungguh-sungguh..harus KUAT, CEKAL..paling penting, BERANI UNTUK BUAT..

Saya CEMBURU..cemburu pada mereka yang kuat..

Sungguh-sungguh..
Pada kamu yang berbuat..
Pada kamu yang jujur dengan diri sendiri..
Pada kamu yang ikhlas..
Pada kamu yang cekal..

>> KUATKANLAH diri ini dengan kekuatanmu..tampunglah KELEMAHANKU, dengan segenap kelebihanmu, yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah..DOA kita dimakbulkan, tapi dengan CARA Dia yang terindah..<<

Saya PERLU..
Perlukan awak..
SELALU..
Untuk MENCINTAI saya, supaya mencintai Allah..
Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..

Tuesday, November 27, 2012

Menghitung Nikmat

Assalamualaikum..

Aku hanyalah gadis biasa...yg tak punya apa...masih bertatih mencari redha...masih mentafsir erti bahgia...tak bergaya..tak mesra..dan kadang tak peduli apa org kata padanya...hidup bukan untuk membuat org suka..kerana redha Tuhan bukan redhanya manusia..hidup cukuplah tiada membuat org derita..benci dan sengsara..biarlah orang berkata...biarlah org bahgia..jgn di nilai aku sejarah yang lama..kerna aku juga manusia biasa...pernah terleka..kerana DIA lebih tahu apa yg DIA mahu untuk kita...


Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada ALLAH..
sehingga dgn kesabaran yg baik..
seakan-akan aku dapat melihat apa saja
yg telah dilakukan oleh ALLAH kepadaku..


Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bhwa pagi itu tlh menyapa beribu-ribu org yg tdk beruntung, sementara anda sedang berada dlm kenikmatan... Dia menyapa beribu-ribu org yg tertawan, sementara anda sendiri kekenyangan...Dia menyapa beribu-ribu org yg tertimpa musibah dan bencana, sementara anda selamat dn berbhgia..

Berapa bnyak airmata yg berlinang di pipi seorg wanita,berapa byk derita di hati seorg ibu dan berapa keras jeritan di kerongkong si kecil, sementara kamu tersenyum lega ..maka ,pujilah ALLAH dan ucaplah alhamdulillah atas kasih -sayang, perhatian dan kurnia -Nya..



Duduklah anda dgn tenang,lalu berterus teranglah kpada diri sendiri..ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa byk harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yg telah kalian dapatkan..begitu pula hitunglah kecantikan,wang, anak-anak, naungan, tempat tinggal, tanah air, makanan, dan sebagainya....

Oleh itu, jalanilah hidup ini dengan senang, bahagia dan hati yg terhibur.....


"Belilah dengan wang anda doa orang fakir dan kecintaan org miskin"

Saturday, November 24, 2012

Bahagia dengan iman

" Rumah sederhana dengan iman, bukan istana dengan sikap melampaui batas"

Sesungguhnya seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok , beribadah kpada Tuhannya, mendirikan solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramdhan, merupakan wanita yg paling berbahagia dari wanita yg tinggal di istana besar sambil di kelilingi dayang-dayang, serta dimeriahkan dgn pesta yg dipenuhi dgn pelbagai hidangan. sesungguhnya, seorang mukminah yg berada di sebuah rumah yg beratapkan rumbia, dgn roti dan gandum, air dari teko, namun bersamanya ada mushaf dan tasbih adalah lebih bahagia dr wanita yg hidup di apartment yg tinggi dgn bilik-bilik yg mewah, namun dia tidak mengenal Tuhannya, tidak berzikir mengingati-Nya dan tidak mengikut sunnah Rasul -Nya....

Kebahagiaan itu bukanlah satu definisi yg sempit dan menyesatkan...ramai org menyangka bhwa apa yg difikirkannya adalah benar. ..mereka mengira bhwa kebahagiaan adlh dolar, dinar, dirham, katil empuk, pakaian yg indah, makanan yg enak, minuman yg lazat dan kenderaan yg mewah...tidak!!

Sesungguhnya kebahagiaan yg hakiki itu adlh terletak pada kepuasan hati , kesenangan perasaan, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yg baik, akhlak mulia yg diiringi dgn sifat menerima dan merasa cukup dgn anugerah yg diberikan....


"Jika wanita yg cantik itu ibarat permata 
maka wanita yg budiman adalah ibarat perbendaharaan kekayaan.."

Tuesday, November 20, 2012

Wanita paling anggun di dunia

Anda....
Dgn kecantikan yg anda miliki, ternyata lbh cantik drp matahari. Dengan akhlak anda, anda lebih harum dr minyak wangi, dgn sikap tawadhu', anda lebih tinggi dari sang purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar drp rintik gerimis..oleh itu..wahai wanita sekalian, peliharalah kecantikan anda dgn keimanan, keredhaan dgn kepuasan dan juga kehormatan di samping hijab yang menutup aurat...

Ketahuilah sayang-sayangku...bahawasanya perhiasanmu bukan lah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengahari yg panas kerana puasa, derma yg tersembunyi yg hanya diketahui oleh ALLAH, airmata taubat, sujud yg panjang di atas hamparan sejadah dan malumu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan...

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yg tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal...jadikanlah rasa malumu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut..

Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yg di lakukan oleh wanita-wanita fasik dan non-muslim, yg suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam....seperti juga sang isteri..kecantikanmu adalah untuk tatapan suami..bagaimana mungkin kamu dengan bangganya menayang keanggunan mu kepada kaum adam yang lain...

katamu mengikut peredaran masa...bagiku..biarlkah aku buruk di pandangan manusia..kerna aku inginkan pandangan yang paling manis daripada ALLAH yang Maha Esa...

Firman ALLAH S.W.T :

" Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka". 
( surah Al-Lail: ayat 15)


** di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda..kewajiban anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri...**

Saturday, November 17, 2012

syurga untuk mu


Wanita yang taat pada suami, 
semua burung-burung diudara, 
ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan
 semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya
 dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya... 
(Riwayat Muaz bin Jabal)

"Setiap isteri yang dapat masuk syurga… Dia akan dilantik menjadi KETUA BIDADARI... Bayangkan kecantikan bidadari yang tiada tandingan... Apatah lagi kecantikan KETUA BIDADARI… Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi…" :)

Syurga Menanti Bagi Isteri Yang Mentaati Suami & Ikut Perintah Allah…
Insyallah :)

Thursday, November 1, 2012

Ayuh bidadari dunia



Wahai Bidadari Dunia........♥ ♥ ^_^

Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan diakhirat nanti?.
Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi impian dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa?.
Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya?


Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia.

Yang merindukan keredhaan Allah dan rasul-Nya..
Selalu terbayang dalam pelupuk matanya surga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya.
Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.
Duhai betapa elok dan indah akhlaknya, bila ia belum bersuami maka berbaktilah kepada kedua orang tua.. Ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya.

Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar yaitu manhaj salafuna soleh. Berani meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya, sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalan hamba-hamba-Nya.Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insya Allah engkau akan menjadi penghuni surga yang cantik jelita itu.

Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu karena melihat sulitnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga segala tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya.Dan, renungkanlah apabila engkau berhasil mencapai 'wanita solehah' (bidadari dunia) semua adalah karena dari Rabbmu semata, bersyukurlah atas nikmat ini dan janganlah sekali-kali engkau takabur. Ingatlah selalu firman-Nya :
“Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah” (huud:88).
Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi kita semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini
yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan tentu saja diakhirat nanti, Insya Allah.


Sunday, October 28, 2012

pesanan seorang daie untuk daie


Bukan mudah untuk berjuang
Jika usrah tak pernah datang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika malas tak mahu buang

Bukan mudah untuk berjuang
Jika hidup tak pernah sembahyang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika ALLAH tak sayang

Bukan mudah untuk berjuang
Jika Al-Quran tak dipandang
Bukan mudah untuk berjuang
Jika Islam semakin dagang.

kerinduan




Jika aku bisa berkata-kata
Aku ingin berkata kepadanya
Wahai temanku
Aku juga merindumu
Tapi malam ini bukan milik ku
Allah yang mengaturnya

Thursday, October 18, 2012

menghitung rasa



Petang itu, aku memandang ke arah langit..hati ini berbisik lembut..alangkah hebatnya ciptaan Mu Ya Rabbi..ku lihat langit yang biru…aku menjadi leka…terpana..dalam diam,mulut menyebut …cantik! Cantik sangat-sangat…SubhanaALLAH…aku sungguh bertuah kerana masih di beri peluang untuk menumpang di sudut kasih Mu ini Ya ALLAH…walaupun terkadang aku lupa ..lupa siapa Pengcipta..kadang terleka..leka dengan dunia..yang hanya bersifat sementara…

Aku pencinta alam…di siang hari, aku cinta kan langit yang membiru.. aku cinta kan rumput nan menghijau....pabila malam, aku kasihkan bulan dan bintang..kadang terdengar sayup-sayup bunyi cengkerik malam…ya aku mendengar di balik jendela ini..tanpa jemu  aku mendengar…sungguh hebat kuasa Tuhan…matahari memancarkan cahaya siang..bulan dan bintang menyinari dan menghiasi langit malam…

Ketika kecil ku dahulu, aku selalu melihat bulan..lagaknya bagai punguk merindu…terkadang malam menjadi kelam… terdetik di hati..ke mana pergi sang bulan?..oh..telah dilitupi awan..cahaya di sebalik awan berserakan..sangat indah Ya ALLAH….sangat-sangat…

Hari ini, aku masih mampu melihat..masih mampu mendengar…masih mampu merasa..namun, apakah esok masih ada semua ini..Ya ALLAH..andai hidup ku masih diperlukan, hidup kanlah aku..tapi andai sebaliknya, aku redha dengan ketentuan Mu…sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Mu Ya Rabbi….

Sunday, October 14, 2012

wanita dari rusuk lelaki


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Friday, October 12, 2012

Saya rindu kawan-kawan saya


Assalamualaikum....

Setelah sebulan lebih berada di sini…namun hati ini masih berasa sepi..sepi yang bertandang tidak mampu untuk aku singkir dari hati ini..mungkin kerana aku merasa keseorangan….maksudku, aku masih tidak ramai kawan di sini…aku rindu..rindukan suasana dulu…ketika kita sama-sama bergelak ketawa…hidup aku tidak pernah merasa sesepi ini…..

Suatu ketika dahulu…setiap masa terisi…..ada sahaja masa yang terluang..pasti kami akan guna sebaik mungkin…di kala ini,aku tersenyum sendiri…terkenangkan kamu-kamu…yang pernah menjadi sahabatku..sehingga ke akhir waktu…demi ALLAH..aku tersangat rindu…sangat rindu..air mata tidak tertanggung lagi…

Selama 4 tahun kita berkawan..banyak suka dan duka..ada pahit..ada manis..ada sahaja kenangan kita bersama..Ya ALLAH…Kau panjangkanlah usia kami..berikan lah peluang untuk kami bertemu lagi di suatu hari…insya ALLAH…ameen..

ZURA, NAZA, KAK MA, KEOL, SYIDA, PIJA, IFAH….nama-nama yang menceriakan hidup aku…tanpa kalian, aku tahu..aku mungkin tidak mampu untuk berdiri sehingga hari ini…kalian sangat bererti dalam hidup aku…emmmphh…ya ALLAH..rindunya…!!

syida, ifah,pija dan kak ma..

naza dan zura

keol

Zura- sahabat yang selalu setia bersamaku..walau penat..walau sesibuk mana, masih ada masa untuk ku…masa aku bersedih,dia selalu ada..ketika aku sakit, dia la yang selalu ingatkan aku…kalau aku tak ingat nak makan ubat,sedia lah aku..kena bebel ngan dia …hehe..terima kasih zura..:)

Naza- budak ni, kitaorang panggil dia miss blur..hehe..sbb ade kisahnya..tapi aku sayang sangat kat dia..budak bilik aku ni..seorang kawan yang baik, mengambil berat, selalu ada untuk kami semua..kami suka sangat menyakat dia..sebab dia cepat menggelabah…hehe…aku sayang kamu..:)

Keol- haaa..ini adik kecik kami kat asrama…selalu ceria..manja..kami sebilik, sejak dia mula-mula masuk lagi..aku selalu menjadi pendengar setia dia bila ada masalah..tapi aku tidak pernah jemu..kerana kamu, wahai adikku..buktikan..kamu tidak akan rebah,walau siapa pun yang menghalang niatmu itu…

Kakma- yang ini pula kakak kami..walaupun satu kuliah,umur dia lebih tua stahun dari kami…dan sudah pun berkahwin..mempunyai seorang anak lelaki…dan seorang suami..hehe..kakma memang baik..ramai orang cakap aku dan dia kembar..sebab sama kecik..tapi sekarang,aku lagi besar dari dia kot..hehe..

Syida- si manis syida ni, dia ada pendirian sendiri..kalau ada sesuatu yang dia nak,mesti dia akan usahakan..bagus betul…kalau la aku macam dia…pandai bergaya, pandai jaga hati kawan..baik sangat..terima kasih kerana sudi menjadi kawan ku…kita mulai rapat pun semasa sem 5 rasanya..dan kini,dia telah pun berkerjaya..tahniah yunk..

Pija- orangnya tinggi , baik, dan cantik..kami mulai rapat pun masa sem 5 juga..alhamdulillah, baik sangat orangnya..pija ni, boleh dikategorikan pemalu juga orangnya..mcm aku..pemalu kah aku..haha..pija ni juga mudah senyum…semoga ukhuwah yang di bina kekal selamanya yer..

Ifah- cantik,kecik,bergaya, pandai..kulit putih macam cina orangnya..dia pakai apa-apa pun,walaupun simple,aku tetap tak berkelip mata..sebab dia pandai sangat bergaya..boleh jadi model dia ni..mesti ramai orang nak..tapi hanya sorang yang bertakhta dihati..dari dulu sehingga kini ye ifah..hehe..dan satu lagi,ifah la orang yang pertama aku kenal masa aku mula-mula daftar belajar di UMK…masa orientasi pun pernah duk sama-sama..maklumlah, takde kawan lagi kan..yunk..jaga kesihatan baik-baik ya..:)

Aku sayang..aku rindu korang..aku harap sangat suatu hari nanti,kita akan berkumpul semula…insya ALLAH…J
Sayang korang selamanya…

Monday, October 8, 2012

Ujian menguatkan jiwa


assalamualaikum...

Ramai org duk cakap,alangkah bhgianya hidup ini andai tiada ujian..seolah-olah ujian itu adalah suatu perkara negative yg hanya melibatkan perkara buruk semata-mata..
Cuba kita renung dari kisah pemburu dan ulat beluncas di bwh ini..
Pada suatu hari,seorang pemburu berjalan2 di dlm hutan untuk memburu rusa.setelah penat mencari buruan yg tdk pon klihtan,si pemburu itu bersandar di sbtg pokok smbil mlihat alam sekeliling..
Sedang melihat alam ciptaan ALLAH, dia terpandang seekor ulat beluncas yg ingin keluar dr kepompongnya utk mnjdi rama2…oleh kerana lubang itu sempit, ulat trsebut tpksa bkerja keras utk meloloskan dirinya.
Apabila melihat keadaan trsebut, si pemburu terasa bersimpati dan ingin menolong ulat beluncas itu..akhirnya, pemburu tersebut menarik ulat beluncas dan sedikit demi sedikit ulat tersebut dpt keluar dr sarangnya…

Rama2 pon terbang di udara..melihatkan keadaan trsebut,si pemburu rasa puas dan gembira melihat rama2 itu trbang ..tetapi..slpas bbrapa minit,rama2  tersebut jatuh ke tanah..
Pemburu itu sgt terkjut..trus berlari mndptkn rama2 trsbut..rama2 tdk lagi brgrak kerana tlh pon mati..

Tahukah anda semua knp rama2 itu mati??

Semasa ulat beluncas sdg sedaya upaya ingin keluar dr kepompongnya, sbnarnya ia sedang membina kekuatan diri..kesusahn dn kepayahannya utk meloloskan diri itu lah yang membuat rama2 mjadi kuat dan sihat…tetapi malang nsib si rama2…kerana tdk melalui proses itu sndri…

Jadi..di sni jelaslh bhwa ALLAH mndatangkan ujian utk kita kerana untuk menguatkan jiwa kita…
Jika semuanya berjalan dgn lancar..tiada apa2 mslh…mnusia mgkin cenderung mengambil jln mudah dlm semua prkara..
Jika mereka menetapkan mtlamat, mereka tdk akn mghirau lg utk merancang, mncri ilmu dn mpertingktkn diri krana dgn mudah shj mereka boleh mncpai mtlmt trsebut..

****apabila kamu mendapati pelbagai nikmat ALLAH terus menerus dicurahkan kepadamu pada saat kamu melakukan maksiat kepada Nya, maka berhati-hatilah terhadap azab Nya…                   
(Abu Hazim Salamah)
……………………….sayasayangkaliankeranaALLAH…………

Sunday, October 7, 2012

hidup seorang pelajar

assalamualaikum...
hai awak-awak...

skg aku dah jarang update blog..sebab agak bizi skg ni...assgnment pon byk...sblom ni lagi la bizi...mcm2 perasaan ade...hepy..sedih..kecewa..terkilan....dpt rase duk jauh dr family..sblum ni pon pnh duk jauh..tp ade keluarga belah mak...tp skg,fmily sndri xde...adik ku kat p.pinang..ok lah kan..ade gk tmpt..
tak pernah agi aku rasa menumpang di tmpt org cm gini..smpai2 jer, xde tmpt tinggal..mnyewa kt tmpt org..cukup masa,kena keluar..mencabar jgak sbnrnye duk cni...sbb jauh..tp alhamdulillah..wt masa ni, masih leh bertahan dan tiada maslah besar sgt...
terima kasih kerana membantu buat si dia...sbr melayan kerenah aku..aku akui,aku bukan la matang orgnya...tp aku mencuba untk menjadi matang...

hari demi hari...makin rindu plak hati ni kat mak,ayah, adik2 n abg2..especially mak...dpt ckp kt tepon, rsa bez sgt2... itu blom duk kt obersi lagi..mira..mira...hehe...
mungkin sbb sunyi..n skg aku masih baru lagi dpt asrama..rumate baru msuk smlm..lega...ade peneman..she's very ok..maklumlh duk bilik hujung2..kdg2 ,rase takut pon ade..sbb kt hutan kan..( penakut rupanya aku ni).

haishh..rindunya aku kat kwn2 lama...bila plk ye kita akn jumpe...agak susah untk jumpa lpas ni..masing2 da ade yg keje..ade yg bljar...aku plk msih dlm mood nk blja..sbb aku xbersedia lg nk keje...mungkin lpas pngalamn ari 2..wt aku tension...tp ...bila nk wt keje je,mood tu mcm xde...knpa ya?? mungkin lama da tak wat asgment kot...da lama tinggal...
mira....mira...be strong!!
kuatkan semangat..awak yg pilih jalan ni..awak yg nk blajar..buktikan!!ini bukan masa untk main2...
emmm....emmm....insya ALLAH...aku akan wt yg terbaik..cuba abeskan master dlm masa 2thun..
insyaALLAH...

ok lah ..ckup smpai sini dulu coretan aku..nak smbung wt keje smula...

daaa...assalamualaikum...


...........sayasayangkaliankeranaALLAH......

Tuesday, October 2, 2012

tenangkan hatimu




Yang mana tengah ada masalah tuu…pegang dengan kata-kata ni…

Saidina Ali berkata:
“Tenangkanlah hati dengan waktu-waktu tertentu kerana 
jika hati letih ia akan menjadi buta”


Jadi…sentiasa tenang ya…^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...